Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Friday, September 17, 2010

12 jam di Perlis - Padang Besar

12 Jam Di Perlis Indera Kayangan...




Jam 12:50 - bermula dari Seberang Jaya, aku terus shoot ke Padang Besar dan mengikuti speed limit PLUS (tak mau kena saman ekoq lak nanti). Jalan ke Utara clear.. tapi yg sebelah sana nak ke Selatan kereta dah bertali arus...


Ingat nak stop kat R&R Gurun untuk solat zohor tapi ntah camne terlepas exit ke R&R, so terus je ke Padang Besar and solat kat di Padang Besar.

Aku guna jalan yg straight forward, dari PLUS exit Tol Hutan Kampung (RM13.00), pastu bayar tol Jitra (RM1.60).


Akan lalu kat sini and now dah officially aku kembali ke Perlis lepas 18 tahun aku tak pernah masuk perlis (sejak abis tingkatan 5)

Lalu kat Changlun and naik ke Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis. Tapi kena ingat untuk exit ke arah Padang Besar/Chuping and akan lalu depan kampus tetap UniMap (Universiti Malaysia Perlis, yg banyak still dalam pembinaan).


Jangan lupa tengok la ladang tebu yang saujana mata memandang... memang luas. nasib baik cuaca pun elok so gambar pun elok juga. Aku ada ternampka signboard kata kat Chuping nih suhu terpanas dalam sekitar 40.1 degree C, memang panas!!.


Sampai kat Padang Besar dalam jam 3:30, lepas solat, cari Bazaar Padang Besar. Punya la banyak kereta (bayar parking RM2)aku end-up parking jauh jugak le kena menapak sikit.


Ni dalam Bazaar tu, memang banyak bargain especially kalau yg nak carik Jersi bola & baju berjenama Polo & Ralph Lauren. Aku beli gak satu RM28 (rega asal RM38) alang-alang dah sampai kan. Anak2 lak sibuk dok pilih mainan memang pelbagai sampai tak tau apa diorang nak.

Wife lak beli satu Purse jenama Bonia ka Polo ntah.. RM25 lepas bargain-bargain dari RM40!!

Jam 5:30, semua orang dah merenggek-renggek lapar, so bergerak la ke Kuala Perlis ikut jalan Kaki Bukit.

Sebelum tu singgah kejap kat Burung Kasawari santuary...

(sambung kejap lagi ek)

12 jam di Perlis, sangat memenatkan tapi memang BEST!!


Aduh... sangat memenatkan hari ini...
So post ni pendek ajer... just preview untuk apa yg aku buat semalam selama 12-jam kat Perlis selepas lebih kurang 18 tahun aku tak kesana....

Ni adalah spontaneous trip lepas balik dari Open House member aku kat Seberang Jaya...

Summarynya lebih kurang camni la...

1. Padang Besar - Memang dah banyak berubah...
2. Burung Kasawari - up close and not so personal
3. MRSM ku - 18 tahun yg lalu
4. Kuala Perlis - senjakala yg sangat lawa...aku shar photo nnt

Ada banyak yg aku nak story mory nanti.. mungkin Journey Blog la some sort....

Nanti aku datang balik..nak rehat jap.... stay tune...

Thursday, September 16, 2010

Hari cuti.. masa untuk open house aidilfitri



Selamat Bercuti semua..

hari nih semua orang cuti lagi satu hari... so as usual lepas aidilfitri nih semua orang buat open house... aku pun ada undangan open house gak hari nih.. start jam 11am karang.. so mari lah berkunjung beramai-ramai...

ada office mate buat open-house, anak2 pun dah excited nak p open house...

time untuk aku nak bersiram kejap....

insyallah nnt aku snap sikit gambor Open House..

and esok Jumaat aku cuti lagi.. nampaknya mmg long weekend la untuk aku.. hahha

Selamat Hari Malaysia!!


Hari nih September 16, 2010 adalah cuti umum untuk Hari Malaysia atau hari Malaysia ditubuhkan dengan Sabah & Sarawak

Sebelum nih cuma Sabah & Sarawak ajer yg cuti pada Sept 16. tapi sekarang dah di extend ke Semenanjung as well.

dan sambutan yg pertama selepas di gazettekan sebagai cuti akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Lagi information ikut link nih..

Rupanya dah 47 tahun Malaysia ditubuhkan, and aku rasa waktu aku belajar sejarah kat sekolah dulu pun aku tak ingat akan signifikasinya tarikh September 16 nih.

Satu langkah bijak dengan memberikan kembali signifikasi tarikh nih kepada rakyat jelata.

Semua enjoy the holiday and dont forget to go visit as much Open House as possible and take advantage of this holiday.

Live harmonious..

Pada yg akan travel, safe journey and take care.

Wednesday, September 15, 2010

Mendengar lagu sambil tidur... elok ka?




Sejak 2-3 malam lepas anak2 aku mintak nak tido dengan radio ON..

so ni bagus ka untuk kesihatan ek?

yg aku tau kalau baby dalam rahim ,elok di dengarkan bacaan ayat suci tapi kalau dengar lagu-lagu hmm tak ok la kot ek...

selalunya aku akan bangun pulak around 30minit bila semua dah nyenyak aku akan OFF kan radio tu.. tapi kengkadang diorang lak akan jaga and switch ON balik...

hmmm so elok ka ek?

Kopi Luwak HARAM!!!

KOPI LUWAK HARAM!!!

Dalam berita 2-3 hari lepas aku terdengar mengenai pengharaman Kopi Luwak oleh

Pada yg tak tau apa Kopi Luwak nih tengok kat wiki

Majlis Agama Islam Indonesia kata halal berdasarkan alasan2 berikut: Klik Sini laporan Utusan Malaysia

Kalau tak salah aku Majlis Agama Islam Malaysia ada mengatakan yg Kopi Luwak nih haram di malaysia, so ada konflik kat situ.

Pada aku la kan (aku yg tak berapa pandai nih), memang wajar pun diharamkan kat Malaysia nih.. dah ler mahai and macam la takde dah kopi lain nak minum :ketawa:...

hiii tak sanggup aku minum kopi najis musang nih... dalam Berita pun ada tunjuk process pembuatannya.. memang memualkan tulang sum-sum aku..

tak tau la kalau ada orang yg sanggup minum kopi nih...

aku akan still maintain ngan kopi kampung yg aku beli kat pakcik kat pasar malam nih.. siap boleh goreng and mesin kat situ lagi.. fresh... nasib biak kat pasar malam tu takde pokok kopi jer.. kalau ada sure dia "menuai" biji kopi kat situ gak :ketawa besar:

tak pun try Kopi Incredible Hulk yg aku dah try..

so buat lah pertimbangan yg waras.... asal nama tahi yang keluar dari bahagian belakang apa pun mmg aku akan hindari ...:D

waras!!!

Kopi "The Incredible Hulk"!!


KOPI INCREDIBLE HULK!!!


arghhhh!!!.. terbayang watak Lou Ferrigno dalak "Hulk" tahun 70'an tu!!

Aku nih penggemar kopi sedunia.. (dan walaupun bulan Ramadhan yg lepas, aku berjaya maintain cuma 2 mug kopi sepanjang bulan puasa.. pergh!! satu pencapaian yg memberangsangkan bagi aku yg aku rasa dah "caffeine" addict.. tapi still manageable)... still aku suka ngan kopi nih..

Sebelum bulan posa ari tu, aku di"introduce"kan oleh adik aku satu lagi kopi jenama HPA (aku bukan nak promote, saja nak share ajer ek, jgn salah paham).




Ni rupanya, ada nampak warna kehijauan kat buih dia tu? sebab tu la aku panggil dia Kopi Incredible Hulk, :hehehehe: logik la kan...

Bercakap tentang rasanya pulak, memang best walaupun ada sedikit rasa ke"spirulina"annya yg mungkin setengah org tak berapa gemaq (suka). Bagi aku ok jer, rasa la lain sikit dari kopi lain yg aku dok minum sebelum nih.


Packagingnya


Ikut kata adik aku, lagi best kalau buat pastu campuq ayaq jangan banyak sangat... bagi rasa pekat sikit... itu kata adik aku ler ...

apa2 pun still tak leh lawan rasa kopi kampung... tapi jangan bagi kat aku Kopi Luwak (next entry aku cite pasai pa) dah ler

p/s: ehh nih entry aku yg ke 100!!!! cepat jugak ek...

ooo ini rupanya EMO cartoon: Pon dan Zi


Dah beberapa blog aku nampak dok guna gambaq kartun nih.. rupanya nama dia Pon & Zi..

memang cute dah meaningful dia punya kata-kata.

aku pun dah start minat ngan pon & zi ni..

ni dia punya official website (www.azuzephre.net) by Jeff Thomas

Gambar kat atas tu aku jumpa kat internet

So lepas nih ada banyak la post-post lain yg akan guna image2 Pon & Zi nih.. :D

kongsi ajer.

Tuesday, September 14, 2010

Berjaya buat "sitemap"!!


Buat Sitemap dalam blog

Saja duduk lepak lepak lepas lunch kat kantin tadi, dok godeh-godeh kat blog aku nih aku teringat nak share cara aku buat sitemap cam photo kat atas tu..

Dah lama aku dok test pastu sekarang baru la aku berani nak suggest kat org lain untuk try gak buat sitemap nih.. bukan ape atleast senang sikit nak navigate.

Aku bukan nak ajar balik atau org kata "reinventing the wheel" tapi aku link terus la kat source yg aku belajar tu.. Neo In Blog- Cara pasang sitemap; so semua credit bagi kat dia.. aku pun belajar jer dari sana and apply kat site aku.

ada lagi 2-3 benda yg aku nak kena test contohnya letak navigation bar kat atas header tu.

So pelan pelan kayuh la nampaknya.. kalau aku terjumpa lagi tips yg menarik bleh aku share kat sini yg mana aku dah test la.. :D

and aku tak take credit untuks emua tips tu ek.. just tolong spread the words ajer..

selamat me"ngetest"...

Jam biologikal jadi pening...

Sekarang dah bulan Syawal, dan sejak Aidilfitri yg lepas aku terperasan 1perkara yg sangat obvious (kat aku la.. tak sure org lain mcm mana, tapi aku rasa sama kot).


Aku sekarang (dah masuk raya ke lima) akan terjaga jam 5am, sebab masa tu adalah masa aku bangun sahur sepanjang 30 hari, bulan Ramadhan yg lepas.

Bukannya tak bagus cuma itu menunjukkan yg Biological clock need a bit adjustment to the fact that sekarang dah bukan bulan puasa (melainkan yg nak puasa sunat 6 hari bulan Syawal la).

Bukan tak bagus bangun awal nih, tapi itu la terkebil-kebil atas katil sebab dah terbiasa mcm tu.
Dengan itu jugak ler.. aku sekarang datang kerja awal sebab dah bangun awal.

Kepada yg masih try nak adjust tu, jangan buat adjustment tergempar. Bagi masa sikit untuk biological clock kita reset balik maybe lepas 1-2 minggu ok la tu.. boleh la balik pada time yg biasa bangun. Tapi kalau bleh maintain bangun awal lagi bagus kan...

banyak yg dapat di buat awal pagi tu.

Human Biological clock
(Gambar dari internet)

Monday, September 13, 2010

Bekerja di hari Senayan lepas raya...

Ntah mana silapnya aku hari nih kena mai kerja.

and ntah mana silapnya jugak, 2 bijik switch dalam office ni buat keputusan nak "down" pada hari nih jugak... memang memeningkan kepala betul nak kena configure semula switch yg backup. Nasib baik ada backup.. tapi pening jugak ler...

lucky thing, almost 90% of the user still cuti raya.. so takde la dengar bunyi ngomel sangat else mau melotop kapla... :ha ha ha ha :

anyway Selamat bercuti pada yg masih ber cuti...

Sunday, September 12, 2010

bunyi kuda berlari!! ikut kata anak aku...


Lokasi: Dalam kereta lepas majlis open house raya.
.
kakak: "abah... abah...... kakak ada 1 teka teki... dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yg paling kedekut?"

aku: errr... kangaroo...

kakak: awat kangaroo?

aku: err.. sebab kangaru ada poket besar kat badan dia..

kakak: salah...salah... jawapannya... KUDA!!!

aku: awat kuda pulak?

kakak: sebab kalau abah dengaq bunyi dia berlari bunyi macam nih.."kedekut, kedekut, kedekut"

aku:
hahahah logik logik..


aku tak sure kalau nih related dengan ziarah raya yg baru tadi, sebab diorang cuma dapat sorang 50sen dalam sampul raya tadi hehehe.... tak sure apa la yg anak-anak fikirkan yg menyebabkan diorang tanya soalan tu.. mungkin kebetulan.

.:o)

Senario The Movie terlampau di TV Aidilfitri

Ada satu trend yg mengusarkan aku Aidilfitri kali nih.. nih berkaitan movie yg disiarkan di TV... memang aku akui, Senario The Movie Episode 1 memang menghiburkan.. tapi kalau dah ditonton sampai 3-4 kali untuk 2 hari raya yang pertama nih; ia dah jadi lebih pada keterlaluan.

Yang aku perasan, malam 1 syawal ada sekali, and siang sayawal tu ada lagi pastu malam syawal pun ada lagi. Tapi ok la boleh bagi bebudak duduk dia sikit tengok Senario kat TV, boleh la parents layan tetamu yang datang beraya.

anyway... saja ja pemerhatian aku jer... ada lagi 2-3 cerita yg turun diulang tayang beberapa kali, maybe dah trend raya kot...

kuman: Tapi ada gak rancangan yg best seperti yg kat TV3 petang tu: Manikam Kalbu.... informative

Hari Raya #3: Berita sedih di dada akhbar!!!

Yah... hari nih hari ketiga beraya...
aku dah balik ke rumah aku and pepagi lagi bebudak dah datang beraya, waktu aku nak keluaq p beli paper. Dah ada 4-5 orang anak jiran-jiran depan umah. Anak2 aku pun still tido keletihan lepas berjalan raya semalam sampai jam 11 malam.

So aku denag politenya mintak mahap kat bebudak tu and kata kat depa, mai balik satgi.. dalam jam 10:30am baru la sempat aku nak panaskan rendang etc (wajar ka aku cakap camtu?)

So aku p kedai mamak carik paper dan dikejutkan dengan berita di muka depan Mingguan Malaysia yang Dato Sosilawati dibunuh... tapi Berita Minggu takde lak buat berita tu lagi, maybe Utusan & Kosmo lagi print paper diorang lambat sikit so dapatla dimuatkan berita tu. anyway... tunggu la perkembangan selanjutnya nanti...

anyway, kat kedai mamak, aku duduk and order la Teh Tarik and roti teloq... ane tu habaq kat aku..

"sowriee abang... rhoti chanai lembat... rhamai ooowwwrannggg"
"mee gooreng pong tadak..."
"aiirr ada..."


so aku dengan penuh kempunan order jela Teh Tarik... sambil baca paper.

Tapi memang org ramai kat Nasi Kandar tu hari nih... maybe stok lemang and rendang dah abis so ramai la kat sana

selagi lagi.. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya.. kepada yg nak travel balik ke kampung sebelah isteri/suami, berhati-hati di jalan raya..

Saturday, September 11, 2010

Oopss... stop kejap.... filem Magika!!

Hari Raya kedua... hari untuk bertandang ke rumah kengkawan (Raya pertama p rumah adik beradik saudara-mara) :ketawa sikit:

Entry nih bukan nak cite pasai raya sangat pun, cuma 2-3 hari lepas ada tengok DiSebalik Tabir cerita MAGIKA dari KRU boys.... tu yg rasa semangat nak buat entry nih...

sebelum tu kalau ada re-run Di Sebalik Tabir tu, p tengok...
and tengok trailer dulu..



Tarikh tayangan : September 23, 2010

Anak-anak kat rumah semua dah booking nak tengok cerita ni kat panggung, cerita terakhir diorang tengok kat panggung dulu cerita Upin & Ipin: GENG (diorang jerit lagi sbb takut). So nampak gayanya weekend 23/09 tu terpaksa la booking tiket tengok Magika nih...

Para pelakon pun ramai yg best best and yg best sekali cerita nih Muzikal Filem.. ala macam cerita Hotel Mania kat TV tu... KRU boys gak yg produce kan...

memang ada kelainan, boleh la tengok PGL yg gemuk, Hang Tuah yg keding, Badang yg err... Mawi, Nabil yg Orang Minyak, M Nasir yg Penunggu Tasik Chini, Mahsuri yg Vanida Imran.. banyak lagi la... nampak mcm nak Box-Office...

aku akan berkunjung ke pawagam berdekatan...
dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H dari saya

Friday, September 10, 2010

Takbir Aidilfitri dari Surau kampung ku...

Takbir Aidilfitri... Telah bergema takbir Aidilfitri sejak dari malam tadi, Sungguh menyejukkan hati.. Kat kampung aku nih semua org dah sibuk berebut bilik air sebab semua bergegas nak ke surau.. kejadian biasa tiap kali ramai berkumpul. Tu la.. tadi masa waktu bangun subuh tak mau mandi terus, kan dah berebut. Solat Aidilfitri jam 8:45am, tapi jam 8:40 baru nak mandi.. tu tak kira lagi masa nak pakai baju Melayu, sampin. Nak bagi lagi kalu... baju lupa nak iron. Yg dah kawin takpe la bilik boleh tolong ironkan semalam, ni yg bujang nih.. takkan nak suruh mak ironkan kot "ketawa".... Dah.. jom kita ke surau, tok imam dok panggil dah tu... haa pada sesiapa yg belum bayar Zakat Fitrah... cepat bayar sekarang sebelum Solat Aidilfitri sebab inilah waktu yg paling AFDAL untuk bayar zakat.... Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H dari saya

Thursday, September 09, 2010

Raya confirm Jumaat 10/09/10


Alhamdullilah... Raya Hari Jumaat 10/09/10 (lawa pulak combination nombor tu)

Persoalan 1
& Persoalan 2 dah terjawab..

