Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Friday, July 30, 2010

website updated dengan PORTA

phew!!!

Selepas agak lama tak update apa-apa kat website Scale Modelling aku tu, akhirnya sempat jugak aku update dengan entry terbaru untuk helikopter OH-58D Kiowa Warrior. Sama macam yg pernah aku tunjuk kat blog ni dulu (Klik saya!!)
Satu kelainan unutk update kat website kali ni ialah aku try guna web album yg aku baru jumpa nama dia PORTA. Memang best guna Porta nih untuk buat album, cepat and customizable gak ler. Background bleh tukar, text kat bawah gambar bleh edit sesuka hati dan banyak lagi le.. aku pun tak abis lagi explore... Untuk sample PORTA nih, klik sini.

Nampaknya aku dah jumpa la yg menarik yg bleh aku gunakan,
sebelum nih aku guna Web Album Generator, ok jugak tapi aku rasa dia sedikit limited kot sebab background dia semua default tu putih (or aku yg tak tau pakai ehhehe).

Sample untuk Web Album Generator (WAG) nih ada gak kat website aku... klik sini aku pakai waktu aku buat page untuk Curtis SC-1 Seahawk, ada kat ruang Gallery tu..

Kalau nak compare dedua bleh la ikut link tu... ni sekali lagi link untuk sample tu..
1. Page yg guna PORTA - Click Me!
2. Page yg guna Web Album Generator - Click Me!

Jangan lupa tengok la page yg lain sama.

Next update insyallah kita tengok progress untuk Blackhawk helikopter pulak...

Wednesday, July 28, 2010

... Pokok yg paling susah dipanjat...

Sekali lagi, aku dapt nih dari email semalam... so ni lagi satu entry untuk...

"ia datang dari email.."


ok nih adalah pokok yg payah nak panjat.. ikut kata email tu la kan..
tapi kalau dah ada kepentingan untuk pokok tu buat apa panjat.. mesti org tebang je walaupun hanya untuk amik sekuntum bunga kat atas pokok..

nak buat camno dah memang perangai setengah manusia camtu...

walaubagaimanapun enjoy the photos nih, and buat la konklusi sendiri.. :D

aku menyampaikan aje apa aku dapat semalam...

tapi bayangkan ek.. kalau org mengagahkan diri nak panjat tanpa "adequate" protection... heheh mau tak tidor malam.. haha

selamat,....





Monday, July 26, 2010

...Jika isteri menangis dihadapanmu...

Entry "..Ia Datang Dari Email.."


...Jika isteri menangis dihadapanmu...

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .


Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya
adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...

PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN
air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".



.. Kongsi lah dengan kengkawan...

Sunday, July 25, 2010

"8 Bulan" di TV3

8 BULAN


Baru abis tengok cerita 8Bulan kat TV3 tadi. Nampak promising je cite dia... nak tau lebih lanjut tengok la sini 8Bulan.

Cerita pasai suami isteri melalui kehidupan atau org kata balancing art antara anak (yg baru ajer "lekat"), kerjaya, kehidupan dan kewangan.

Yg best nya cite nih (pada pandangan aku ler), gandingan pelakon tu.... Vanida Imran dan suaminya Rashidi...

(image dari site ka atas.. pinjam and edit with Photoscape)
mmg lama aku tunggu gandingan nih, sebagai suami isteri lak tu perghhh.... (tak tau la kalau dah digandingkan sebelum nih heheheh)

Cute jer lakonan diorang dua nih, Rashidi dengan watak sedikit "pening" nya and Vanida ngan character yg ringan and santai... mmg menjadi la so far untuk episode 1 nih... Bulan 1 Minggu 4 (kalau tak salah aku itu countdown kandungan diorang menuju ke 8 Bulan)

haaa satu lagi, watak Rashidi nih mmg aku bleh relate jugak la sikit, watak dia ni suka kat ROBOT!!.. ala tu robot-robot Transformers (Transformers Animated tau bukan yg movie tu)

dalam bilik hobby dia masa tunjuk dia dok repair Megatron tu... penuh ngan model model transformers yg lain dalam display cabinet tu. Memang macam bilik typical robot collectors... menarik...

