Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Thursday, September 30, 2010

Endhiran (Robot) cerita terbaru Rajnikanth


Sapa tak kenal Rajnikanth, hero filem tamil yang amat terkenal dengan lakonannya yang over the top of normal human ability.


Why? cuba bayangkan mana ada hero dalam dunia ni yang bilapetik jari ja, bunyinya sekuat bunyi guruh, dan bila berjalan rumput semua tumbuh kat laluan dia hehehe (kalau tak  salah aku nih dalam cerita Sivaji The Boss)


Filem terbaru Rajnikanth ni menelan belanja RM109 Juta dan menjadi filem India yang termahal pembikinannya setakat ini.




Upin Ipin jadi duta persahabatan Malaysia Indonesia (UPDATED)

Baru nampak iklan untuk Buletin Utama malam ni. (UPDATED DIBAWAH)

Upin Ipin jadi Duta Persahabatan Malaysia Indonesia.

Nampak ada muzik video yang feature Upin Ipin dalam tu, nak kena tengok buletin utama la malam karang...

aku rasa memang patut pun kartun nih dijadikan duta, sebab dah terbukti kartun memang menjadi medium nasihat yang  cukup senang difahami semua.

Siri Upin & Ipin pun memang mendapat sambutan baik di kedua-dua negara so usaha kerajaan nih memang kena pada masanya.

Tengok la sekarang, sapa tak kenai upin ipin?
Even iklann kat tv pun dah guna upin & ipin kan?
sure lepas nih Les Copaque akan bertambah sibuk dengan task baru nih...

Syabas untuk Les Copaque.. :D

kuman : betul ..betul..betul..


UPDATED:
Muzik video featuring Upin & Ipin dinyanyikan oleh kumpulan PADI dan tajuknya "Sahabat Selamanya"


Dari Muzik vide tadi nampaknya bukanlah animasi terbaru dari Les Copaque, tapi adalah sedutan dari cerita GENG. Tapi should be ok sebab ia bila dah di edit untuk bersesuaian dengan muzik vide o tersebut.

Medical certificate: Aku tewas akhirnya.

Setelah terpaksa buat entry mengenai blog dengan Suara,



Aku terpaksa mengaku kalah pada keadaan semasa yang memaksa aku memecah tradisi berkerja aku.

Aku terpaksa ambik MC hari ini sebab dah tak tahan lagi dengan sakit kepala dan ketat hidung.

Ke Klinik sekitar jam 10:45am dan keluar dari klinikjam11:30am dengan sekeping MC dan 3 jenis ubat... ubat yang besaq besaq lak tu,, camne la aku nka telan semua ubat tu,, aku dah le penakut nak makan ubat...


"encik Kuman Bilik 1"
Doc: Apa cerita ni cik Kuman?
Aku: Sakit kepala ladoc ni kat dahi nih, dan hidung ketat.
Doc: hmmm rasanya badan tengah melawat penyakit nih dan tanda-tanda nakk selsema, ada main hujan ka?
Aku: ada la kena sikit 2-3 hari lepas, tapi hari nih yang sakit sangat.
Doc: Ada kahak tak? kaler kuning/hijau?
Aku: ada doc, kaler hijau pekat.. sepekat cendol tu.
Doc: Itu nanah tu hasil dari kuman kalah lawan ngan darah, dikeluarkan dari badan melalui kahak antaranya.
Aku: ooooo padan la rasa sesak dan meletup letup dalam badan nih.
Doc: Ok tak nih nak masuk keje?
Aku: tak la doc, saja keje mengadap PC, tulisan pun nak 2-3 bayang dah tadi.
Doc: oklah saya bagi MC, takpe saya paham sat gi lena depan PC lak lagi masalah.
Aku: err MC setengah hari ada tak doc?
Doc: gelak... mana ada..saya bagi 1 hari dah la noo.
Aku: beres doc..

So lepas dapat MC terus aku balik tidokejap, baru bangun ja nih... :D

Blog dengan suara

Blog dengan suara...

Nasib baik kita berblog dengan perkataan yang bertype saja,
andaikata kita berblog dengan suara sure suara aku la yang paling seksi dan rock.

Kalau blog dengan suara juga, mesti korang tak paham walausepatah pun apa aku cakap, sebab aku sekarang dah bersuara "garau" dan berdengung.

