Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Saturday, September 29, 2012

Supernatural Season 8 is upon us....



Thats right... the Winchester's brothers are back and Dean will be back from Purgatory..

after almost a year of hiatus Season 8  will be upon us and will be premiered on October 8th, 2012. I for one will be glued to my tube on the day of the premiere.


Tapi kita di Malaysia kena tunggu a bit longer  sebab selalunya akan ambil masa jugak la untuk ditayangkan disini. Tapi kalau sapa nak tengok Season 7 ada disiarkan di Astro channel beTV (tak sure pulak no berapa, maybe nombor 700 lebih).

Ni la satu-satunya TV series yg aku follow dari Season 1 sampai sekarang (last TV series aku follow LOST) dan satu-satunya TV series yg tak de involvement in love affairs throughout the series tk macam cerita-cerita lain... dimana at the end mesti ada Love Affair & romance in the plot somewhere...

As normal sure akan ada yg capture season 8 ni dah letak kat internet so stay tuned :D

Friday, September 28, 2012

Shila Amzah di Hot FM @AMKrew.. lawak betul!!


(gambaq dari HotFM site)

On the way ke opis tadi dok tune in HotFM dok tunggu nak dengaq pasai Top 5, alih alih ada Shila Amzah pulak as guest kat sana.. so aku pun layan la.

Memang lawak gelak besaq aku dalam kereta sorang sorang.. kalau org tengok dari luaq memang la kata aku gila dok gelak sorang sorang....

Sebenaqnya tak berapa lawak benda tu kalau sorang sorang kat Studio tu tapi nih bila dah masuk AG, FBI & Fafau jadik lawak...


  • and Persoalan pasai 5Juta tu pun terjawab la.. rupanya 5juta tu bukan nya cash tapi berupa dana etc sebab Kerajaan China kawal sikit pengaliran capita hasil dari wang kemenangan pertandingan kat sana so yg 5 Juta tu merupakan dana and apa yg kita nak dari sana. Itu menurut pemahaman aku la waktu aku dok dengaq tu.
  • Dan first time jugak aku dengaq terms "Pengacara Peribadi", ni si FBI la offer kat Shila kalau-kalau SHila nak Pengacara Peribadi untuk semua concert yg akan datang hahahah ntah apa-apa ahhaha
  • Shila Amzah akan ke Beijing untuk concert one of the judges (yg rambut putih dia kata) pada November 11, 2012 (or is it November 17?)
Anyway she's going places and at the end of the interview Shila ada sebut something like... " to the fans, family and Sharnaaz... love you all.." AG lak kata "apa ni sebut nama Sharnaaz tapi Love you all" hahahha...

anyway (2) Selamat berjaya..

p/s: post ni follow-up untuk post aku yg earlier pasai Shila Amzah

Thursday, September 27, 2012

Google's 14th Birthday today..



I wouldnt have thought that today is Google's birthday eventhough i used it every minutes as my primary search engine!!..

 So Happy Birthday to Google for the best 14th year thus far and i dont know other search engine that is as useful as Google.

Wednesday, September 26, 2012

Part 5: Ekspedisi ke Gunung Berapi Kerinci, Indonesia (Ogos 28 ~ 1 Sept 2012)

Semua entry mengenai pendakian gunung dalam blog aku ni adalah hasil catatan adik aku yang memang hobby dia mendaki gunung. Aku cuma menge"share"kannya di blog aku agar org ramai dapat sama-sama mengikuti pengalaman beliau dan rakan-rakannya. So selamat membaca dan selamat mendaki.
-kuman
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gunung Berapi Kerinci, Kerisik Tuo Indonesia
(Part 5/5 - photo heavy)


Sampai di Padang lebih kurang subuh dan selepas solat subuh kami pergi makan pagi dan beli sedikit lagi cenderahati sebelum berangkat pulang. Kami menaiki flight di lapangan terbang minangkabau padang indonesia pukul 8.40 pagi dan sampai di LCCT Malaysia pukul 10.40 pagi. Setelah bergambar sedikit lagi dan salam menyalam suma berangkat pulang ke destinasi masing-masing.. Aku menunggu flight ke penang pukul 1.35 tengahari dan sampai di penang pukul 2.45 petang. Family aku datang ambil aku di airport kerana kebetulan diorang datang nak berjalan-jalan di Penang. Kemudian siap semua bergerak pulang ke rumah.

