12 Jam di Perlis - Burung Kasawari Santuary
sambungan dari 12 jam di Perlis - Padang Besar
Jam 5:30, lepas lebih 2 jam kat Padang Besar, masa untuk bergerak ke Kuala Perlis sebab semua org dah lapar dan dalam waktu sekarang nih kedai makan kat sana pun dah bukak.
Aku ikut jalan Kaki Bukit, yang melalui Tasik Tasoh yg luas and cantik, Restoran Tok Mek (yg popular tapi tutup time aku lalu) & sekolah lama aku (jap lagi aku cerita).
Dalam 6km dari Padang Besar, aku ternampak
rupanya ni la Burung Kasawari Santuary, yang peliknya setakat yg aku dok search, tak pernah pulak dimentionkan tempat ni dalam travel log yg aku jumpa. Even website Majlis Perbandaran Kangar pun tak list tempat ni sebagai antara "7 Pesona Perlis". Mungkin sebab tempat nih kecik and tak signifikan kot.
Takde bayaran dikenakan untuk masuk, tapi kalau nak bagi makan burung tu, bayaran RM1 dikenakan untuk beli daun kangkung nak bagi burung ni makan. Berpadanan la pada pendapat aku dan burung-burung nih akan makan dengan lahapnya daun-daun nih yg kita mesti pegang nak bagi dia makan. Jangan risau, takde la pulak burung nih makan tangan orang lagi masa aku kat situ hihihi
Anak-anak memang "terpana" tengok burung ni upclose and personal camtu... sampai tak mau balik!! hahaha
30 minit kemudian (selepas adegan tarik menarik dan merajuk) bertolak ke Kuala Perlis.
Tapi nak pit stop kat sekolah lama aku kejap yg dah 18 tahun aku tinggalkan....
Part 3 (Sekolah & Kuala Perlis) akan bersambung kejap lagi.. ;o)
0 Comments this post:
Post a Comment