Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...
Showing posts with label jalan makan. Show all posts
Showing posts with label jalan makan. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Kuih bakul kapit goreng: terbaik di Utara

Hari ni kita share pulak goreng pisang variant yang terbaik pernah aku rasa..
aku sekeluarga panggil kuih nih Kuih Bakul Kapit..

apa yang dikapit? semestinya Kuih Bakul (Mooncakes?)
dan apa yang mengapit? semestinya potongan Ubi Keledek dan Ubi Keladi
dan caranya? digoreng seperti mana cara membuat goreng pisang... (dengan tepung, sedikit kapur, garam sikit dan sedikit air)

dan hasilnya...



Fillings nya adalah kuih bakul yang telah dipotong dan kontras rasa antara Ubi Keledek & Ubi Keladi memang complement rasa manis Kuih Bakul tapi takla sampai over-powering rasa keledek & keladi tadi.

- Ubi Keledek yang orange belah kiri
- Kuih Bakul - yang tengah bronish tu
- Ubi Keladi - yang putih-putih belah kanan tu
- kerak-kerak dia pulak hasil dari double frying kuih tadi nih (not good for the kolesterol concious person)

Sedap dimakan panas-panas, sebab bila gigit ajer fillings tengah tu akan cair macam makan Lava Cake dari Dominos Pizza tu... pergh... memang mengiurkan rasanya...

mai la pakat cuba...
related to : Banana Fritters, Moon cake



Friday, November 23, 2012

Jalan Makan: Nasi Lemak Mummy

fuh... tepat tepat seminggu sehari lepas baru aku update blog.. sorry ekk terbusy kat opis..

anyway.. cam aku bagitau kat entry aku yg lepas... jalan-jalan-ke-rope-walk-butterworth. aku ada singgah ke Nasi Lemak Mummy kat Kulim nih




Area tu area Taman Berlian selepas IPD Kulim seberang jalan dari Petronas Taman Bersatu.. ada simpang 4 kat situ .. kalua mai dari arah Bukit Mertajam dia kat belah kanan betul betul kat simpang tu.

dah lama kedai nih seingat aku dah dekat 9 tahun ada.. tapi aku jer yg tak pernah singgah... asik lalu jer almaklum la kan nama pun Nasi Lemak malam mana bukak pepagi buta jer start bukak..

so ari tu aku pekena nasi lemak diorang.. tapi aku rasa tak berapa ngam dah sebab:
1. dah takde daun pisang atas pinggan (aku nampak yg bungkus still ada daun pisang)
2. portion makin kecik (dulu ada office mate aku bawak besaq lagi)
3. biasa aku rasa makin mahai (tak sure lak berapa tapi mahai la jugak maybe sbb gula naik rega kot)

Orang still ramai mai makan berbilang bangsa mai makan.. Melayu, Cina, India, dan warga asing yg lain banyak dok mai makan tak kurang jugak yg tapau.

Sesapa yg tersesat kat sini boleh la mai makan ni googlemaps punya coordinate.. bleh la GPS kan dia


selamat....
Related Posts with Thumbnails