Weekend lepas selepas breakfast di Nasi Lemak Mummy (insyallah nanti aku buat thread pasai tempat ni pulak), trus drive ke Butterwoth
plan nak ke Rope Walk Butterworth yang terletak di belakang kawasan Bank-bank on the way untuk ke Stesen Bas & Keretapi Butterworth (kalau tak salah aku ada signboard tunjuk masuk ke kawasan tu).
Kalau mai awai banyak parking,
mai lambat jenuh pusing
Dah lama aku dengaq pasai Rope-walk nih tapi takpernah aku jejakkan kaki.. so expectation aku tak ler sebesar mana untuk tempat nih...
Mengikut kata kawan aku, ni tempat yg amat sesuai untuk carik barang-barang antik yg murah.
Memang betul pun, aku nampak banyak penjual yang menjual botol-botol coca-cola yg lama2, barang perhiasan antik, pisau-pisau, cincin-cincin batu, baju-baju jersey dan termasuk la gadget-gadget.
Aku sendiri pun terbeli 4 bijik MUG MILO yang limited edition tu (nanti aku cerita kan dalam post yg akan datang) + 1 set cawan lama Nescafe Menu... memang lama dah dok carik akhirnya dapat kat sini .. rega pun murah .. RM6/pcs... mana nak cekau kan... penuh la almari display aku ngan mug nih