Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...
Showing posts with label Travel Perlis. Show all posts
Showing posts with label Travel Perlis. Show all posts

Friday, December 09, 2011

LIMA 2011 - here i come!!

(actually tomorrow, but since early tomorrow morning i'll depart to Langkawi so i posted this today... :o) )

Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA) Exhibition 2011 is happening now (for the public) until tomorrow in where else... Langkawi Island and i'll be there tomorrow morning...


 Now at its 11th edition and my 2nd LIMA visit to date ( i was there during LIMA 2007). My main interest is to see the the Dassault Rafale, Saab Gripen, FA-18E Super Hornet and the Eurofighter in person also not forgetting the TUDM MIG-29s and the SU-30MKM....

I'm also going to make sure i didnt miss the helicopter exhibition on the tarmac and visiting the souvenir shop since i somehow forget to do so on my last visit in 2007 (maybe during that time i was captivated by the Red Arrows acrobatics performance  a few meters above my head hahahaha)

I planned to go via Kuala Kedah and still haven't decided if its going to be a day trip or will stay there until Sunday morning since accommodation shouldn't be a problem since i have a cousin working on the island.

Anyway for more info on LIMA 2011 visit http://www.lima.com.my/  and remember that today is the starting day for the public to visit the exhibition (9-10 December) since the last 3 days (6,7, 8 December) it only open for Trade Visitors

I'll post some photos during my visit there sometime next week and until then....

kuman

Tuesday, September 21, 2010

12 Jam Di Perlis - Bahagian Akhir

sambungan ekk dari episode terdahulu:

Bahagian 1: Padang Besar
Bahagian 2: Kasawari Santuari

Bahagian Akhir: Kuala Perlis..

Aku teruskan perjalanan ke Kuala Perlis, since aku takde GPS so aku ikut jer la "GPS tradisional", signboard and belasah...

sebelum masuk pekan Kangar, aku singgah kat Beseri. melawat MRSM Perlis (tempat aku "bertendang" selama 2 tahun). Nostalgia meruntun kalbu, ingat zaman "kanak-kanak baru nak besaq" masa kat sini. Anak-anak pun sibuk dok tanya tempat apa nih. So sepanjang jalan ke Kuala Perlis, semua kisah dalam kereta berkisar tentang "Apa abah buat kat situ..etc"



"abah belajaq apa kat situ?" "syok tak?" "kakak pun nak mai belajaq sini la" "Bukit Gondol kat belakang tu ada hantu tak?" "Abah dulu mesti pandai, sebab tu belajar sini" "MRSM Beseri tu apa pulak? Beseri tu "berseri-seri ka?" "ayek nok aje r-sem ne agu.." - adik nak belajar MRSM ni jugak "Abah dok lari kat padang tu tak?" "Pak Guard kenai abah tak?"

dan ada la lagi 2-3 puluh soalan yg diulang ulang.. (anak-anak heheheh).

Sampai Kuala Perlis, ikut jer signboard yg menunjukkan ke arah "Jeti Feri Langkawi", sampai la jumpa Hotel Putra Brasmana, and parking je kat tepi tepi tu and pilih kedai mana nak makan.

AKu sampai sana lebih kurang jam 6:45pm, just nice to see the show!!!

Carik meja yg open air and bebetul kat tepi gig air tu, and menikmati pemandangan Senjakala yg PALING BEST pernah aku tengok, dengan berlatarbelakangkan Pulau Langkawi... memang la aku mengagumi ciptaan Yang Esa... teramat indah...





Aku amik gambar sampai abis battery...

Sambil tu order makanan dinner, antaranya yg paling best Siakap 3-Rasa. 1 ekor ikan yg besar reganya RM49 untuk 7 org makan (4 adults, 3 bebudak).. memang manis betul isinya... and total RM79...(yg aku rasa berbaloi-baloi)



lebih kurang jam 8:30pm aku bertolak balik, terus ja naik Highway Changlun- Kuala Perlis and keluar balik kat Bandar Changlun and naik PLUS.

On the way back tu singgah kat R&R Gurun untuk recharge "kecergasan" dengan solat & 1 mug besar NESCAFE kaw!! sambung drive balik..

Sampai ke teratak aku jam 11:45pm maka lengkaplah perjalanan 12 Jam aku ke Perlis...

memang berbaloi and anak-anak aku ajak p lagi... diroang nak ke Wang Klian, Bukit Jernih (Gua Kelam) and Tasik Melati pulak in next trip.... aku ok jer... nnt bila cuti sekolah kita p lagi ek.. :D

p/s: Hilang rasa penat tengok anak-anak suka and appreciate the trip....

Sunday, September 19, 2010

tido lambat tengok tv?

(gambar dari internet, aku edit jer)

aku jarang tido lambat.. tapi memandangkan esok cuti (cuma nak kena bangun awal sbb nak anto anak ke sekolah) aku pun membenarkan diri aku tidor lambat mlm nih... jam dah tunjuk jam 3:15 pagi and mata pun dah sedikit kuyu.

Anak2 abis dah lena & yg bongsu nih lena atas lap... manja la tu :o)

Tapi camno nak tido nih.. kat National Geographic ada cite best lak.. INSIDE: MARINE ONE.. documentary yg best....

nampaknya jam 4 jugak la baru aku bleh tido nih...
dah ler esok pagi nak kena cabut rumput lepas jadi Bas Sekolah.. pastu nak kena basuh kereta lagi sekali...

takpe.. takpe..

ataupun nih penangan Kopi Kampung dari rumah adik aku maghrib tadi nih... yg menyebabkan aku tak ngantuk....

