Kes liwat: Bekas setiausaha sulit Anwar buat laporan polis
06/10/2010 10:17pm
KLANG 6 Okt. – Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa dia dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah pada tahun 2008 dengan tujuan mempertahankan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.
Pendedahan itu dibuat oleh Muhamad Rahimi Osman, 26, dalam satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di sini dengan ditemani seorang peguam.
Beliau yang memakai baju lengan panjang putih, bertali leher merah dan berseluar panjang hitam tiba di IPD Klang menaiki sebuah kereta Proton Pesona berwarna kelabu kira-kira pukul 2.35 petang. – Utusan Online
kuman: here we go again....