Ada jugak scene berbincang pasai credit card bills dan masalah yg selalu dihadapi bila nak balance balik semua hutang hutang tu...


So nampaknya aku dah ada la cerita yg boleh aku tengok setiap Ahad jam 10:30pm (kalau takde konsert Sure Heboh ka apa ka)...

Pada yg "ter"miss episode pertama nih.. macam biasa kalau tak salah aku kat TV3 ada Catch-up Episode yg bleh di tengok berulang kali... ntah ntah kat Youtube pun ada kot..

anyway enjoy the show yaa..

Selamat Belated Hari Bapa...

Ni kena backdate sikit entry nih.. sebab nih sebenaqnya untuk Hari Bapa yg lepas bulan June 2010 last month...

Seperti yang dijangkakan, budak-budak mmg tak lupa hari istimewa mcm nih.. seperti Besday, hari besday adik dia, besday semua org dalam keluarga... tapi yg penting dia tiap tahun tak pernah lupa Hari Bapa (untuk aku la tu).

So pada malam hari tersebut, lepas balik keje. Kakak ni datang and bagi kat aku kad Hari Bapa yg di beli siang tadi dengan mama dia... lepasdia decorate sikit dia pun bagi la...

so ni la kad dia untuk tahun nih.... iskh-iskh.. terharu.. mmg tiap tahun tak miss sejak dia dah tau menulih nih....

so enjoy the card... juga ditujukan kepada semua bapa-bapa yg bacablog nih and juga yg untuk jejaka-jejaka yg akan jadi bapak satu hari nanti...






Anak-anak mmg sangat appreciative, so kita sebagai parent pun kena la very creative in appreciating their appreciation.. (banyak nya appreciate words.. :D)

itu aje..

Thursday, July 22, 2010

STARCRAFT 2: WINGS OF LIBERTY


STARCRAFT 2: WINGS OF LIBERTY


After watching the trailer below, i just cant wait for a few more days until its release date July 27, 2010



As always, the video from Blizzard Entertainment is just beautiful and awesome.

In the mean time.. enjoy the video...

Tuesday, July 20, 2010

Jenis-jenis tudung yg seluruh dunia...kot..


err.. aku tau la tudung ada macam-macam jenis....
ada jenis
1. tudung bawal
2. tudung siti nurhaliza la
3. tudung natasha la

dan macam-macam lagi la...

aku bukan nak cite pasai tudung-tudung kat Malaysia nih.. tapi general generalization of tudung seluruh dunia.. based on article or gambaq yg aku jumpa dalam paper The Sun terbitan last week (July 15, 2010)

menarik jugak... tengok kat bawah nih...
baca description untuk setiap tudung tu and aku rasa yg paling poplar kat sini (dulu) yg gambaq memula tu la..."Hijab" tapi sekarang rasanya dah banyak yg dok try jenis "Al-amira" tu.. nampak comei ja..

kalau nak tau lagi pasai tudung kat sini, google ja... berlambak fesyen tudung keluar.. aku tak mo la pilih satu tunjuk kat sini kang kata aku promosi lak...

betoi tak?

itu je la untuk kali nih... :D

Beban bila seat dekat dengan emergency exit....

Burden of seating close to the Emergency Exit door..

Kenapa Beban? haa ni nak story nih....

Seperti yg dijanjikan....
.. aku rasa mmg dah dijanjikan kot, 2 flight yg aku naik semua kena duduk dekat sebelan Emergency Exit... kalau emergency exit bas ka or emergency exit bangunan ka ok gak ler.. nih emergency exit plane!!... jadik nya macam nih...

