Dah lama dah kisah nih, tapi tiap kali aku baca tiap kali tu juga air mata rasa bertakung.
Tak berniat untuk melukakan hati sesapa cuma berkongsi kisah yang amat menyayat hati dan luahan sedih seorang bapa.
Aku dapat nih dari email aku rasanya beberapa bulan yang lepas.
Agak panjang tapi sangat menyayat hati..
Al-fatihah untuk baby Alesha Abriza.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~A'kum w.b.t...
Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia-komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir.