Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...
Showing posts with label Iklan Raya. Show all posts
Showing posts with label Iklan Raya. Show all posts

Thursday, September 09, 2010

Iklan Raya PKNS 2010 menyentuh perasaan

Lagi satu iklan Raya tahun nih yg pada pendapat aku best... setara dengan iklan Raya Maxis 2010 yg aku cerita ari tu.

Terima kasih untuk Sharing Is Power, sebab aku dapat berita pasai iklan nih dari blog dia ler. Tapi iklan yg aku tunjuk kat bawah nih yg extended version, ada xtra kat ujung tu.




Enjoy the iklan and ketepikan segala tanggapan...

Iklan yg ada ibu & bapa nih memang aku tak leh tahan.. sedih ... menyentuh perasaan betul...

Wednesday, September 08, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua bloggers..

- Pada yg nak drive balik kampung, hati-hati memandu dan jangan jadi antara statistik dalam Ops Sikap kali nih

- Pada yg suka "surfing the web", surfing lah.. tapi jangan sampai jadi macam iklan Petronas tahun 2008 dah yg tajuknya "MAK OK", (tengok sini entrynya)

- Pada yg tengah suspense takut kalau-kalau esok raya (entry ni), better buat contingency plan... mana nak tau kot kot malam nnt "ter"bersalin pulak bulan tu haaa mmg kes naya.

- Pada yg lain lain.. Selamat Bercuti dan Selamat Berhari Raya!!!

(p la ziarah menziarahi jangan asik dok tengok TV ajer :o) )

Tuesday, September 07, 2010

Raya hari Khamis? satu possibilities




Satu spekulasi yg nak aku share kat sini..

kat office aku nih rata-rata dah mengiyakan rumours ni..

sebab musababnya seperti berikut:

1. sebab dah ramai yg mintak cuti hari khamis, so kalau raya jatuh hari khamis safe la satu hari cuti boleh la guna cuti untuk hari lain pulak :o)
.. logic logic..

2. Boleh la cuti lebih 1 hari lagi, kalau Raya hari jumaat, total cuti baru 3 hari, kalau hari Khamis total dah 4 hari... tu tak kira lagi yg tambah sampai hari Khamis depan (Hari Malaysia)

Masalahnya pulak kalau Raya hari Khamis:

1. Mereka-mereka yg kerja bahagian Production, still kena kerja... sebab schedule cuti start hari Jumaat. Sapa nak jaga line kalau raya hari Khamis... mau melotop production line kalau di paksa kerja hari raya...

2. Yg mana dah plan nak balik jauh (> 5 jam perjalanan), macamana nak pederaih kereta malam raya tu.. kang tak pasai pasai ja jadi statistik Ops Sikap.

3. Tu tak kira lagi tokwan-tokwan yg kat kampung yg belum buat lemang lagi, sure meleleh waktu solat raya, sebab malam berjaga buat lemang.

4. Ibu-ibu yg kat rumah pun sure tak sempat gantung langsir baru, sebab kalut ngan persiapan lain... mana dengan kuih tak letak dalam bekas Luminac baru lagi, pinggan Vision tak basuh lagi, baju raya tak iron lagi.... mmg pening..


so aku rasalakan... memang elok la raya tu stay hari Jumaat, at least boleh la dengar 2 khutbah dalam satu hari, boleh la 2 kali berjemaah kat masjid (selain dari solat 5 waktu ler).. baguih apa camtu...

ok la.. tunggu je la pengumuman malam esok.. kalau hari Khamis Raya.. aku pun kalut gak :o)

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Related Posts with Thumbnails