TO DO Esok:
- Blog update untuk bahagian last "12 Jam di Perlis" (Bahagian 1), (Bahagian 2)
- Nak buat scale model sikit.. diorama untuk AAVP7A1 aku tuh.. (Semua Bahagian)
itu je la kot ..:)

Selamat Malam....

Friday, September 17, 2010

12 jam di Perlis - Burung Kasawari Santuari

12 Jam di Perlis - Burung Kasawari Santuary

sambungan dari 12 jam di Perlis - Padang Besar

Jam 5:30, lepas lebih 2 jam kat Padang Besar, masa untuk bergerak ke Kuala Perlis sebab semua org dah lapar dan dalam waktu sekarang nih kedai makan kat sana pun dah bukak.

Aku ikut jalan Kaki Bukit, yang melalui Tasik Tasoh yg luas and cantik, Restoran Tok Mek (yg popular tapi tutup time aku lalu) & sekolah lama aku (jap lagi aku cerita).

Dalam 6km dari Padang Besar, aku ternampak



rupanya ni la Burung Kasawari Santuary, yang peliknya setakat yg aku dok search, tak pernah pulak dimentionkan tempat ni dalam travel log yg aku jumpa. Even website Majlis Perbandaran Kangar pun tak list tempat ni sebagai antara "7 Pesona Perlis". Mungkin sebab tempat nih kecik and tak signifikan kot.


Takde bayaran dikenakan untuk masuk, tapi kalau nak bagi makan burung tu, bayaran RM1 dikenakan untuk beli daun kangkung nak bagi burung ni makan. Berpadanan la pada pendapat aku dan burung-burung nih akan makan dengan lahapnya daun-daun nih yg kita mesti pegang nak bagi dia makan. Jangan risau, takde la pulak burung nih makan tangan orang lagi masa aku kat situ hihihi


Anak-anak memang "terpana" tengok burung ni upclose and personal camtu... sampai tak mau balik!! hahaha

30 minit kemudian (selepas adegan tarik menarik dan merajuk) bertolak ke Kuala Perlis.

Tapi nak pit stop kat sekolah lama aku kejap yg dah 18 tahun aku tinggalkan....

Part 3 (Sekolah & Kuala Perlis) akan bersambung kejap lagi.. ;o)

12 jam di Perlis - Padang Besar

12 Jam Di Perlis Indera Kayangan...




Jam 12:50 - bermula dari Seberang Jaya, aku terus shoot ke Padang Besar dan mengikuti speed limit PLUS (tak mau kena saman ekoq lak nanti). Jalan ke Utara clear.. tapi yg sebelah sana nak ke Selatan kereta dah bertali arus...


Ingat nak stop kat R&R Gurun untuk solat zohor tapi ntah camne terlepas exit ke R&R, so terus je ke Padang Besar and solat kat di Padang Besar.

Aku guna jalan yg straight forward, dari PLUS exit Tol Hutan Kampung (RM13.00), pastu bayar tol Jitra (RM1.60).


Akan lalu kat sini and now dah officially aku kembali ke Perlis lepas 18 tahun aku tak pernah masuk perlis (sejak abis tingkatan 5)

Lalu kat Changlun and naik ke Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis. Tapi kena ingat untuk exit ke arah Padang Besar/Chuping and akan lalu depan kampus tetap UniMap (Universiti Malaysia Perlis, yg banyak still dalam pembinaan).


Jangan lupa tengok la ladang tebu yang saujana mata memandang... memang luas. nasib baik cuaca pun elok so gambar pun elok juga. Aku ada ternampka signboard kata kat Chuping nih suhu terpanas dalam sekitar 40.1 degree C, memang panas!!.


Sampai kat Padang Besar dalam jam 3:30, lepas solat, cari Bazaar Padang Besar. Punya la banyak kereta (bayar parking RM2)aku end-up parking jauh jugak le kena menapak sikit.


Ni dalam Bazaar tu, memang banyak bargain especially kalau yg nak carik Jersi bola & baju berjenama Polo & Ralph Lauren. Aku beli gak satu RM28 (rega asal RM38) alang-alang dah sampai kan. Anak2 lak sibuk dok pilih mainan memang pelbagai sampai tak tau apa diorang nak.

Wife lak beli satu Purse jenama Bonia ka Polo ntah.. RM25 lepas bargain-bargain dari RM40!!

Jam 5:30, semua orang dah merenggek-renggek lapar, so bergerak la ke Kuala Perlis ikut jalan Kaki Bukit.

Sebelum tu singgah kejap kat Burung Kasawari santuary...

(sambung kejap lagi ek)

12 jam di Perlis, sangat memenatkan tapi memang BEST!!


Aduh... sangat memenatkan hari ini...
So post ni pendek ajer... just preview untuk apa yg aku buat semalam selama 12-jam kat Perlis selepas lebih kurang 18 tahun aku tak kesana....

Ni adalah spontaneous trip lepas balik dari Open House member aku kat Seberang Jaya...

Summarynya lebih kurang camni la...

1. Padang Besar - Memang dah banyak berubah...
2. Burung Kasawari - up close and not so personal
3. MRSM ku - 18 tahun yg lalu
4. Kuala Perlis - senjakala yg sangat lawa...aku shar photo nnt

Ada banyak yg aku nak story mory nanti.. mungkin Journey Blog la some sort....

Nanti aku datang balik..nak rehat jap.... stay tune...
Related Posts with Thumbnails