Semalam Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (awat la aku asik ter type "raya" jer tiap kali aku type "raja") dah mengumumkan raya hari Jumaat. Memang ramai yg menarik nafas lega, even kat opis aku pun ramai yg kata "phew".. termasuk la boss-boss besaq yg semua dah suspense and dah keluarkan contingency schedule kalau khamis raya..

nampaknya 1/2 hari lagi aku kat opis (sebab aku cuti sekerat hari). Opis aku nampak dah macam di langgar garuda... sunyi sepi.. sampai bunyi angin air-cond pun boleh dengaq sampai sebatu.. itu la tahan kesunyiannya... sampai bunyi typing aku nih pun kuat lagi...

Nampaknya, setakat ini dulu dan segala persoalan pasai bila raya dah selesai, so dah cepat p tolong omak kat dapur or abah kat depan tu prepare lemang... :D

dan... Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H dari saya

Iklan Raya PKNS 2010 menyentuh perasaan

Lagi satu iklan Raya tahun nih yg pada pendapat aku best... setara dengan iklan Raya Maxis 2010 yg aku cerita ari tu.

Terima kasih untuk Sharing Is Power, sebab aku dapat berita pasai iklan nih dari blog dia ler. Tapi iklan yg aku tunjuk kat bawah nih yg extended version, ada xtra kat ujung tu.




Enjoy the iklan and ketepikan segala tanggapan...

Iklan yg ada ibu & bapa nih memang aku tak leh tahan.. sedih ... menyentuh perasaan betul...

Wednesday, September 08, 2010

Raya hari Khamis? Part 2

Part 2, ni akan memberikan perkembangan terkini pasai tarikh raya nih.
Part satu kat sini Link dahulu.

Nampaknya peluang untuk raya pada hari esok (Khamis) mungkin tidak kesampaian,
sebab kalau nak raya esok, anak bulan mesti la kelihatan.

Tapi dengan keadaan perkembangan semasa (sekarang nih) cuaca mendung tidak berlagu sejak dari tengahari tadi memungkinkan anak bulan tidak akan kelihatan kat negeri Kedah nih.

Tapi tak tau la kan kalau kat tempat lain terang/cerah/terik mentari akan nampak la kot anak bulan tu..

apa-apa pun malam nih lepas berbuka, cepat bukak tv tengok and tunggulah kemunculan Penyimpan Mohor Besar DiRaja untuk buat pengumuman.

Mengikut pendapatan saya, raya hari Jumaat... at least esok boleh lagi la aku mai opis abiskan kerja untuk minggu ni.. :0)

Selamat!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua bloggers..

- Pada yg nak drive balik kampung, hati-hati memandu dan jangan jadi antara statistik dalam Ops Sikap kali nih

- Pada yg suka "surfing the web", surfing lah.. tapi jangan sampai jadi macam iklan Petronas tahun 2008 dah yg tajuknya "MAK OK", (tengok sini entrynya)

- Pada yg tengah suspense takut kalau-kalau esok raya (entry ni), better buat contingency plan... mana nak tau kot kot malam nnt "ter"bersalin pulak bulan tu haaa mmg kes naya.

- Pada yg lain lain.. Selamat Bercuti dan Selamat Berhari Raya!!!

(p la ziarah menziarahi jangan asik dok tengok TV ajer :o) )

Tuesday, September 07, 2010

Raya hari Khamis? satu possibilities




Satu spekulasi yg nak aku share kat sini..

kat office aku nih rata-rata dah mengiyakan rumours ni..

sebab musababnya seperti berikut:

1. sebab dah ramai yg mintak cuti hari khamis, so kalau raya jatuh hari khamis safe la satu hari cuti boleh la guna cuti untuk hari lain pulak :o)
.. logic logic..

2. Boleh la cuti lebih 1 hari lagi, kalau Raya hari jumaat, total cuti baru 3 hari, kalau hari Khamis total dah 4 hari... tu tak kira lagi yg tambah sampai hari Khamis depan (Hari Malaysia)

Masalahnya pulak kalau Raya hari Khamis:

1. Mereka-mereka yg kerja bahagian Production, still kena kerja... sebab schedule cuti start hari Jumaat. Sapa nak jaga line kalau raya hari Khamis... mau melotop production line kalau di paksa kerja hari raya...

2. Yg mana dah plan nak balik jauh (> 5 jam perjalanan), macamana nak pederaih kereta malam raya tu.. kang tak pasai pasai ja jadi statistik Ops Sikap.

3. Tu tak kira lagi tokwan-tokwan yg kat kampung yg belum buat lemang lagi, sure meleleh waktu solat raya, sebab malam berjaga buat lemang.

4. Ibu-ibu yg kat rumah pun sure tak sempat gantung langsir baru, sebab kalut ngan persiapan lain... mana dengan kuih tak letak dalam bekas Luminac baru lagi, pinggan Vision tak basuh lagi, baju raya tak iron lagi.... mmg pening..


so aku rasalakan... memang elok la raya tu stay hari Jumaat, at least boleh la dengar 2 khutbah dalam satu hari, boleh la 2 kali berjemaah kat masjid (selain dari solat 5 waktu ler).. baguih apa camtu...

ok la.. tunggu je la pengumuman malam esok.. kalau hari Khamis Raya.. aku pun kalut gak :o)

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Iklan Raya Maxis 2010

UPDATE: Iklan berjaya ditemui.. trima kasih kayjay san..

Pencarian iklan raya terbaik (bagi aku la) untuk tahun 2010 diteruskan..

Selepas aku tengok iklan raya Petronas yg lepas lepas (blog yang semalam: sapa belum tengok p tengok cepat) Aku rasa macam nak kena carik lagi iklan yg best untuk tahun nih.

So far aku tengok iklan Maxis pun menarik jugak.. so far ni la iklan untuk tahun 2010 raya yg aku paling suka.. cerita dia lebih kurang macam below...