Rupanya aku nak kena selsema, padan la kepala aku tak berapa stabil 2-3 hari lepas(entry ni)

Dari semalam dah bermulalah hidung tersumbat, suara sedikit sengau dan sakit kepala di bahagian dahi dan aku rasa teori sakit kepala sebab monitor (entry ni) aku tu maybe tak berapa tepat (but still acceptable)

Dah start nak batuk-batuk comel dah nih.

Mata pun dah semakin berat, kepala rasa berdenyut di bahagian dahi, start nak bersin dah dan jiran-jiran kat kubikel aku dah start bagi pandangan serong dah kat aku.

" ya..ya.. tau...AAAACCHHHHOOOOOWWWW Snortt sreet... jap lagi aku p klinik amik MC" :o)

So sementara tunggu klinik bukak aku akan mengurungkan diri dalam bilik server supaya org lain tak tempias dengan  "kuman" selsema aku nih.

Mengantuk rupanya selsema ni ekk..

Demam tak demam still boleh maintain lagi, cuma tak tahan sakit kepala.

Sekarang aku dah menjalani terapi air masak suam + 100plus untuk menstabilkan elektrolit dalam badan (ehh bukan ka tu untuk badan penat).

Jauhkan dari air ais & kopi (takmo melarat jadi sore throat pulak)

Kurangkan garam.


Maaf pada semua ek, aku tak sempat nak ber BW semalam sebab jam 9:00pm aku dah berlayar dah, tengok cerita Leverage kat AXN pun tak sempat abis.


Nak log-off and p klinik jap...tulisan kat monitor nih pun dah nampak triple-fourple dah nih

kuman: typing pun dah jadi raban dah...

Jackpot RM47.82m: Jutawan Segera: Part 2 - The Temptation

Jutawan Segera: Part 2 - The Temptation

(Jutawan Segera entry asal di sini)
Selagi lagi dipagi khamis yang mulia ini (btw gaji dah masuk!!) kita dihidangkan dengan cerita Jutawan Segera di dada akhbar.

Di muka depan The Sun hari ini, "RM47.82m jackpot winner didn't sleep a wink".



(click image untuk baca besar version)

Bukan nilai yang sikit tu RM47.82m, memang banyak.

Adalah diharap kita semua tidak terpengaruh dan
mula berkira-kira nak main melawat kedai nombor ramalan pulak lepas nih.

Maklumla kan nampak macam senang jer bleh  menang sebanyak tu.

Mungkin dah luck dia dia menang macam tu.



So bebawak bersabar ekk


kuman: Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

Wednesday, September 29, 2010

Esok kembali girang.....

esok 30hb merupakan hari yang paling girang dalam bulan Syawal nih.

Kenapa?

Since bulan lepas masuk gaji awal sebab raya, so kedatangan 30 hb bulan september nih memang amat-amat dialu-alukan.

Orang gomen dah dapat dah  2-3 hari sudah kan, so esok untuk orang swasta la pulak nak bergumbira!!!

Memang timing payday nihbagus la, senarai peralatan runcit kat rumah pun dah di keluarkan oleh Minister of Finance (at home), LO pun dah diissue, so cuma tunggu revenue je la esok untuk settlekan logistik issue untuk ke GIANT or TESCO or kedai Ah Wong seberang jalan tu memenuhkan kembali dapur yang dah kosong sebab raya bebaru nih.



For sure esok pasar-pasar malam akan dipenuhi "peminat-setianya" untuk membeli belah dan weekend nih pun mesti ramai yang nak berjalan-jalan.

Yang mana dok belajar lagi pun boleh la mintak FAMA support lebih sikit tak gitu?

 nak harap duit PTPTN mana nak cukup (tapi patutnya cukup la kan?)

Kepada semua, selamat berbelanja dan ingat jangan habiskan kat satu tempat (dont spend it at one place), ada lagi 30 hari untuk gaji bulan Oktober :D

kuman: dalam wallet ada RM10 untuk hari nih, cukup cukup..

Teka-teki kutu, sebab kutu haram..

Saja nak menyebok,
Orang buat entry pasai kutu haram etc, aku pun nak buat gak pasai kutu... hihihi
tapi teka teki kutu laa


kan sekarang orang dok heboh yang main kutu haram tetiba aku teringat satu teka-teki yang anak aku tanya beberapa minggu sudah (kat radio pun ada soalan nih).

Apa binatang yang :
  • mata kat kepala
  • kaki kat kepala
  • tangan kat kepala
  • badan kat kepala
  • mulut kat kepala
  • hidung pun kat kepala
Jawapannya KUTU laaa. (obvious betul ehhheh)

penat aku teka, ketam la, ketam batu la etc.