                Kesimpulannya ni first trip aku di luar negara dan aku amat berpuas hati dengan segalanya.. guide yang peramah, makan yang sedap dan kawan2 yang sempoi. Mendaki gunung di Indonesia adalah berlainan dengan di malaysia dari segi pakej yang disediakan dan view yang menanti.. Aku akan kembali lagi di Indonesia untuk next trip.. InsyaAllah. J

----------------------------------


Gambar-gambar disepanjang ekspedisi...





Markisa sedap!!


Danau 7 di puncak gunung di background



Tuesday, September 25, 2012

Part 4: Ekspedisi ke Gunung Berapi Kerinci, Indonesia (Ogos 28 ~ 1 Sept 2012)

Semua entry mengenai pendakian gunung dalam blog aku ni adalah hasil catatan adik aku yang memang hobby dia mendaki gunung. Aku cuma menge"share"kannya di blog aku agar org ramai dapat sama-sama mengikuti pengalaman beliau dan rakan-rakannya. So selamat membaca dan selamat mendaki.
-kuman
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gunung Berapi Kerinci, Kerisik Tuo Indonesia


1 September 2012
                Kami bangun pagi dalam keadaan ceria dan kelenguhan. Setelah siap makan pagi dan guide telah tiba, kami bergerak ke gunung danau 7 lebih kurang pukul 9 pagi. Hari ini trekking adalah free body di mana Cuma perlu bawa air dan jajan je. Sewaktu di tapak permulaan pendakian, guide register dahulu dan memohon permit sementara kami bergambar dengan budak sekolah rendah yang berada di situ. 


Kami mula mendaki lebih kurang pukul 10 pagi dan melalui kebun-kebun sayur penduduk tempatan. Guide menceritakan kepada kami perbezaan kentang elok dan kentang yang dah x elok. Sepanjang perjalanan mendaki kami berehat dan berborak-borak sambil menyanyi untuk mengisi masa lapang. Kami sampai di Danau 7 lebih kurang pukul 1.30 petang. Berehat-rehat sambil ambil gambar kawasan tasik danau 7 ini. Danau 7 ini merupakan tasik hasil daripada letupan kawah gunung berapi yang terjadi suatu masa yang lalu dan sudah tidak aktif dan merupakan tasik yang tertinggi di Asia tenggara. Tasik ini juga amat luas dan tenang je..aku terfikir apa la yang ada dalam tasik ini..agak2 ada x raksasa J..


 Kami makan tengahari di sini dan bergerak pulang pukul 3 petang.Sampai di tapak permulaan, kami menaiki van dan bergerak ke Homestay Family kembali.sesampai di Homestay kami mandi dan kemas barang kerana akan berangkat ke Padang pada malam ini juga. Selepas maghrib, kami berangkat ke padang dan semasa dalam perjalanan kami singgah beli sedikit cenderahati dan makan nasi padang.aku xtau kenapa aku mmg makan bnyak nasi di sini kerana lapar..
On the way ke padang aku memang sekejap sedar sekejap lena..aku kesian dekat guide kerana dah la dia trekking bersama kami di siang harinye, malam terpaksa drive van pulak ke padang yang jaraknya jauh. 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
(lagi gambar pemandangan dalam post yg terakhir)
end part 4/5

Monday, September 24, 2012

Part 3: Ekspedisi ke Gunung Berapi Kerinci, Indonesia (Ogos 28 ~ 1 Sept 2012)

Semua entry mengenai pendakian gunung dalam blog aku ni adalah hasil catatan adik aku yang memang hobby dia mendaki gunung. Aku cuma menge"share"kannya di blog aku agar org ramai dapat sama-sama mengikuti pengalaman beliau dan rakan-rakannya. So selamat membaca dan selamat mendaki.
-kuman
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gunung Berapi Kerinci, Kerisik Tuo Indonesia


31 August 2012
                Kami memulakan pendakian dari shelter 2 pukul 3.30 pagi seramai 6 peserta dan 2 guide sahaja..seorang lagi peserta tidak mendaki kerana sudah kepenatan. Trek ke puncak lebih curam dan mula nampak pokok2 bonzai. Kami sampai di shelter 3 lebih kurang pukul 6 pagi. Kesejukan masa treking mmg terasa sehinggakan aku memakai 3 lapis baju (t-shirt,sweater dan baju hujan givi) begitu juga dengan seluar terpaksa pakai 2 lapis dan penutup kepala serta sarung tangan. Tetapi masih terasa kesejukannya sehingga tangan aku ni x terasa apa dah sebab sejuk sangat. Di shelter 3 kawasan campsite dia agak luas dan aku x boleh bayangkan klu bermalam di sini J sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Shelter 3 campsite: note ada khemah disitu..