... (flashback)..Si isteri terbayang keindahan dia travel dengan suami dia naik bas balik ke kampung suami. Dia pun memang tengah dalam bas sekarang, tapi tanpa suami disisi... kemudian baru dia kata... walaupun suami dia telah tiada, dia tetap pulang ke kampung suaminya seperti biasa..."

ada twist lagi kat iklan tu yg aku rasa kena tengok baru paham....

tapi sayangnya kau carik kat youtube pun takde iklan tu, nnt kalaua da nnt aku uploadkan kat sini.. bleh la sesama share.. or sesapa yg dah jumpa meh bagi tau ek..

UPDATE:
- Iklan dah dijumpai kat youtube, trima kasih to saudara kayjay yang post the link kat komen.

ok lah tanpa berlengah lagi... The Best Iklan so far (dalam aku punya list) untuk Raya 2010..



"Selagi hayat dikandung badan, tak kan putus tali persaudaraan.

Mengunjungi keluarga di kampung pada Hari Raya adalah satu amalan dan ini menggambarkan betapa eratnya tali persaudaraan. Dalam iklan ini, kita dapat melihat kekukuhan jalinan kekeluargaan tanpa mengira perbezaan budaya dan keturunan. Ikutilah kisah perjalanan seorang wanita Cina yang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya dengan keluarganya yang berketurunan Melayu"

Memang best!!..

selamat..

Model for TUDM F/A-18D Hornet

It has been a long time passion of mine to make all the aircraft for TUDM (Tentera Udara DiRaja Malaysia) and for the next project i already acquired most of the "raw-material" for it.


TUDM Hornet (photo from internet-credit to the original photographer)


Coming soon is this one, the Hobbyboss 1/48 F/A-18D Hornet as a base for TUDM own hornet.

Review for this kit, Click me

Noted that with this kit i also need to invest some AM (Aftermarket) stuff to make the cockpit a bit like a real plane. For that i'll get some of the color PE from Eduard namely the one with the code ED48596.

The decal will come from a local supplier F-4DableModels, this is the new versioni of the decal as the old one produced by them are OOP already.

More will be added as i got more stuff for this build.

Monday, September 06, 2010

Iklan Raya Petronas: Koleksi

Musin perayaan ni kalau takde iklan Petronas Raya nih memang tak sah.. tapi memang betul betul sayang.. yg tahun 2010 punya iklan tak memberi kesan langsung pada saya nih...

yg paling memberi kesan of course yg tahun 2006 (Aku Ingin Pulang) dan tahun 2008 (Mak OK)

tapi semua ada impact tersendiri, tetiba jer terasa bertakung ayaq mata nih lepas tengok semua koleksi iklan-iklan nih yg dah di compile dan siap ada review lagi kat blog Cikgu Dahlia (klik sini)

Aku terjumpa blog nih masa tengok carik iklan petronas... tengok kat site dia untuk selanjutnya and tengok la semua iklan tu dengan hati terbuka dan cuba fahami maksudnya... mesti berlinangan air mata...

Ingatlah kedua ibu-bapa di hari lebaran nih...

Mari kita lihat iklan yg paling mengesankan pada hati aku ni..

Tahun 2006: Aku Ingin Pulang



Tahun 2008: Mak OK



.."Mak tahu... apa Man dah buat?".......

itulah yg dinamakan seorang IBU....

Sunday, September 05, 2010

Weekend busy schedule stuff...phew!!

Phew!!!..

A few item over the weekend:

1. Trip to KL to seat for my CCNA exam
2. A trip on a "double-decker" express bus (2 way trip)
3. Shopping mad dash at Jalan TAR.
4. Putrajaya "tour"
5. Raya spirit!!

I somehow survived the sea (or rather the whole ocean)of people n Jalan TAR (the famous shopping spot in KL) yesterday (Saturday).

I just make a pit stop there to see what's the fuss is all about and all i see is every bit as what people told me before... a hell lot of people on 1 stretch of road....

more on that later people, since i just arrive from a few hours double-decker bus ride from Putrajaya so let me recuperate first and do some of the household chores (like changing the aquarium water, cleaning the fan blades (all 21 blades in the house) and maybe i can squeeze in some modeling stuff as well...

will put up some photos later as well

we'll see how this day progresses...

Thursday, September 02, 2010

The Expendables : short review!!

A Noon At the Movie: THE EXPENDABLES!!

Back dated posted..
i watched the movie last 2-weeks with my younger-brothers.

Since i've been looking forward to this movie ever since i know about it back in last july (this entry)




The seat of choice will always be D10-D12, that is about the best seat location in a cinema, and i'll always choose these seat every time i went to the movie.

Its an AWESOME movie in term of action and the stars in it, but i somehow think that the plot is a bit loose.... but again i went to the show with an open mind to really enjoy the action sequences.

And the movie is LOUD!!! with a capital "L" ahhaha.. i mean all the explosion and stuff is really being enhanced in the movie (maybe its just my pair of ears), not that its bad... but maybe a lil tad bit uncomfortable to bear for a full 100 minutes of it.. :D

This something that an action movie junkie would love and to see some of the cameo appearance like the Arnold Schwarzenegger in the church and a one liner jokes by Stallone referring to Arnie as he leave the church cracks me up (".. he's too busy running for president..") something like that.. :D

From what i heard/read that Stallone is planning a sequel for the movie and will feature more of the world favorite action hero such as Van Damme, The Rock and a few others.

oh... there's a twist at the end of the movie.. very nice... go watch it i wont spoil it for ya.. :D

Friday, August 27, 2010

Building MiniHobby AAV-7A1 with EAAK (Part 2)

English Mode: ON


Building AAV-7A1 (Part 2)

For Part 1, HERE..


Continuing on with the painting, i intended to make this in a 3-tone-camo since in the last installment, i've already begin the first tone, now it time to go the 2nd tone... the dark green.

Dark Green camo
I used Gunze Arcylic H303-Dark Green for this and is thinned to a milk-consistency (flow like a milk) ratio.

Again, i'll be doing the camo freehand as its a good practise for me to make my hand steadier for this kind of feats.

When this is done, i'll proceed with a Flat Black camo.

