Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Thursday, September 30, 2010

Home » , , , , » Blog dengan suara

Blog dengan suara

Blog dengan suara...

Nasib baik kita berblog dengan perkataan yang bertype saja,
andaikata kita berblog dengan suara sure suara aku la yang paling seksi dan rock.

Kalau blog dengan suara juga, mesti korang tak paham walausepatah pun apa aku cakap, sebab aku sekarang dah bersuara "garau" dan berdengung.

Rupanya aku nak kena selsema, padan la kepala aku tak berapa stabil 2-3 hari lepas(entry ni)

Dari semalam dah bermulalah hidung tersumbat, suara sedikit sengau dan sakit kepala di bahagian dahi dan aku rasa teori sakit kepala sebab monitor (entry ni) aku tu maybe tak berapa tepat (but still acceptable)

Dah start nak batuk-batuk comel dah nih.

Mata pun dah semakin berat, kepala rasa berdenyut di bahagian dahi, start nak bersin dah dan jiran-jiran kat kubikel aku dah start bagi pandangan serong dah kat aku.

" ya..ya.. tau...AAAACCHHHHOOOOOWWWW Snortt sreet... jap lagi aku p klinik amik MC" :o)

So sementara tunggu klinik bukak aku akan mengurungkan diri dalam bilik server supaya org lain tak tempias dengan  "kuman" selsema aku nih.

Mengantuk rupanya selsema ni ekk..

Demam tak demam still boleh maintain lagi, cuma tak tahan sakit kepala.

Sekarang aku dah menjalani terapi air masak suam + 100plus untuk menstabilkan elektrolit dalam badan (ehh bukan ka tu untuk badan penat).

Jauhkan dari air ais & kopi (takmo melarat jadi sore throat pulak)

Kurangkan garam.


Maaf pada semua ek, aku tak sempat nak ber BW semalam sebab jam 9:00pm aku dah berlayar dah, tengok cerita Leverage kat AXN pun tak sempat abis.


Nak log-off and p klinik jap...tulisan kat monitor nih pun dah nampak triple-fourple dah nih

kuman: typing pun dah jadi raban dah...

5 Comments this post:

sarah-najwan said...

semoga cepat sembuh kuman..main2 hujan kot...hehe2..ke sejuk aekon kt opih??

AngahSayang2314 said...

apa yg penting makan ubat hehehee

DKosongLapan said...

laaa...nak ceghite tak sehat je sebenonye....tapi naseb baek jugak le blogger.com tak buat blog gune suaghe...kompom tak paham..

Mia Liana said...

hmmm...luahan perasaan yang ikhlas....

Kuman Chaos said...

@sarah: mungkindedua kot.. sini asik ujan jer petang.. so ada tempias gak ler, aekon pun mungkin juge sebab seharian dlam server room nih ... 19degree C suhunya

@angah: makan ubat tu yang perit tu ahhah

@D08: ha'ah heheh nasib baik kan
@Mia: sedaya mungkin...

TQ semua ata well wish... TQ

Related Posts with Thumbnails