Nampaknya lepas nih, tak leh dah ler makcik-makcik kat opis nih nak main kutu lagi.

Ni pun dah ada desas desus yang orang yg sedang main kutu nak stop,
sedangkan ada lagi 2-3 orang yang tak dapat lagi (tak sampai turn)
haa nih macamana kira nih.

Yang dah dapat tak pe la bleh tersenyum riang, tu yang tak dapat lagi tu.

Jangan memain, bab duit -duit nih kereta bleh calar ooo...(kalau tak pun kena pancit)

kuman: tak main kutu tak makan kutu

Melaka dapat Taman Pertunjukan Ikan Lumba-lumba

Nampaknya lagi satu tarikan kat negeri Melaka sedang dalam pembinaan.

Taman Pertunjukan Ikan Lumba-lumba dan Singa Laut (ada yang kata Singa Laut, ada yang kata Anjing Laut).
di Pulau Melaka. (Berita Harian Online)

Project ni biayai by part of Kementerian Pelancongan Malaysia sebagai usaha untuk mempopularkan lagi Melaka dan menambahkan produk pelancongan di Melaka.

Taman Singa Laut akan siap bulan November ni dan sure orang akan ramai gila sebab berkebetulan dengan cuti sekolah.

Lagi detail & gambar kat site MelakaHariIni.com.my


Bohong putih la pulak...

Bohong Putih?

Mende la si kuman ni dok melalut nih?
hari tu dah cite pasai "kesalahan jujur", kali nih "Bohong Putih" pulak.

Actually nya kalau direct translation "Putih bohong" , tapi dah nak bagi sedap sikit nahu tu kena tukar la jadik "bohong putih" ala senang senang orang kata "Bohong Sunat" (tapi kalau translate jadi english akan jadi "Circumcise lie".. lagi terer!!)

Kalau officially ikut wiki definition:
White lies are minor lies which could be considered to be harmless, or even beneficial, in the long term. White lies are also considered to be used for greater good.

Ada ka Bohong Sunat nih?
Sunat berkhatan (Circumcise Lie) ada la (takut oo nak kena bersunat hihihi)


12 nelayan Indonesia di tahan di Perak

 (gambar Utusan Online)

LUMUT 28 Sept. - Dua beradik antara 12 nelayan warga Indonesia yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana disyaki menangkap ikan secara haram di dua lokasi berasingan di perairan Perak dekat sini semalam. (Utusan Malaysia Online)


Nampaknya penunjuk perasaan di Indonesia akan tunjuk perasaan lagi la kat depan Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Menara Berkembar untuk JB?

Dalam Buletin Utama malam tadi aku dengar kerajaan nak bina satu lagi menara berkembar kat JB.

Menara nih akan bagi pemandangan yang unique unutk JB & Singapura dan akan menjadi mercu tanda kedua di Malaysia.

Ehh bukan ka kita dah ada dua menara berkembar nih


Tuesday, September 28, 2010

Penerjun Australia Maut jatuh Menara Alor Setar



Petang tadi, seorang penerjun"base jump" dari Australia (Tantiekey Lie Marion) maut setelah payung terjunnya gagal berfungsi semasa sesi latihan di Menara Alor Setar


Latihan ini adalah bagi persedian latihan untuk acara tahunan pertandingan Terjun Antarabangsa Malaysia Menara KL tidak lama lagi.


Lagi berita di Berita Harian Online

Kengerian jatuh dari tempat tinggi ni memang selalu bermain dalam fikiran aku.
Even kalau mimpi jatuh pun dah terasa kengeriannya, apatah lagi kalau betul betul...aduhai.




Bot atas pokok, kisah kecuaian melampau.

Bot atas pokok, kisah kecuaian melampau.

Dalam paper hari nih ada cerita mengenai Bot atas pokok kat Masjid Tanah, Melaka.

Pada aku ni satu berita kecuaian yang melampau.

Ok aku tak salahkan bot tu sebab dia nak naik pokok sebab ribut pada awal September lalu, yang nak diceritakan di sini adalah sikap sambil lewa pihak terbabit.

Mengikut laporan akhbar, peniaga di sekitar kawasan dah pun membuat laporan untuk meminta pertolongan pihak Jabatan Pertahanan Awam untuk membawa turun bot tu, tapi setelah 3 minggu still tiada action dan akhirnya, bot tu turun sendiri.  (NST Sept 28, 2010)


Nasib baik seorang pengunjung En Imran Abdullah sempat instinct dia kuat, kalau tidak akan jadi tragedi, maka bermulalah episod tuding menuding salahkan satu sama lain.

