Kalau ada yang dok baca entry aku (terima kasih..)
aku ada cerita pasai sakit kepala (kat sini - Sakit Kepala ku) aku ari tu.
Aku rasa memang ada kaitan dengan monitor kat rumah aku tuh.
Konklusi aku seperti berikut..
Cegini ceritanya,
Hari rabu & khamis malam minggu lepas, aku update blog guna desktop aku kat rumah yang guna monitor 17" yang gemuk tu (CRT monitor), so aku stay depan monitor tu dalam 2 jam kemudian aku masuk tido.
Hari jumaat malam aku aku rempit (blogwalking) sekejap jer guna netbook aku.
Pastu aku tido, bangun pagi sabtu terus kepala dah tak sakit... so sepanjang ahri sabtu aku guna netbook aku jer la sebab malas nak on desktop.
Malam sabtu waktu aku dok buat entry "Jiwa Kacau Memang Aku Surrender" (yang nih), aku guna desktop (sebab aku dah meluat tengok cerita kat TV3 tu macam entry "Jiwa Kacau" tu la).
Lepas tu aku masuk tido.
Bangun pagi ahad sakit kepala datang lagi, and aku pun buat konklusi, monitor desktop aku tu la punya nya. sebab monitor tu monitor CRT gemuk yang macam TV tu.Radiasi dia lebih banyak dari LCD.
Kat opis aku guna nomitor LCD 19", dok mengadap dari 8-5:30 pun tak pe takde sakit.
Mengadap netbook (macam ni) aku pun ok gak walaupun monitor dia kecik.
Nampaknya aku memerlukan monitor LCD LED la kat rumah nih, macamana nak carik idea nak beli nih. Aku dok usha monitor LED DELL yang baru jer release 23" LED Monitor (ST2321L HD Monitor with WLED) RM599, murah dari Samsung punya (adik ku pakai Samsung LED TV sambung kat PS3, memang lawa giler gambaq dia).
So buat masa sekarang nih desktop kat rumah tu off-limit la untuk aku nampaknya kena la guna netbook ciput nih.
Desktop tu penting gak untuk aku guna dengaq lagu masa aku dok buat kapal terbang (yang nih) or kereta kebal model (yang ni) aku tuh.
Main game pun kat PC tu jugak so aku tak boleh la terus abandoned desktop tu.
Target insyallah bonus tahun ni la kot sebab kalau tunggu Nuffnang memang lambat lagi la eheheheh
kuman: mengharapkan bonus tebal tahun nih, insyallah...
5 Comments this post:
hentak jek macam dalam pic tuh! huhu :p
monitor yg disalahkan.
keciann monitor. hehe~
@sab: dah hentak dah.. tapi takde lak kuar cam tu ehheh
@Nard: ha'ah, memang monitor punya fault.. nak kena monitor nih :o)
yeahhh sudah ada alasan untuka beli monitor LCD baruu
ok.pasni ko leh la wat jurnal pasal teori ko ni.haha..
Post a Comment