Flat Black camo
- Some of my friend suggested to me to use a NATO Black, but since i dont have it in my stock so i have to make do with Flat Black H12.

So this is where i'm now..












Next in the agenda, will be to touch-up the demarcation line between the brown-camo and the green-camo by using a thinned dark-green to actually make the border more blended together.

After that i'll be leaving this for a bit to concentrate on something else in the process... which includes the following

1. Casting bag-pack and bedrolls to put on the vehicle
2. Painting the track.
3. Preparing the dio for the base (still in planning)
4. Creating custom made bedrolls from tissue etc.

until then..
enjoy...

Wednesday, August 25, 2010

Building MiniHobby AAV-7A1 with EAAK

English Mode: ON


Building AAV-7A1 (Part 1)

This is my latest modelling project, which is a AAV-7A1. More information about this AAV-7A1 ..HERE..

and the kit of choice is MiniHobby kit. Scary stuff to build and of-course do not compare this to the Tamiya offering... very the different...
Since the MH offering is just very crude since it is meant to be use as a toy, they even included an engine and battery compartment in this kit. Of course i'll not be using them.

This the kit box



Painting
I'll skip all the construction stuff since i just follow what even in the instruction sheet and plunge right into the painting stage..

so i'm building this as OOB and now i'm at painting stage..
completed the first camo color.. of course somehow initially my plan was to have this in Desert scheme (dark yellow) but now decided to test doing those with green-yellow-black camo thing..

in This segment.. i already finish the first camo which is the yellow-brown color. I used Gunze Wood Brown H37 (suggested by the kit to use XF-64 Red Brown).
and i'm doing this free hand... never try, never know right... and thats why my camo not the same as the suggested camo from instruction.. hope this is ok.. biggrin.gif

here is the out come... and if you noticed that the surface a bit glossy, this is due to me spraying Hairspray to simulate chip later on.... i forgot to do it earlier ...







I'll update more tomorrow..

Monday, August 23, 2010

Berbuka di Pan Mutiara Taman Selat

Hari sabtu geng-geng VIOS07 buat majlis berbuka kat Restoran Pan Mutiara Taman Selat B'worth branch..



RM25 satu kepala, kalau bawak bebudak kira ok la kot bleh cover cover.. bebudak tak makan banyak pun.

Kari Kepala Ikan memang best kat sini.

Semuanya total 10 orang and rasanya ada dalam 9 biji VIOS.
Kat kedai ni kalau nak makan, order aja Kari Kepala Ikan, yg lain ikut kata pengunung setia ..kureng sikit.. tapi boleh la makan..

pada aku la... Kari Kepala Ikan diorang tu no 2 ler, no 1 "TER"best tentunya Kari yg mak kita buat sendiri.. betoi? haaa

ni gambar kari yg dimaksudkan + gambar depan kedai tu..






so sila la berkunjung kalau nk makan Kari Kepala Ikan yg no 2 best.. ehhehe

ooo lupa... on a healthy note, lepas makan kari nih jangan lupa bebanyakkanlah berjoging :))

salam...

Saturday, August 21, 2010

Tukar Minyak at Toyota Service Centre


Walaupun aku tak keje ari nih, duty calls anyway.
Kena anto kereta pergi service walaupun mileage tak sampai lagi tapi time (yg 3 bulan every service) tu dah sampai... so kena la datang service (which ever comes first-according to the service lady over the phone). Kalau ikut milage still ada lagi 1700km lagi... tapi memandangkan still underwarranty... have to la.

Appointment aku jam 9am tapi memandangkan aku nih effective.. jam 8:45 aku dah sampai dah... yg best nya ramai gak org even aku mai awai....

Aku siap register masuk at jam 8:50am lepas tu diaorang suruh aku lepak kat "Ruang Menunggu" yg ada coffee-maker, air mineral & roti. Tapi memandangkan hari nih posa.. so tak dapat la menikmati kopi yg sedap kat sini... seriously mmg sedap kopi yg mesin tu buat.... pekat and penuh kenikmatan... nih mesin yg kita tekan button, baru dia grind the coffee mix with creamer and being push out dengan kelajuan tinggi kedalam cup yg disediakan... berbuih buih and mmg lazat.
So aku dok terliur aje la...

Internet

Kat sini jugak ada 2 internet terminal, tapi satu pun tak leh pakai... nasib baik aku bawak HP Mini aku nih..

tak le bosan sangat (ala nih notebook yg dapat free dari package Streamyx Cool Uni-Pack tu) and Service center nih lak provide free WIFI, so aku gunakan la sepenuhnya.. siap dok download UBUNTU lagi ....

Connection laju gak sebab ada 2 org ja yg tgh dok pakai skrang nih.... and aku rasa aku la yg paling banyak guna bandwidth....

Service Kereta.
Kereta aku cuma di"drive" masuk ke tempat service at jam 9:45am... 45 minit kereta aku dok lepak kat depan tu takde org buat aper aper... kebetulan keta aku diorang service berdepan dengan Waiting Room nih so dapat la aku tengok melalui cermin nih sambil dok type.

Ntah jam brapa ntha ler nak siap... tunggu je la... sekarang dah jam 10:45am = aku dah lepas kat sini selama dekat dekat dah 2 jam!! perghhh.. dah ler aircond pun sejuk....

nanti bila dah settle aku update time kat sini.. :D

by then aku nak blogwalking jap and nak buat keje sikit.. banyak paper nak kena settle nih...

slamat!!!

@UPDATE!!

Siap di service at 12:45pm 3jam 45 mins selepas aku walk in... pergh!! tapi very satisfaying... kereta rasa lagi sedap bawak.....

Thursday, August 19, 2010

Akibat tak pernah solat subuh

Ok... video nih mmg aku nak kena share....

tapi pastikan sebelum tengok ajak kengkawan tengok sama and waktu tengok pastikan boss dah keluar opis... mmg kelakar gila.