Me: hmm.. seat 12A, menarik nih... window seat... mana seat ek..

Pramugari: Encik seat apa? 12A? haa sini.. letak barang kat kompartment atas ya encik..

Me: (senyum and angguk)... berat pulak handcarry aku nih...
(beberapa minit berselang)

Pramugari: Maaf encik... memandangkan encik duduk di seat dekat dengan emergency exit, kalau ada kecemasan. Encik dipertanggungjawabkan untuk buka pintu kecemasan ini (sambil tunjuk kat pintu tepi aku).

Me: Ni pintu 35lbs nih?Pramugari: Ya encik, tapi kalau encik tak sudi dengan tanggungjawab tersebut, kami boleh tukarkan ke seat lain.

Me: (alamak tanggungjawab besar ni) hehehe no problem puan pramugari..

Pramugari: puan? :o)

Me: err.... ada kemungkinan saya nak kena bukak pintu ni ka puan.. err..cik pramugari

Pramugari: Tak de la... tapi mana nak tau kan... (dia dah start tak guna bahasa baku dah..)

Pramugari: Baca instruction kat depan nih kejap lagi ek.. jangan baca masa kena bukak pulak... :D

Me: Boleh puan... and orange juice & kacang 3 bungkus yaa... :D

Pramugari: ... senyum...

Dengan itu sepanjang flight 50 mins tu aku hidup dengan "tanggungjawab" tu la...

nasib baik ok.
Tapi rasanya mmg la dikhas kan seat tepi pintu ni untuk org yg capable (aku capable ka or able ajer) untuk bukak pintu nih, ye la kan.. cuba tengok gambar nih...




Sepanjang row seat 12 tu, cuma aku sorang jer tu yg seating kat situ.. temasuk la jugak row seat 13 (belakang aku - ada lagi satu emergency exit) pun takde orang gak...

naya naya nak kena bukak semua Emergency Exit tu.. ehhehe

nasib baik Pramugari baik.. kalau tak sure tak mo la ngan tnaggungjawab tu..

tapi alhamdullillah... takde la kena aku laksanakan tanggujawab tu... banyak gak scenario bermain dalam kepala ehheh tu la asalah pengaruh tv banyak sangat... ;D

nik satu dari view dari dalam plane.. kalau tak salah aku pilot cakap masa tu plane tengah lalu atas Pulau Pangkor...

enjoy..


Monday, July 19, 2010

2 x weekend travelling untuk training

Today monday.. CUTI!!!!..

pesal la pulak cuti hari "Senayan" nih... jangan pelik... hari cuti sebab on weekend.. sebenarnya 2 weekend berturut-turut kena travel ke KL untuk training.. aduh penat tapi mmg berbaloi...
so cuti hari nih kira nak cover penat la... tapi tak tercover pong... sbb penat kena buat report training.... penat penat..

Training apa? training untuk tambah ilmu :o) tak salah kan?......

yg tak boleh update sebab hotel tu cuma ada wifi kat lobby jer.. dah tu nak wat camno.. takkan nak berebut ngan "ratusan" (saja nak bagi nampak mcm banyak org hahah) yg sama dok lepak kat lobby tu sebab nak guna wifi... dah ler kerusi pun tak selesa... mmg saja tak nak bagi org lepak lama kat lobby guna wifi ...

patutnye internet kat bilik hotel di bagi free la... at least travelling blogger cam aku (macam la aku travel selalu) bleh la update blog aku on the go (kat bilik hotel la tu.. aku mana la ada handphone yg bleh masuk internet tu... apa nama ntah hanset tu).

itu la alasan aku sbb tak update weekend... tapi takpe... esok selasa aku update lagi..

ada gak 2-3-4-5 benda yg aku terjumpa or potential untuk aku ceritakan sepanjang 2 weekend aku training ninhh... termasukla apa yg jadi dalam flight to and from training....



ada la related dengan gambar nih... preview.. :0)

esok kita story-mory..

