Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Saturday, September 18, 2010

Home » , , , , , , » Program susu sekolah disambung, bagus!!

Program susu sekolah disambung, bagus!!


Hari ni aku berjaya beli suratkhabar, setelah dikecewakan semalam(tengok sini).

Sambil baca paper & menikmati teh tarik kurang manis yg org rumah aku buat (sedap!! kalah nasi kandaq punya teh), aku ternampak berita pasai Program Susu Sekolah akan disambung.

Tapi sekarang nama dah lain.. dah jadi nama Program Susu Sekolah 1Malaysia, akan dilancarkan bulan depan.

"NGO sambut baik Program Susu Sekolah 1Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Program Susu Sekolah 1Malaysia yang akan dilancarkan bulan depan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan negara memiliki golongan muda yang sihat dan pintar.

Kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik program itu dan berharap ia tidak dihentikan lagi seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berharap kerajaan memastikan susu yang bakal dibekalkan nanti berkualiti dan juga selamat diminum oleh murid-murid.

"Pastikan kejadian susu rosak sebelum ini sehingga menyebabkan berlaku keracunan makanan di sekolah tidak akan berulang,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pelancaran program Susu Sekolah 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dalam usaha melahirkan generasi muda yang sihat dan cerdas.

Mohamad Ali juga mencadangkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa pemantauan di sekolah yang terlibat dalam program ini.

"Jawatankuasa ini perlu dianggotai oleh wakil dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga PIBG,'' katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa ini bukan sahaja berperanan memantau susu yang dibekalkan seperti soal kualiti dan tempat simpanan malah melaporkan segera jika timbul sebarang masalah.

Selain itu, katanya, program tersebut perlu diperluaskan ke peringkat prasekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan juga menyambut baik pelaksanaan program itu dan berharap tidak lagi timbul masalah keracunan makanan seperti sebelum ini disebabkan murid-murid minum susu yang rosak.

"Tujuan kita hendak melihat mereka membesar dengan cergas dan bukan sehingga menyebabkan mereka trauma dengan minuman yang berkhasiat ini,'' katanya.

Sehubungan itu katanya, ada baiknya jika minuman susu segar ini dipelbagaikan dengan perasa lain seperti coklat dan strawberi.

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan kanak-kanak tidak begitu menggemari susu segar disebabkan baunya yang agak kurang menarik."

Nak baca online version click sini

Pandangan PM tentang program Susu..

Aku memang menyambut baik usaha nak meneruskan Program Susu Sekolah nih tak kira la apa nama yg digunakan sekali pun. Memang bagus tapi itu la dalam laporan tu ada disebu tpasai keracunan susu tu.





Aku sekolah rendah pada tahun 80'an, so kalau tak salah aku masa tu pun dah ada program susu nih. Kena bayar sorang dalam se-kupang (seposen) untuk dapatkan suus sekolah nih, sebagai top-up pada subsidi susu tu.

Memang ada yg tak minum susu nih, so yg untuk org yg minum suus macam aku la. Banyak la aku dapat "sumbangan" dari kengkawan aku.

Tapi yg tak best nya, aku la jugak selalu yg terkena susu yg dah masam, walaupun tarikh luput lambat lagi. ada satu kes tu aku dapat susu yg dah jadi warna kuning and pekat macam yougurt.. memang rasa yg amat memualkan!!! bayangkan la satu sedutan membawa penuh susu tu kedalam mulut.. aduh tak terbayang rasanya..


So harapan aku kali nih kualiti susu tu akan dipantau sebaiknya, sebab kali nih maybe anak aku pun akan dapat jugak Program Susu ni sebab dia pun dah bersekolah.

So kita tunggu bulan depan nak tengok perlaksanaannya.

Jangan start buat susu warna Merah, Biru, dah ler kan.

Maklumla kan... Susu 1Malaysia..

9 Comments this post:

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

time rina (90 an) susu kotak je kot...

Sis Lin said...

eee bagus2...
tp kan sis dulu geli nk minum susu klu kt sekolah..ye la konon2 nya x nmpk brand..hehehe
nk yg dlm kotak nama dutch lady..muahahahah

Just a random girl... said...

Tima saya dulu, yang saya ingat, ada susu putih, susu coklat n susu strawberry.

Selalu muntah2 lepas minum susu, hahaha!

Unknown said...

@rina: ha'ah mmg itu je la option
@sis-lin: memang pun, tak branded.. tapi talau Dutch Lady yg sponsor... bangkrap!! heheheh
@Azura: mmg pun, u're not alone yg muntah lepas minum susu sekolah nih ahahah

diriku said...

he2..dulu slalu minum susu sekolah ni..siap wt balik rumah, letak dlm peti ais kasi beku..best..he2..mcm eskrem coklat..

H.A said...

menarik n kreatif gak kamu ni..i follow u la...jom follow i.. :)

velasrizal said...

sihat la bdn minum susu sokmo..

Eco Urinal : Gabungan Urinal Dan Sinki

Unknown said...

@diriku: betul itu la antara alasan utk nak makan ice cream masa tu... biar dia separa beku.. pergh... Haagen-Daz pun kalah
@hafizah: :0) TQ.. follow u jugak...
@velasrizal; mmg sihat sokmo, tapi cuma takut terlebih sihat ja.... kang kena diet lak ahahah

ISZA said...

harap2nya kisah lalu tak berulang..

Related Posts with Thumbnails