Silap-silap nanti ada pulak yang menyalahkan Tuhan sebab bagi ribut tolak bot tu naik atas pokok.

Ini la masalahnya, tunggu masalah dah jadi besar, nasi dah jadi bubur baru nak bertindak.


Nak tunggu En Karam Singh Walia datang dengan krew ADUAN RAKYAT, baru la ada yang tergedik-gedik nak ambil tindakan.. apa jadi itu macam encik..

aduhai

kuman:  tak menyalahkan sesapa... 1 jari tuding kat orang lain, lagi 4 jari tuding kat diri sendiri.

Terharunya aku...


Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca, pengunjung, pengkomen, pengklik di blog aku  http://kumanx.blogspot.com selama ini.

Pada hari ini sekitar jam 4:00 petang, Follower blog aku yang tak seberapa ni mencecah seramai 100 orang.


Sekali lagi berbanyak-banyak terima kasih dan memang ini adalah pembakar semangat untuk aku terus ber"blog" walaupun aku baru jer aktif berblog ni pada bulan ni (september 2010) sebelum nih hanya "suam -suam kuku" ajer.

Terima kasih pada semua

Teruskan memberi sokongan pada blog yang biasa ini.. :)

TERIMA KASIH!!!

"Kesalahan Jujur", wajar dimaafkan?

"Kesalahan Jujur", wajar dimaafkan?



( gambar hiasan dari google)

Ada pulak "kesalahan jujur"?
dah salah  tu salah je la, sapa mana pulak mai "kesalahan jujur" (honest mistake) nih
Apa itu "kesalahan Jujur"?
Bila jadi "kesalahan Jujur" apa kita boleh buat?

Dosa ka kesalahan jujur nih?
Boleh ka selalu ada "kesalahan jujur"?


Air Asia Real People, Real Stories contest dah nak tutup dah nih...

Saja a quick note, (lepas nampak ads nih kat blog tadi)


Minggu ni merupakan minggu terakhir untuk sesapa yang nak masuk contest Air Asia nih.

Website dia untuk rules etc.

Mana nak tau kot kot ada rezeki dapat tiket free.

Tarikh tutup minggu depan Oktober 4, 2010.

So cepat cepat jangan ketinggalan.

kuman: dok memikir apa entry nak buat untuk contest nih?

Cincin di jari manismu..

 

Entry  "Cincin di jari manis mu, di tangan kiri" :D

Satu masa dulu kita di hebahkan dengan tanggapan,
jangan makan roti canai di kedai yang mana peng"handle" roti canai tu pakai cincin, especially cincin di tangan kiri.

Reasoning nya, kalau di ke toilet (especially kalau pergi "buat" panggilan alam yang BESAR)
adakah dia akan basuh tangan properly?
or
even persoalan terbesar, adakah dia bukak cincin dia tu?

Monday, September 27, 2010

Monitor Punca aku sakit kepala?



Kalau ada yang dok baca entry aku (terima kasih..)

aku ada cerita pasai sakit kepala (kat sini - Sakit Kepala ku) aku ari tu.

Aku rasa memang ada kaitan dengan monitor kat rumah aku tuh.

Konklusi aku seperti berikut..

Cegini ceritanya,

Seluk-seluk benda dalam....

kring.. krang... pit..pit..pti.. ting ting.

bunyi apa ke benda la pulak ...

seluk  seluk tengok tu belambak benda keluar.

oooo benda ni rupanya yang dok berbunyi padan la berat semacam ajer

kalau aku tinggalkan karang ada je la yang nak guna, angkut je la semua sekali
selagi muat, seluk je la..


"cukai dosa" akan naik

"cukai dosa" akan naik.


Apa kebendanya "Cukai Dosa" ni?
Sejak bila lak buat dosa ada cukai?
Kalau tak bayar "cukai dosa" ni boleh tak?
Kena saman kalau tak bayar "cukai dosa"?
Apa kelayakan untuk dapat "cukai dosa" nih?

Tu antara soalan yang bermain dibenak korang ke bila nampak tajuk tu?
betoi tak? 


Entry Hangin satu badan... geram nih geram!!!

Aku dok lepak lepak baru masuk office sambil dok tengok blog sebelum start keje jam 8am..
tetiba aku bukak la blog sgKasai.blogspot.com entry anak derhaka

maka mula la aku hangin satu badan.....

apa taknya entry tu tunjuk satu vide youtube yang satu pasangan suami isteri, dok memaki hamun mak dia.. detail tengok la entry sgKasai kat atas tu.