Friday, July 16, 2010

Nostalgia: Buku Darjah Satu Dulu-dulu Bahagian 3 (akhir)

Minyak dah naik, so aku takmo la cakap pasai benda tu... blog lain sumer dah cakap dah... so aku just nak sambung balik la buku Darjah 1 dulu-dulu nih macam aku dah janji 2 hari lepas... sorry la ek kalau terganggu menunggu Bahagian 3 nih dah le lambat nak kena layan lagu pulak semalam kan... ok la... tanpa melengahkan pembacaan..

Nostalgia: Buku Darjah Satu Dulu-dulu (Episod Akhir)


Pada yg termissed episod yg lepas lepas ni haa.. Bahagian 1 & Bahagian 2.
Dan ni adalah sebahagian dari Series "It Came From Email" aku...

Kita sambung ek..

Yg ni mmg familiar, dulu kalau sapa tak isi bahagian nih memang cikgu Ilmu Kesihatan akan naik hangin satu badan... sebab selalu kata buku org amik la,,, org pinjam la.. dah tu bila jumpa tak tau sapa punya. Lagi satu yg bestnya bila buku ni dah lama dalam circulation kat sekolah tuh... sure nama abang yg sulung kat ruang no 1 tu,... pastu bila abang tu dah darjah 6.. nama adik dia pulak 2-3 orang ada kat bawah dia pada bahagian yg sama... betul tak? haaa



Scenario sekarang mungkin abang tu dah tak le pakai Honda C70 tu.. hmm tak pun maybe dia akan pakai C70 yg dah di bikin dengan rim chrome, color hijau florescent and leather seat yg ada ropol-ropol tu. Adik tu [unya "stance" berdiri pun mmg nampak mcm tegas tak mau ikut naik moto.. bagus bagus.... patut di adapt la ke zaman sekarang punya version, tapi jangan la guna C70 macam yg aku kata tu..




Yang terakhir, mintak tolong. Tapi sekarang nih kalau kat sekolah sure ramai kengkawan yg akan menolong.. sebabnya.. boleh tuang kelas... tu la kalau nak tau betapa baik hati dan suka tolong menolongnya murid-murid sekolah sekarang.... yg sakit sorang jer.. yg menolong 1 kelas... dah ini mmg betul.. tak caya? try tanya murid-murid sekolah berdekatan...


itu aje ler... so next time kalau ada buku-buku lama yg nak tunjuk kat sini... bebawak la email ek. bleh la kita siarkan sebagai nostalgia bersama...

ohh lupa...

selamat bernostalgia..

Thursday, July 15, 2010

... Ku Ukir Indah Namamu ...

Take a break kejap dari Ilmu Kesihatan... sebab tengah blogwalking ter jumpa entry ni and come across lagu nih yg rasanya mmg fitting dengan situasi entry tersebut.

And aku rasa aku pun dah start minat dengan lagu nih, so aku nominate gak lagu nih dalam slot "Song Of The Moment"...

so enjoy the song...





Ku Ukir Indah Namamu - 7 Pelangi

If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you

Entah kemana
Akanku cari
Rasa cinta yang
Pernah ku miliki
Janji setia
Sehidup semati
Dan hanya waktu yang
Memisahkan kita
Namun semua
Telah berakhir
Untukku

Harus ku akui
Sampai detik ini
tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Yang ku ukir indah

If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Wednesday, July 14, 2010

Nostalgia: Buku Darjah Satu Dulu-dulu Part 2

Kepada sesiapa yg "ter-miss Part 1 , Click Sini!!
mari kita sambung..

Nostalgia: Buku Darjah Satu Dulu-dulu Part 2

ni sambungan nya..


Beg pun penuh buku, walaupun tak le sekalerful sekarang,
kalau sekarang punya version sure tarik beg ada roda tuh.. sebab berat..



hmmm.. murid murid sekarang guna pisau ke? mungkin depa guna "geremit" (= pengasah pensel aka. Sharpener) kot.. sebab rasanya sekolah mmg dah "Banned" penggunaan pisau di sekolah..



