Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Tuesday, November 13, 2012

Home » , , , » Jalan-jalan ke Rope-Walk Butterworth

Jalan-jalan ke Rope-Walk Butterworth

Weekend lepas selepas breakfast di Nasi Lemak Mummy (insyallah nanti aku buat thread pasai tempat ni pulak), trus drive ke Butterwoth

plan nak ke Rope Walk Butterworth yang terletak di belakang kawasan Bank-bank on the way untuk ke Stesen Bas & Keretapi Butterworth (kalau tak salah aku ada signboard tunjuk masuk ke kawasan tu).

Kalau mai awai banyak parking,
 mai lambat jenuh pusing



Dah lama aku dengaq pasai Rope-walk nih tapi takpernah aku jejakkan kaki.. so expectation aku tak ler sebesar mana untuk tempat nih...

Mengikut kata kawan aku, ni tempat yg amat sesuai untuk carik barang-barang antik yg murah.

Memang betul pun, aku nampak banyak penjual yang menjual botol-botol coca-cola yg lama2, barang perhiasan antik, pisau-pisau, cincin-cincin batu, baju-baju jersey dan termasuk la gadget-gadget.

Aku sendiri pun terbeli 4 bijik MUG MILO yang limited edition tu (nanti aku cerita kan dalam post yg akan datang) + 1 set cawan lama Nescafe Menu... memang lama dah dok carik akhirnya dapat kat sini .. rega pun murah .. RM6/pcs... mana nak cekau kan... penuh la almari display aku ngan mug nih




Pandangan dalam bazar.
 Dalam kawasan bazar tu tak le panas sangat maybe sebab aku mai jam 10pagi masa baru bukak sebab tu la kot.. kalau mai tenghari mau panas jugak nih aku rasa...

Lupa nak share... Entrance yg kedua nih terletak kat tepi kedai makan Restoran Pan-Mutiara (Dalam Entri ni ada restoran tu)


aku jalan-jalan kejap jer dalam jam 11:30 aku balik dah..

haa untuk makluman semua Rope-Walk nih bukak jam 10 pagi ~ 3ptg setiap Sabtu & Ahad tapi kalau nak best dan semua kedai dah bukak mai la dalam jam 11:30pagi... masa tu semua dah confirm siap dibuka...

dalam tu pun ada kedai makan, toilet (bayaq 2 kupang), & all under 1 roof.

kalau dah rasa penat jalan-jalan nak pekena Kari Kepala Ikan yg best.. p makan kat restoran Pan-Mutiara tu

BTW ada lagi satu Ropewalk kat Penang Island kalau tak salah tapi aku pun tak pernah p sana...

1 Comments this post:

H.A said...

assalamualaikum encik kuman... wahh berjalan smpai buterworth... cucuatokaji datang nak habaq kiter dah buat blog baru... jom layanzzz.. :) "dengan segala hormatnya tuan,puan,datok,datin diundang melawat Blog Rasmi !Datiles Dulces! HafRizah....terima kasih =) ""

Related Posts with Thumbnails