                Sesudah berehat sebentar kami meneruskan perjalanan ke puncak.. Rehat solat subuh sekejap dan mendaki balik..selepas shelter 3 ..trek dah boleh nampak puncak dan pokok pun dah xde walaupun pokok kecil2..yang ada hanyala batu batu dan gaung. Kesejukan makin terasa dan oksigen semakin berkurangan. Aku terpaksa mendaki perlahan-lahan..Hidung pulak asyik berhingus mgkin sbb kabus atau selsema yang aku alami sehari sebelum datang ke sini. Kami berselisih dengan 2 warga germany yang juga menaiki puncak dan melalui satu kawasan kubur pendaki sebanyak tujuh kubur. Perjalanan dari shelter 3 ke puncak memakan masa 3 jam padahal dah nampak puncak macam dekat je..walhal jauh lagi. Kami sampai di puncak pukul 8 pagi.hajat mula2 nak tengok sunrise tetapi tgk sunrise masa dlm perjalanan je la J.
Aku di puncak!!!


punca bau sulfur..dari kawah di puncak

                Sesampai di puncak selain sejuk sangat..angin pula bertiup dengan kuat sekali..bergoyang-goyang kami dibuatnya. Tetapi view di puncak kerinchi MasyaAllah cukup indah dan lain dari yang lain..Kami nampak 360 view sekeliling saujana mata memandang. Selain kami melihat kawah puncak kerinchi..Aku x boleh tngk lama2 kawah puncak kerinchi sebab gayat sangat.. Akhirnya cita2 kami untuk menyambut merdeka di puncak kerinchi tercapai juga.. kami bergambar dan siap menyannyi lagu Negaraku


dan makan2 ckit then bergerak untuk turun. Aku x tahan sejuk di sini walaupun dah prepare dari segi pakaiannya..atas puncak kerinchi jugak ada bau2 sulfur yang sedikit sebanyak membuatkan pernafasan kurang selesa selain mata menjadi merah. Dari puncak kerinchi juga nampak kawasan perkhemahan shelter 3 dan shelter 2 selain nampak gunung danau 7 dan tasiknya yang akan kami pergi pada keesokan harinya.Kami bergerak turun dalam 40 minit kemudian..  


Danau 7 dari puncak... next agenda!!

 Trek menurun dari puncak kerinchi terasa best sebab x memerlukan bnyk tenaga untuk bergerak selain angin yang bertiup kurang.  Kami sampai di shelter 3 lebih kurang pukul 10 pagi. Bergambar seketika dan meneruskan perjalanan ke shelter 2. Sesampai di Shelter 2 dalam pukul 11 pagi. Berehat-rehat sambil tunggu makan tengahari dan packing barang. Pukul 1.30 petang kami berangkat turun ke bawah. Perjalanan turun terasa tidak letih kerana menurun je treknye. Sampai di shelter 1 lebih kurang pukul 2.30 petang, berehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan.. 

Aku terserempak dengan seorang kawan yang pernah mendaki bersama-sama di Yong Yap dahulu, dia dalam perjalanan mendaki ke puncak..x sangka akan berselisih dengan orang malaysia juga di gunung kerinchi J. Kami sampai di tapak gunung kerinchi pukul 5.30 petang. Hujan turun semasa tengah melepak tunggu van dan terpaksa pindah ke pondok yang berdekatan. Suma peserta muka keletihan dan berpuas hati. Sampai di Homestay Family, Mandi dan makan malam sambil borak2 sampai tengah malam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
(lagi gambar pemandangan dalam post yg terakhir)
end part 3/5

Friday, September 21, 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012..... Syabas!!!

Semalam aku dok mencari info pasai Asian Wave 2012 final tak dapt.. alih alih tadi aku terjumpa laa.. rupanya Shila Amzah menang tempat pertama pertandingan itu... SYABAS!!!!