Ada org akan kata nih macam main-main dengan solat tapi aku rasa ada kebenarannya. So nih secara tak langsung pengajaran dalam hiburan la...

so enjoy the video and share la ngan kengkawan yg lain...




aku personally dah start gelak besar masa azan tu... :D

Dah dah p tengok and kalau boleh tengok malam ler tak le terkurang pahala puasa tu. Bukannya sebab ada 18SX content ka apa ka... cuma sebab gelak besar tu laa..

anyway selamat berposa

Wednesday, August 18, 2010

The Malayan Emergency

English mode: ON

More information in WIKI

Last sunday, i watch this documentary in History Channel (Ch 555) to see the much anticipated (by me at least) documentary regarding the Malayan Emergency period (this is in conjunction with the Merdeka month).

here is a snippet of the documentary.



I think that is the best documentary regarding the topic that i've seen, it makes learning history interesting again (now i know why i slept during my history lesson back in the days). Now i know what really happen on the day and what have been done and the sacrifices made by all related personal (military & civilian) to get over the period.

From the documentary, i can see how Sir Gerald Templer did what he did to maintain order (like imposing strict curfew in Tanjong Malim as a Collective Punishment for not supplying information regarding the Communist in the area following an ambush on a group going to repair a sabotaged pipelines.

Also the ingenious way opt by the Special Branch in modifying the radio set to transmit the location deep in the jungle to aid the air-bombing party...

i think that all people should watch this documentary to get a glimpse of what happen during the Emergency Period.

For those who missed it, the re-run will be aired throughout the month.

Now i'm looking forward for their next documentary next sunday (August 22, 2010) entitled VAT 69: Very Able Troopers

Monday, August 16, 2010

Stacy - Jahat

Song of The Moment: Stacy - Jahat


Selamat Weekend.

Semalam ada sorang anak aku nih dok ikut nyanyi lagu ni lepas dia dengar dari corong radio (err ada lagi ka corong kat radio sekarang nih) and aku pun carik la kat youtube since mmg catchy betul korus lagu nih... mungkin itu la sebabnya bebudak cepat ingat lagu nih...

Muzik video nya ada tunjuk background Negeri Jepun and also bendera jepun.. even katakana jepun pun ada... and kat ending jadi poster movie pulak.. kreatif ehhehe

So lagi satu lagu masuk dalam list "Song Of The Moment" untuk hari nih

enjoy the lagu.. :D



Stacy - Jahat

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Korus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Ulang korus 2X

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu



Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H


Selamat Berpuasa ..

Bila berbelanja di Pasar Ramadhan, jangan terlalu ikutkan nafsu..

insyallah..

Eminem: Love The Way You Lie

Song Of The Moment: Eminem: Love The Way You Lie ft. Rihanna

Hear this song in the radio yesterday and suddenly i know that i have to feature this song in my blog and i HAVE to see the video... so naturally youtube come to the rescue. And there in the video we can see "Charlie" (Dominic Monaghan who played Charlie in Lost) and Megan Fox (errr... who dont know Megan Fox raise your hand please).

This is the second single from his latest album Recovery

A very nice video to a very nice song.

Enjoy the video and noted that this video broke all the youtube record for the most view in 24-hours and so far the view already clocked at around 24.06 million views and counting exponentially.




For more info visit the song wiki entry: Click me!!

The Lyric.

Just gonna stand there
And watch me burn
But that's alright
Because I like
The way it hurts
Just gonna stand there
And hear me cry
But that's alright
Because I love
The way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie

I can't tell you what it really is
I can only tell you what it feels like
And right now there's a steel knife
In my windpipe
I can't breathe
But I still fight
While I can fight
As long as the wrong feels right
It's like I'm in flight
High of a love
Drunk from the hate
It's like I'm huffing paint
And I love it the more that I suffer
I sufficate
And right before im about to drown
She resuscitates me
She fucking hates me
And I love it
Wait
Where you going
I'm leaving you
No you ain't
Come back
We're running right back
Here we go again
It's so insane
Cause when it's going good
It's going great
I'm Superman
With the wind in his bag
She's Lois Lane
But when it's bad
It's awful
I feel so ashamed
I snap
Who's that dude
I don't even know his name
I laid hands on her
I'll never stoop so low again
I guess I don't know my own strength

Just gonna stand there
And watch me burn
But that's alright
Because I like
The way it hurts
Just gonna stand there
And hear me cry
But that's alright
Because I love
The way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie

You ever love somebody so much
You can barely breathe
When you're with them
You meet
And neither one of you
Even know what hit 'em
Got that warm fuzzy feeling
Yeah them chills
Used to get 'em
Now you're getting fucking sick
Of looking at 'em
You swore you've never hit 'em
Never do nothing to hurt 'em
Now you're in each other's face
Spewing venom
And these words
When you spit 'em
You push
Pull each other's hair
Scratch, claw, bit 'em
Throw 'em down

Pin 'em
So lost in the moments
When you're in 'em
It's the rage that took over
It controls you both
So they say it's best
To go your separate ways
Guess that they don't know ya
Cause today
That was yesterday
Yesterday is over
It's a different day
Sound like broken records
Playin' over
But you promised her
Next time you'll show restraint
You don't get another chance
Life is no Nintendo game
But you lied again
Now you get to watch her leave
Out the window
Guess that's why they call it window pane

Just gonna stand there
And watch me burn
But that's alright
Because I like
The way it hurts
Just gonna stand there
And hear me cry
But that's alright
Because I love
The way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie

Now I know we said things
Did things
That we didn't mean
And we fall back
Into the same patterns
Same routine
But your temper's just as bad
As mine is
You're the same as me
But when it comes to love
You're just as blinded
Baby please come back
It wasn't you
Baby it was me
Maybe our relationship
Isn't as crazy as it seems
Maybe that's what happens
When a tornado meets a volcano
All I know is
I love you too much
To walk away though
Come inside
Pick up your bags off the sidewalk
Don't you hear sincerity
In my voice when I talk
Told you this is my fault
Look me in the eyeball
Next time I'm pissed
I'll aim my fist
At the dry wall
Next time
There will be no next time
I apologize
Even though I know it's lies
I'm tired of the games
I just want her back
I know I'm a liar
If she ever tries to fucking leave again
I'mma tie her to the bed
And set the house on fire

Just gonna stand there
And watch me burn
But that's alright
Because I like
The way it hurts
Just gonna stand there
And hear me cry
But that's alright
Because I love
The way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie


..............................