Try la suruh murid-murid sekarang bersihkan tandas, tandas di rumah pun dah ok sebagai permulaan. Kalau hukuman kat sekolah kena basuh tandas tu dah jadi lain cerita . Tapi kan zaman aku dulu hukuman basuh tandas nih antara hukuman yg popular and cikgu matematik aku (bukan cikgu kesihatan) adalah cikgu yg selalu surh basuh tandas....
hmmm i wonder why ek...



Bahagian TIGA menyusul esok....

sekali lagi "IA DATANG DARI EMAIL!!"..

Nostalgia: Buku Darjah Satu Dulu-dulu Part 1

Buku Darjah Satu Dulu-Dulu (PART 1)

Sepatutnya filed under : It Came from the Email section tapi takpe la guna tajuk generic cam kat atas and buat Tag jer untuk series tu

Anyway.. pada yg lahir pada tahun late 60an, 70an and early 80an mungkin pernah dapat buku ni masa darjah satu.

Memang klasik and semuanya straight to the point, takde nak selindung selindung dengan contoh yg di paparkan dan message yg nak di sampaikan pada pelajar sekolah rendah.

Memang a trip down memory lane betul la bila dapat benda nih dalam email beberapa hari lepas...

enjoy the photo and boleh la bandingkan dengan buku sekolah rendah sekarang. rasanya diorang dah tak produce buku macam ni dah sekarang nih... klasik klasik...


Cover yg sungguh mengasyikkan, buku teks sekarang mana da yg guna gambar real-life macam ni dah (atleast untuk darjah 1 le) sebab gambar kartun lebih menarik untuk murid2 darjah 1.. :D logik?


Cepat!!!.. sapa boleh bagi tau, bila the last time nampak murid-murid sekolah beratur naik bas? at least tak le beratur sebaris macam gambar ni betul betul... kalau la semua buat macam nih.. sure takde la jasi masalah berebut etc bila naik bas... bukan takat naik bas... naik moto pun berebut.. macammana tu...
(berebut la ngan adik2 sapa nak duduk depan, sapa nak duduk belakang, sapa nak duduk atas handle)


Ucapan hormat nih patut still di praktikkan, bukan setakat Darjah 1.. sampai univ pun patut.
Tapi sekarang mmg sampai universiti pun, sampai kan abang2 senior pun perlu di beri ucap hormat... kalau tak!! abis la malam karang kena la "selubung selimut"
tak pasal-pasal jer..

Yg ni memang klasik, patut di praktikan. Ini tidak.. kawan jatuh jer cepat cepat lari jauh jauh... takut kawan suruh angkat.. apa fesyen la...:D
Good friends are very hard to comeby these days, so kalau dah jumpa jaga la sebaik mungkin...

Budak ni sekarang sure dah sebaya aku dah nih ntah ntah kerja seopis ngan aku.. ntah ntah nih manager aku kot... hmmmm


Ada lagi nih.. esok aku upload lagi... :D Part 1..

Tuesday, July 13, 2010

Call of Duty : Black Ops trailer

I believe by now people are getting tired of seeing this new game trailer being viewed everywhere...

i for one never get tired of it...

here it is again to add to the anticipation of its release in November 2010.

Cuma harap jangan la slipped to next year... :D

anyway.. enjoy the trailer (again.. jangan marah yaaa) and tanda kat kalender the release date.. :D

enjoy

Wednesday, July 07, 2010

Restoran Nelayan Kuala Juru

Last sunday, we traveled to a place near Juru Autocity for a quick bite or early dinner (since its still 4:30pm) just somewhere to bring my daughter to eat something different.