Dia membawakan 3 lagu:

  • Gemilang- Jaclyn Victor
  • Grenade - Bruno Mars
  • Lagu Mandarin
aku tengok dah semua video final kat youtube persembahan Shila Amzah.. memang mantop.. cuma sayang video yg aku tengok tu takde subtitle apa yg judges komenkan... sayang sungguh... kalau ada sesapa yg upload subtitle version nanti bleh la di sharekan semula..

sementara itu enjoy la video 2 lagu yg Shila Amzah dendangkan masa final....

Gemilang


Grenade


Lagu Mandarin

Part 2: Ekspedisi ke Gunung Berapi Kerinci, Indonesia (Ogos 28 ~ 1 Sept 2012)

Semua entry mengenai pendakian gunung dalam blog aku ni adalah hasil catatan adik aku yang memang hobby dia mendaki gunung. Aku cuma menge"share"kannya di blog aku agar org ramai dapat sama-sama mengikuti pengalaman beliau dan rakan-rakannya. So selamat membaca dan selamat mendaki.
-kuman
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Part 2: Gunung Berapi Kerinci, Kerisik Tuo Indonesia


30 august 2012
                Sementara menunggu guide siap packing barang yang hendak dibawa..kami bergambar depan homestay kerana kelihatan puncak gunung kerinchi dari kejauhan. 


Puncak Gunung Kerinchi dari Homestay.. our target!!

 Kami bertolak dari homestay untuk mendaki pada pukul 9 pagi dengan menaiki van.dalam perjalanan kami melalui ladang teh yang luas saujana mata memandang dan melihat penduduk sini bercucuk tanam banyak jenis sayur-sayuran yang segar bugar. 


Kami memulakan pendakian pada pukul 10 pagi. Semasa pendakian kami berhenti berehat di pos1,pos 2 dan pos 3 sebelum sampai ke Shelter 1 pada pukul 12.30 tengahari dan berhenti untuk makan tenghari..wow satu pengalaman baru bagi aku sepanjang menaiki gunung kerana di sini guide telahpun memasak dan bungkus makanan tengahari di dalam tupperware yang cantik.
 Siap amik gambar lagi tuperware tu J.
tupperware lawa!!!

 Setelah kenyang kami meneruskan pendakian ke next target iaitu shelter 2. Ketika hampir dengan shelter 2 hujan turun yang mana memaksa kami memakai baju hujan..aku pulak boleh lupa tinggalkan baju hujan di beg yang dibawa oleh geng porter..aiseh..nasib baik la ada jaket givi yg aku pakai sbb sejuk. Kami sampai di shelter 2 pukul 5.30 petang dalam keaadaan hujan dan di ketinggian 3000 meter. Bayangkan terpaksa lepak dalam hujan kerana khemah belum sampai lagi sambil menahan kesejukan..mengigil aku dibuatnya. 


On the way

Walaupun di ketinggian 3000 meter tetapi pokok2 di sini masih lagi besar2 dan berlainan sekali dengan gunung2 di Malaysia. Hampir 6.30 petang khemah pun sampai dan terus pasang khemah..kami telah mengambil keputusan untuk bermalam di shelter 2 kerana perjalanan ke shelter 3 agak jauh dan lagipun masih ada ahli kumpulan yang belum sampai ke shelter 2 ini. 



Walaupun khemah telah siap dipasang aku masih tidak boleh menyalin pakaian kerana beg aku dibawa oleh pani ( aku bawak beg budak lain) jadi aku terpaksa duduk dalam keadaan basah dan menggigil. Lebih kurang pukul 8.30 malam pani sampai dan akhirnya aku dapat jugak menyalin baju ke baju kering..cuaca xyah  cakap la sejuk giler walaupun duduk dalam khemah. Aku respek guide sini sebab semasa kami duduk lepak dalam khemah. Diorang telah masak air dan buat air dan menghantar hingga ke dalam khemah kami.

                Kira kami x perlu keluar khemah pun. Pastu makanan pun sama setelah diorang siap masak, diorang letak dalam tupperware dan hantar ke dalam khemah yang kami duduk siap dengan sudu, sedap pulak tu, dan bila sudah siap makan diorang datang ke khemah kami untuk mengambil bekas tupperware itu kembali dan bagi air.. memag layanan cukup best J. Apabila perut sudahpun kenyang kami pun melelapkan mata kerana pukul 3 pagi terpaksa bangun untuk trekking ke puncak gunung kerinchi.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
(lagi gambar pemandangan dalam post yg terakhir)
end part 2/5



Thursday, September 20, 2012

Part 1: Ekspedisi ke Gunung Berapi Kerinci, Indonesia (Ogos 28 ~ 1 Sept 2012)