Aku memang pantang betul orang buat mcm tu kat orang tua.. apatah lagi ibu/bapa sendiri.

Sunday, September 26, 2010

The biggest loser Asia Season 2, bermulalah siri pengurusan badan

Saja boring-boring dok channel browsing, ntah macam mana aku tertekan button 702 kat remote Astro untuk channel DIVA Universal (dulu Hallmark) ter tengok lak episode pertama untuk Biggest Loser Asia Season 2 (start at 9pm -11pm).



Lokasi pun dah berubah, dulu kat A'Famosa Resort, Melaka. Kali nih kat Palm Garden Hotel  IOI Resort, Putrajaya.

Host baru pulak sekarang ganti Sarimah Ibrahim, sapa lagi kalau bukan Marion Caunter (tunang kepada SM Nasaruddin, that untuk another N3 nanti ehheheh) Memang lawa dia nih...

Wanita dan minyak wangi..


takde.. aku bukan nak jual minyak wangi 1 BOTOL DEROP perfume or yang sewaktu dengan nya..
cuma nak luahan  sikit.. :D

tiap kali aku selisih dengan kaum Hawa nih mesti bau harum gila tapi takkan la ku nak p tanya direct kan apa yang aku nak tanya kat bawah nih.

Bukan setakat tu, aku dalam kereta drive balik keje ka p market ka, bila moto yang kaum wanita ni naik jer mesti tinggalkan bau yang teramat harum.

Dan kat opis aku pun sama gak, kalau nak ke kantin tu, kalau kat corner sebelum masuk kantin tu ada bau harum nih , kami satu office dah tau dah sapa yang lalu kat situ tadi.

yang membuatkan aku tertanya-tanya...

1. Korang mandi minyak wangi ke?
2. Brapa botol pakai? memang la 1BOTOL DEROP perfume sesuai la kat sini..:D
3. Apa brand? yang original ka yang "original dari pasar malam"?
4. Share la secret pakai minyak wangi yang berbau harum camni..
5. Everytime spray ka? or sekali sebelum keluar umah/keluar toilet/keluar kereta ja spray.

the 25 things i hate about facebook... dari youtube

aku ada account Facebook tapi aku tak aktif...
maybe sebab aku nih dah berumur so takde appeal tak macam MIRC / ALAMAK (masa muda remaja dulu la) satu masa dulu...

so aku terjumpa benda nih kat "tiub engko", dah share la kat sini. Sure ramai yang dah tengok tapi takpe la... tengok jer.. bukan kena bayar pun...

Memang logik apa yang dia cakap pada aku memang kena semua yang dia cite tu,

Korang tak rasa camtu ker?



selamat menonton.. :D

Jiwa kacau, memang aku surrender!!


Jiwa kacau sungguh aku tiap kali Hari sabtu malam Ahad, jam 10:00 malam.

Memang kacau betul jiwa hehehe..
aku pun heran pesal la aku tak leh tengok cerita Cerekarama kat TV3 :o)

meh sini aku nak story, aku nak story bukan saja pasai cerita malam ni tapi untuk semua cerita yang berkaitan tapi aku fokus kan cerita malam ni la senang sikit nak story mory.

Saturday, September 25, 2010

Anak luar nikah senang dilahirkan? adakah...


Betul ke orang kata mcm tu?
sebab kalau kita tengok semua laporan.. semuanya bersalin dalam tandas, dalam stor, dalam kereta,tepi rumah la... sebagainya.

Aku rasa org lain kalau sebut bab bersalin nih .. aduh!! separuh nyawa hilang.. dan process tu memang memeritkan.

Tanya la memana wanita yang pernah melahirkan anak dan suami-suami yang turut menunggu di luar Bilik Bersalin..
 Memang satu penyiksaan , even kalau doktor benarkan berada di sisi isteri pun memang amat perit tengok isteri dalam kesakitan...


Tapi kenapa yang anak luar nikah nih mudah dilahirkan?
Ada ke sebab rasa bersalah meng"cover" rasa sakit nak bersalin tu?


Pengaruh positif kartun pada kanak-kanak?

Nih untuk ibu-ibu,bapa-bapa, soon to be parents, atuk & nenek.

Selalu org dok kata pasai pengaruh negative kartun kan untuk bebudak/anak-anak ni.
La ni nak story sikit pasai pengaruh positif yg aku sendiri nampak pada anak aku and anak adik ipar aku yang sama sebaya.