We've been to this restaurant a few times already, so last sunday i didnt take any new photo so the photo you see here is already around 12-16 months old..

but the food and surrounding still the same... you still got to see fisherman come and go on their boat just right until the sun is about to set.

Their signboard, as of last sunday, is really faded already and you cant read it properly since most of the words are gone, so the above picture would be the best to see the name of the restaurant.

We ordered a few dish mainly my favorite (at this restaurant) Nasi Goreng Ketam (which this time of the year, the crab is so expensive which net me RM11 per plate).


and the view from this restaurant is just very scenic..



Will visit them again in the near future...

p/s: somehow i think i already talk about this place before... hahaha

Tuesday, July 06, 2010

TUDM 52th Anniversary

The TUDM (Tentera Udara DiRaja Malaysia) celebrated their 52th anniversary last June 1st, 2010.As i'm a BIG fan of our airforce, so i dedicate this entry to all man and women of the force.

As a modeller, i'm planning to make every single one of the TUDM aircraft fleet to add to my collection. So far what i have completed as listed in my website (CLICK ME!) are as follows:

1. Sukhoi SU-30MKM
(noted that the above images are from my website, click it to go there)2. Mikoyan MIG-29 NUB
(noted that the above images are from my website, click it to go there)

Now i'm working on a A-4PTM Skyhawk as per the one on display at Kuala Kangsar town square and right after that will be the TUDM F/A-18D Hornet.
And related to the TUDM anniversary celebration, a local newspaper make a "sisipan" about TUDM in their newspaper and at the center of that sisipan they have this photo of all the aircraft in TUDM fleet including the upcoming MASSIVE airbus A400 transporter and the NURI replacement the EC-725 helicopter.



So enjoy the post and be proud of our airmen and women.

Cargas!!!

Monday, July 05, 2010

..Dan Bila Esok...

Lately this song is a hit in some radio station i listened to, so just thought i add in here as one of my Song Of The Moment (SOTM) series.

So if anyone wanted to sing-a-long also can because this is a karaoke like music video.



no fun la without lyrics to read, so i included below as well..

enjoy and remember to sing out loud!!!

Dan Bila Esok - Sofaz

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya



:o)

Sunday, July 04, 2010

The Expandables


Another surprise!!!
.. mana la aku menghilang selama nih... the very obvious movie that MESTI tonton adalah THE EXPANDABLES. Aku ada pernah dengar the making of movie ni dulu tapi terus lupa, and tetiba hari ni bila aku bukak Youtube disuggest untuk aku tengok trailer nih, the reason of the suggestion is because aku tengok trailer Predators semalam.

Imagine, dalam 1 movie ada banyak hero yg best, ada Stallone, Jet Li, Jason Statham, Dolph Lungren, Arnold Schwarzenegger (sapa tak kenai), Bruce Willis, Mickey Rourke (Whiplash dalam Ironman2) and banyak lagi lah.. tengok kat HERE (wikipedia la) untuk detail.


Memang menarik, release date August 13, 2010 so mark your calendar. AKu dah mark dah pun.. kat kengkawan pun dah dihebahkan... tapi macam biasa aku selalunya akan tunggu 1-2 minggu sebelum aku p tengok movie.. sbb tak mau berebut beli tiket... itu story untuk lain kali... :D




Ingat... mark your calendar... and tengok trailer kat atas.

Saturday, July 03, 2010

Predators movie


Tergezut aku bila tengah browsing tetiba ternampak satu title movie yg nak release in July 2010 [b]PREDATORS[/B].



Pengarahnya Robert Rodriguez and dia siap claim lagi... "this is not an attempt to overshadow Arnold in the original predator, no one can top Arnold, but merely to open a new chapter in predator franchise"--> lebih kurang mcm tu le seingat aku..


Nampak mcm best judging from the trailer (err ada ke movie trailer yg tak best?).. will add this to the movie going list maybe after i watch M.Night's "The Last Air Bender" kot.

adious
Related Posts with Thumbnails