Semua entry mengenai pendakian gunung dalam blog aku ni adalah hasil catatan adik aku yang memang hobby dia mendaki gunung. Aku cuma menge"share"kannya di blog aku agar org ramai dapat sama-sama mengikuti pengalaman beliau dan rakan-rakannya. So selamat membaca dan selamat mendaki.
-kuman
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gunung Berapi Kerinci, Kerisik Tuo Indonesia


28 august 2012 sehingga 2 september 2012
Kos burn Fee rm 600 airport LCCT-padang-LCCT = RM105 (beli tiket awal setahun)
Airport Penang-LCCT-Penang = RM270 (mahal sbb beli last minute)
Kekuatan 7 peserta (3 Perempuan dan 4 lelaki)

28 August 2012
                Ini merupakan first trip luar negara aku yang aku join..tiket telah dibeli pada bulan september 2011 lagi. Pada 28 August 2012 aku berangkat ke LCCT Kuala Lumpur dari penang dengan menaiki Flight pukul 11.30 malam. Sampai di LCCT KL pukul 12.20 malam kemudian aku melepak tidur di surau sampai pukul 5 pagi. Selepas siap pergi berjumpa ijan n the geng untuk check in luggage. Flight ke padang pada pukul 7.50 pagi waktu malaysia. Trip kali ini adalah seramai 7 peserta trmasuk aku. Kos yuran ialah RM600 sahaja.



29 August 2012
                Sampai di lapangan terbang padang pada pukul 7.50 waktu Indonesia.

Airport Minangkabau

 Selepas imigresen check kemudian guide trip kali ini pani datang mengambil kami dengan van untuk dibawa ke kerisik tuo. Perjalanan ke kerisik Tuo mengambil masa 8 jam. Sepanjang perjalanan kami singgah makan nasi padang dan makan buah markisa yang bagi aku sedap..nasi padang pun sedap dan x beza banyak dengan makanan di malaysia. Sepanjang perjalanan, kami melalui danau berkembar dan jalan di lereng bukit kerana kerisik tuo terletak lebih dari seribu meter dari paras laut. 


Tugu On the way to Homestay


Sampai di Kerisik Tuo lebih kurang pukul 6 petang waktu indonesia dan kami masuk ke homestay dan merehatkan badan. Setelah siap mandi dan kemas apa yang patut selepas isyak kami pergi makan nasi padang lagi sambil shopping jajan sikit2 untuk dibawa mendaki pada pagi esknya. Selepas makan kami melelapkan mata.
Homestay...



-------------------------------------------------------------------------------------------------------
(lagi gambar pemandangan dalam post yg terakhir)
end part 1/5  


Wednesday, September 19, 2012

Lagu Muara Hati - original MV vs Parody.. best!!

Aku dah banyak kali tengok MV lagu nih kat TV tapi tak pernah tengok or dengaq sampai habih sebab rasa macam tak best jer.... tapi kan lepas kau terjumap video parody (yang best and lawak gila) untuk lagu nih kat blog http://pezolstylez.blogspot.com aku rasa memang patutu aku letak dedua video nih kat satu tempat hence kat blog aku...

Dan ni la masanya aku tengok video yang orginal sampai abis.. memang mantop dan best suara dedua (Siti & hafiz)... dan Video parady tu lak pada aku memang lawak guling-guling... aduhai penat aku gelak tengok video tu...

so enjoy la MV lagu ni ek kat bawah tu.. so Cikgu Shida nampaknya lepas nih takleh carik makan dah ler sebab dah ada Cikgu Man!!... parody tu memang nicely done and ada caliber untuk jadik pengarah MV hahah





Wordless Wednesday - XCOM- Enemy Unknown



Tuesday, September 18, 2012

Shila Amzah Finalist Asian Wave 2012

Baru tau pasai performance nih...
pada aku performance yg best sampai Judges tak senang duduk la tapi sayang takde la pulak video yang tunjuk komen-komen judges (ehh dalam Asian Wave nih judges dia ada komen gak ker?) 

anyway enjoy the performance.. 2 video untuk performance yg menakjubkan...





Jangan lupa Final Asian Wave nih pada September 20, 2012.. err since aku rasa tak ditayangkan di Malaysia tapi usah risau.. youtube kan ada.. :D

Selamat berjaya..

Related Posts with Thumbnails