Kat rumah ada Astro Disney Channel yang merupakan feveret dedua anak aku & anak saudara aku nih.

Aku perhatikan, dedua orang sepupu nih suka tengok DIsney Channel yg siarkan kartun disney dalam bahasa Melayu baku. So deduaorang ni sekarang bila bercakap mesti guna bahasa baku macam kartun-kartun tu bercakap... dan mengagumkan aku sebab intonasi & slanga tu memang sejibik macam dalam kartun tu. Dengan mimik muka segala.

Contoh ayat tu:

Nuklear untuk negara. Akhirnya?


Tak bukannya nuklear missile or nuklear bom, tapi Janakuasa Nuklear..




KUALA LUMPUR 22 Sept. - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) telah menghantar lapan kakitangannya melanjutkan pengajian lepas ijazah dalam bidang teknologi nuklear di luar negara dalam usaha membangunkan teknologi alternatif itu di Malaysia pada masa depan.


(Utusan Malaysia) 

Memang perkembangan yang memberangsangkan, bayang kan korang tengah drive dari KL nak ke utara and bila lalu dekat kawasan Gurun, tu korang nampak benda macam ni kat belah kiri (hypotetically la).

Suspek utama ke lokasi untuk lakon semula


KUALA LANGAT 24 Sept. - Polis hari ini membawa semula suspek utama dan empat lagi suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya ke tiga lokasi berasingan di sini dan Subang Jaya bagi tujuan melakonkan semula semua kejadian yang berlaku.


(dari Utusan Malaysia)

Aku terbayang jugak, macamana lakon semula nih akan berlangsung.
adakan diorang akan lakonkan everything in detail?
ataupun adakah akan dilakon semula secara "new-version ", sebab kalau ikut logik mestila suspek nih akan melakon sesuatu yang sedikit sebanyak akan "menyelamatkan" diri mereka..tak gitu?

Hasil judi untuk sumbangan: Sangguhkah anda?


Sangguhkan korang terima sumbangan dari duit judi (main judi ni haram tau)
dan kemudian guna duit sumbangan tu untuk bagi anak bini makan setiap hari?

Ni la persoalan yang cuba diketengahkan oleh Dato' Reezal Merican bila dia mengemukakan bukti bahaya Pulau Pinang menggunakan duit hasil sumbangan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang dalam program pembasmian kemiskinan tegar di sana.

Berita original kat sini

We're what we eat, itu satu kata peribahasa mat saleh, dan aku rasa ada benarnya.

270 juta kotak susu 1Malaysia setahun, RM60juta dalam 2 bulan..

Program susu sekolah dah mula mendapat perhatian.
ni follow-up untuk Entry aku yg dulu..(Program Susu Seolah Disambung)






"Perbincangan agih bekalan pada tahap akhir 

KOTA MARUDU: Seiring aspirasi membentuk generasi masa depan yang sihat dan cerdas, sejumlah 270 juta kotak Susu 1Malaysia akan diedarkan setahun kepada kira-kira tiga juta murid di 7,685 sekolah rendah seluruh negara membabitkan peruntukan awal RM60 juta yang perlu dihabiskan hingga hujung tahun ini.

Mengumumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata butiran berhubung kaedah penghasilan dan pengagihan bekalan berada pada tahap akhir perincian menjelang pelancarannya bulan depan.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, perbincangan di antara kementerian dengan Sabah International Dairy (SID) selaku pembekal utama Susu 1Malaysia dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat. 

“Seperti diarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita mahu menyegerakan projek ini. Kita ada peruntukan RM60 juta yang mesti diselesaikan hujung tahun ini, manakala untuk tahun depan kita akan membuat permohonan lain. 


Friday, September 24, 2010

sakit kepala ku

Kepada semua rakan-rakan blog aku, harap maklum aku sekarang tengah sakit kepala.
ataupun KUMAN dah diserang kuman?


Dah lama tak sakit kepala camgini. mungkin sebab aku kurang tido/stress sbb dok mengadap monitor nih /saja gatal nak MC.

Tapi rugi la sebab hari nih dah Jumaat esok  & lusa cuti. Takkan nak mintak MC untuk hari Sabtu kot? kalau boleh carry forward ok gak ler... :D

Or sakit kepala sebab aku tak minum kopi pagi tadi hmmmm...

So jap lagi nak balik awal sikit sebab permaisuri & putera puteri di rumah ada buat RUMAH "limited" OPEN untuk anak murid dia, so aku nak kena jadi tukang basuh pinggan segala la nampaknya..

