Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...
Showing posts with label kalau Aidilfitri hari Khamis. Show all posts
Showing posts with label kalau Aidilfitri hari Khamis. Show all posts

Thursday, September 09, 2010

Raya confirm Jumaat 10/09/10


Alhamdullilah... Raya Hari Jumaat 10/09/10 (lawa pulak combination nombor tu)

Persoalan 1
& Persoalan 2 dah terjawab..

Semalam Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (awat la aku asik ter type "raya" jer tiap kali aku type "raja") dah mengumumkan raya hari Jumaat. Memang ramai yg menarik nafas lega, even kat opis aku pun ramai yg kata "phew".. termasuk la boss-boss besaq yg semua dah suspense and dah keluarkan contingency schedule kalau khamis raya..

nampaknya 1/2 hari lagi aku kat opis (sebab aku cuti sekerat hari). Opis aku nampak dah macam di langgar garuda... sunyi sepi.. sampai bunyi angin air-cond pun boleh dengaq sampai sebatu.. itu la tahan kesunyiannya... sampai bunyi typing aku nih pun kuat lagi...

Nampaknya, setakat ini dulu dan segala persoalan pasai bila raya dah selesai, so dah cepat p tolong omak kat dapur or abah kat depan tu prepare lemang... :D

dan... Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H dari saya

Wednesday, September 08, 2010

Raya hari Khamis? Part 2

Part 2, ni akan memberikan perkembangan terkini pasai tarikh raya nih.
Part satu kat sini Link dahulu.

Nampaknya peluang untuk raya pada hari esok (Khamis) mungkin tidak kesampaian,
sebab kalau nak raya esok, anak bulan mesti la kelihatan.

Tapi dengan keadaan perkembangan semasa (sekarang nih) cuaca mendung tidak berlagu sejak dari tengahari tadi memungkinkan anak bulan tidak akan kelihatan kat negeri Kedah nih.

Tapi tak tau la kan kalau kat tempat lain terang/cerah/terik mentari akan nampak la kot anak bulan tu..

apa-apa pun malam nih lepas berbuka, cepat bukak tv tengok and tunggulah kemunculan Penyimpan Mohor Besar DiRaja untuk buat pengumuman.

Mengikut pendapatan saya, raya hari Jumaat... at least esok boleh lagi la aku mai opis abiskan kerja untuk minggu ni.. :0)

Selamat!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua bloggers..

- Pada yg nak drive balik kampung, hati-hati memandu dan jangan jadi antara statistik dalam Ops Sikap kali nih

- Pada yg suka "surfing the web", surfing lah.. tapi jangan sampai jadi macam iklan Petronas tahun 2008 dah yg tajuknya "MAK OK", (tengok sini entrynya)

- Pada yg tengah suspense takut kalau-kalau esok raya (entry ni), better buat contingency plan... mana nak tau kot kot malam nnt "ter"bersalin pulak bulan tu haaa mmg kes naya.

- Pada yg lain lain.. Selamat Bercuti dan Selamat Berhari Raya!!!

(p la ziarah menziarahi jangan asik dok tengok TV ajer :o) )

Tuesday, September 07, 2010

Raya hari Khamis? satu possibilities




Satu spekulasi yg nak aku share kat sini..

kat office aku nih rata-rata dah mengiyakan rumours ni..

sebab musababnya seperti berikut:

1. sebab dah ramai yg mintak cuti hari khamis, so kalau raya jatuh hari khamis safe la satu hari cuti boleh la guna cuti untuk hari lain pulak :o)
.. logic logic..

2. Boleh la cuti lebih 1 hari lagi, kalau Raya hari jumaat, total cuti baru 3 hari, kalau hari Khamis total dah 4 hari... tu tak kira lagi yg tambah sampai hari Khamis depan (Hari Malaysia)

Masalahnya pulak kalau Raya hari Khamis:

1. Mereka-mereka yg kerja bahagian Production, still kena kerja... sebab schedule cuti start hari Jumaat. Sapa nak jaga line kalau raya hari Khamis... mau melotop production line kalau di paksa kerja hari raya...

2. Yg mana dah plan nak balik jauh (> 5 jam perjalanan), macamana nak pederaih kereta malam raya tu.. kang tak pasai pasai ja jadi statistik Ops Sikap.

3. Tu tak kira lagi tokwan-tokwan yg kat kampung yg belum buat lemang lagi, sure meleleh waktu solat raya, sebab malam berjaga buat lemang.

4. Ibu-ibu yg kat rumah pun sure tak sempat gantung langsir baru, sebab kalut ngan persiapan lain... mana dengan kuih tak letak dalam bekas Luminac baru lagi, pinggan Vision tak basuh lagi, baju raya tak iron lagi.... mmg pening..


so aku rasalakan... memang elok la raya tu stay hari Jumaat, at least boleh la dengar 2 khutbah dalam satu hari, boleh la 2 kali berjemaah kat masjid (selain dari solat 5 waktu ler).. baguih apa camtu...

ok la.. tunggu je la pengumuman malam esok.. kalau hari Khamis Raya.. aku pun kalut gak :o)

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Related Posts with Thumbnails