Stash additions: the habit of a Scale Modeller

English Mode: ON

I believe this is the "bad" side of Scale Modelling.. adding more kits to the stash..
No really... i need to start building more in order to "compensate" for the addition to the ever-growing stash.

Start off by examining the A-4 skyhawk as below...





But the 2 additions is for a good cause (at least in my POView..)
The reasoning are as follows:

The 1st pics: "A-4C "Viet Nam"
- this particular kit will use to make a TUDM A-4PTM as previously used by TUDM. To be specific, i'll do one like the one on display in Kuala Kangsar town square. This because when i first saw it there, i just know that i HAVE to make one just like that with all the display pedestal exactly like it..


The 2nd A-4 Skyhawk is to make just like the box picture. The Argentine A-4 during the Falklands war, beautiful isn't it?


The last one is a kit i won from a kit raffle (lucky draw) during the HeliGroup Build where i submit The Kiowa Warrior helicopter (Click here is you missed the entry about that heli)


Well this about it for this edition of Stash Additions.

I'm about to start my work on the 1st TUDM skyhawk because i got it due in September 2010 because i'll try to submit this to a Merdeka Group Build (MGB) organized by the society in KL.

So which me luck ....

Tuesday, August 10, 2010

The Melaka Duck Boat Ride

Ni pun lama punya history jugak nih...

terjumpa risalah nih dalam beg masa nak berjalana ri tu. Trip ke Melaka nih rasanya bulan Dec 2009.

Ke Melaka tapi tak naik pun ride nih sebab terlalu lama and ramai org tengah Q, so since dah tengahari and semua org pun dah lapar so scrap the idea nak naik boat tu.

Tapi ikut cakap kengkawan yg dah eprnah naik, mmg best.

In that case nak kena plan lain kali bila ke sana akan naik boat nih..


Monday, August 09, 2010

Mee Kampung Pek, Kota Bharu

Tengah browse collection gambar-gambar kat PC, tetiba terjumpa la gambar mee nih... dah lama gak la tapi saja nak share kat sini (rasanya October 24, 2008)..

Rasanya kedai tu stilla da kat KB and tak sure la pulak nih cawangan yg ke berapa sebab kalau nak ikut cerita org yg kedai utamanya di Machang.

tapi memang sedap... sepanjang dok makan Mee Hailam dan Bihun Tomyam, yg diorang nih la yg paling BEST!!!..

so sesapa yg nak ke KB, Kelantan.. carik la kedai nih.. Mee Kampung Pek. Lupa lak camno nak cari kat internet

anyway ni makanannya..


So sesapa yg nak ke sana cuba la carik, aku pun nak ke sana jugak sbb ada org nak borong tudung kat Wakaf Che Yeh!!!.. tpai maybe bulan 11-12 nnt kot...

kongsi-kongsi

salam..

Wednesday, August 04, 2010

Safari for Windows

Testing the new web-browser.
The "Visually-Pleasing" Safari

English Mode: ON

Last couple of nights, i have the urge to try a new web-browser.
I tried Google Chrome and loving it, now i need to try something else namely Safari.
I still haven't tested all the features yet, but i can feel that the speed is almost the same as using Chrome and Mozilla. plus the interface is very refreshing.

I especially loved the Top-Sites feature that will be loaded when you start Safari and this is very refreshing to have all the sites that you frequently visit to show in front of you; of course you need to add your frequently visit sites to the TOP-Sites for it to show there.

Oh the top sites show the view of the pages not just some link (like some of the browser i tested before). This is a very visually pleasing for the eyes.


The same goes for the History page, every page is shown as an image capture of your visited site, very nice.


So far i'm loving it because it offers something new and visually pleasing (some people might find it a bit slow due to the loading of the image of the pages you use).

I'll give this a a try and maybe this will be my favorite to replace Mozilla that I'm currently using.

Now go and give Safari a try by downloading it here.

Now that i've used Safari, its time for me to change the look of my Windows XP/Windows 7 to match the whole Apple OS look that is the story for another entry..

adios..

Sunday, August 01, 2010

8Bulan.. Bulan 2 Minggu 1...


Post pertama bulan baru..
ni sambungan pada post last week pasai cerita 8Bulan ni...
ikut sini kalau nak tau cerita ari tu... Sini!!
(gambar diatas dari Galeri Web 8Bulan)
Tengah tengok cerita 8Bulan kat TV3..

Diorang tengah decide nak amik umah, Shidee nak rumah Teres 2 tingkat tapi Linda (watak Vanida) nak kondo. Tapi finally Linda biarkan suami dia decide, so apa lagi seronot la dia tapi dengan syarat... rumah tu mesti sama sebijik dengan yg diorang sewa sekarang. Dekat abis episod nih tunjuk diorang dapat satu rumah di kejiranan yg sama and rumah tu di area Setiwangsa rega lebih kurang RM380K....

Ada character baru, abang Kas (abang Kassim), ejen hartanah dari Utara (kalau ikut loghat dia la) yg best nya masa dia buatbuat salah call Linda sebab nak promote rumah kondo (sebab Linda nak rumah kondo) yg bestnya ada ayat... "...suami-suami mana paham hati wanita macam kita ni..." pastu Linda buat muka pelik hahahah

Pada sesapa yg miss episode malam nih cepat ikut link ni and tengok catch-up tv link.. tapi maybe 2-3 hari lagi kot baru ada linkk untuk episode malam nih.. tapi untuk episode last week dah ada dah...

Ada 2-3 tips yg boleh di follow dari sini... antaranya...
1. Guna skill yg ada untuk buat freelance (tapi kena watch-out aspect conflict-of-interest) macam Faizal (watak Shidi) kata... "boss tau naya..."
2. Bawak berbincang dalam apa-apa hal yg besar (beli rumah kira besaq la tak gitu?)
3. "..kena paham hati wanita.." - ikut kata "Abang Kas" :D

Selamat menonton catchup-TV... :)

Related Posts with Thumbnails