Kita sambung rempit malam karang..

lagi info pasai sakit kepala kat sini

kuman: tapi bukan ka bila dah terbiasa ngan UV dari monitor nih kita akan immune?

DiGi iPhone 4 Me

why I want an iPhone 4?

Still need to ask why, a couple of reasons, really:

1. I need to be able to update my blog on the fly wherever i go. (now i need to be at home in front of the Desktop, wired to the internet and typing my blog and scheduled it to post. Tedious. cant imagine me carrying the desktop around right?)

2. I need to be able to visit my friends blog and receive update from them anywhere everywhere (same reasoning as above :o) )


3. My life & work revolve around internet access, with my current phone, i can only make calls and send sms (even MMS also cannot be viewed, pathetic right? :o))


4. I'm a photographer (a beginner really), and always take photos everywhere i go. So i cannot foresee myself carrying a big camera just to take a quick photo of something that i find on the road. So with IPhone 4 excellent 5MP camera, i got that department covered.


5. As a music lover, i also need my music on the go. I now have an MP3 player with 512MB space (wow..its humongous!!). how many songs i can put in and the battery life is also enough for a couple of songs. With IPhone, i can have a lot of it in, and even have the battery (up to 40hrs) to enable me to hear all of them x 2.


6. Related to all the above, imagine now i have on me a digicam, a phone, mp3 player & a desktop. With iPhone i can have only 1 (the iPhone) to cover all the above

7. My current phone limited the number of phone number i can save, now i have to carry a "TIGA LIMA (555)" note book to jot any new contact i have!!


(opsss!! i went overboard of why i want an iPhone 4 heheheh)






Letak link dalam blog komen, macamana? Cara aku yang sengal..

A fellow blogger (F33Z~Hafizah~cucuatokaji), tanya soalan.

Cara yang aku guna memang sengal sikit la cara orang tak tau..

apa aku buat, aku guna balik html code dalam Blog Designer tu and then letak link to page kita yang kita nak buat link tu (pening?) 

Nih example (kalau nak copy terus pun boleh, tapi replace la mana patut).

Planet ke 20 akan di temui tahun depan.

 haaa sejak bila la pulak ada planet yang ke 19 kan sebab alih alih jer nak ada planet ke 20 nih...

jangan kaget... kan aku kata kat atas tu "akan" ditemui...
ala bukan nya planet apa pun... cuma...


 :o) Planet Micheal. Ni kiranya virtual planet la. macam World of Warcraft tu.

Tapi aku rasala kan, ada ka orang nka main game nih? takkan aktiviti dalam game ni cuma pakat-pakat dok practise nak buat Moonwalk ajer kot?

Tak tau la kalau diorang akan adakann villain yang perlu ditumpaskan kat ending tu.

Pelbagai kejadian di New Delhi jejas Sukan Komanwel ke 19?



Sukan Komanwel ke 19 di India nak start lagi 9 hari tapi dah start ada issue dah (issue di India la) yang sedikit sebanyak mengusarkan atlet Malaysia dan negara-negara yang akan menyertai sukan ini nanti.

- 2-3 hari lepas, ada jejambat pejalan kaki runtuh dekat dengan Stadium Jawaharlal Nehru yang menyebabkan sekitar 20 orang cedera. (seterusnya)

- Ancaman denggi pulak dah mula menular di sana, menambahkan tekanan para peserta

- Terbaru, stadium angkat berat pulak runtuh, betul-betul kat tempat para juri akan duduk. Nasib baik tak jadi masa ada event, kalau tak sure ada casualty. (sumber Buletin Utama TV3 malam tadi)


Disebalik semua tu, Malaysia akan hantar sekitar 201 atlet ke India untuk sukan Komanwel terbesar ni dan khabarnya akan diiringi pasukan keselamatan as precaution (seterusnya)

Dan sukan Komanwel ke 19 nih akan menjadi yang terbesar dengan lebih 72 negara akan menyertainya dan sekitar 7000 atlet.

Ada yg menyuarakan Malaysia agar menilai semua keputusan untuk ke sana.

Tapi jaminan oleh kerajaan India yang akan meningkatkan tahap keselamatan pula amat tidak memberangsangkan setelah dah ada negara-negara yang akan menimbang semula perkembangan terbaru ni untuk menghantar atlet mereka dan ada yang dah menangguhkan ketibaan atlet masin-masin untuk mengelakkan hari pembukaan.

p/s: Aku rasa keselamatan mesti diutamakan, dan diharap langkah2 diambil untuk menjaga keselamatan para atlet.
Walaubagaimanapun selamat berjaya pada skuad negara


Thursday, September 23, 2010

Kerjaya perguruan adalah kerjaya ELITE...




Perguruan kerjaya ELITE.

Bukan, aku ulang lagi BUKAN!! ELITE yang yg nyanyi-nyanyi tu.

tapi ELITE dalam ertikata yang sebenar-benarnya : exclusive bunch of people with a very special talent & kesabaran..

Cikgu-cikgu sekelian, bersedialah untuk rasa Bangga waktu baca ni ek.. :0)

Pada pandangan aku memang betul pun kerja cikgu nih sekarang dah jadi kerja yang ELITE.

Atas sebab-sebab berikut: (Ada 20 sebab semuanya, baca sampai habis!)

1. ELITE sebab:
Punya la payah nak dapat, bayangkan dari seluruh negara ada la dalam puluh-ribuan yang mintak
(ada satu masa tu sampai dekat 200,000 mintak, kalau tak lebih) untuk tempat cuma untuk 4000 orang guru.

2. ELITE sebab:
Process pengambilan pun memakan masa and banyak step, sebab nak benar benar pilih yang berkaliber (1 = M-Test, 2=Interview, 3 = masuk maktab/Universiti Perguruan)


3. ELITE sebab:
ada yang dah berkali-kali-kali-kali-kali mintak baru dapat untuk 1st stage (M-Test), tu tak kira lagi yang sampai ke tahap 2. (ini baru la menguji kesungguhan seseorang calon)




4. ELITE sebab:
kalau nak jadi cikgu, dari awal di universiti dah kena decide dah bidang pengkhususan untuk buat Degree, bukan apa nak jadi cikgu matematik tapi p buat degree in Muzik macam mana tu.
(Tapi bila dah masuk dalam sekolah kalau di assign ajor Matematik/Tawarikh nak wat camno kan :o) )

 


Jadi Jutawan Segera ?



"Sejak setahun lalu, kira-kira 13 orang dah menjadi Jutawan Segera sejak Jackpot Magnum 4D di lancarkan. Dalam kenyataan akhbar oleh Magnum Marketing Manager sebanyak RM113 Juta telah dimenangi sebanyak 11 kali dengan 13 kemenangan yang dikongsi..."

“petikan & diterjemah oleh “kuman” dari akhbar The Sun hari ini."

Haaa.. jangan dok ada idea pulak nak main Nombor Ramalan ni, aku cuma share information bukan nak suruh main.

Padan la sekarang ramai Jutawan Baru kat Malaysia nih, dan betapa senang nak jadi Jutawan “tapi dengan cara yang HARAM”.

SO jangan la jadi jutawan dengan cara yang haram disisi agama, jadilah jutawan yang bersih.

Main loteri ni Haram bagi umat Islam ingat tu..

Banyak lagi cara yang Halal & berfaedah dan bukan senang nak jadi Jutawan.

Bukannya dengan cara beli nombor jer terus jadi Jutawan… uuu tidak! tidak!..

Pada aku la kan yang senang jadi Jutawan (dengan cara yg segera, macam main loteri etc) nih, senang jugak la jadi “miskinwan” (ada ka miskinwan?).





Lagi discussion pasai ni kat sini.

Yg kat atas tu pun aku copy dari situ gak..

Berkongsi ilmu dipagi hari..

Selamat... :)


Wednesday, September 22, 2010

ada bukti ka gambar blog header me"nyelow"kan blog loading?


Angkat tangan.. angkat tangan...
(cikgu kata nak tanya soalan kena angkat tangan kan.)

nak tanya soalan sikit nih...

1. Ada bukti ka blog yang ada header nih slow loading nya?
2. Kalau betul la kan, ada advise tak brapa size header yang tak akan me"nyelow"kan loading tu (kalau nak guna header jugak le kan)

Sebab masa banyak gak dok usha-usha web ethics, katanya kalau buat website elakkan dari letak banyak benda yg akan me"nyelow"kan loading page, nanti orang lari? logik tak?

Ada sifu-sifu yang boleh jawab?

Ada gak nian di hati nak letak gambaq header, tapi takut slow lak kang, takde yg nak blogwalking pulak, walaupun la ni semua guna kelajuan tahap Megabytes dah kan (ada yg guna dial-up lagi ka?)
Related Posts with Thumbnails