Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...
Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Wednesday, November 03, 2010

Warkah Sedih Seorang Bapa….

Dah lama dah kisah nih, tapi tiap kali aku baca tiap kali tu juga air mata rasa bertakung.
Tak berniat untuk melukakan hati sesapa cuma berkongsi kisah yang amat menyayat hati dan luahan sedih seorang bapa.

Aku dapat nih dari email aku rasanya beberapa bulan yang lepas. 
Agak panjang tapi sangat menyayat hati..

Al-fatihah untuk baby Alesha Abriza.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum w.b.t...
10576961
               Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia-komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir.

Tuesday, November 02, 2010

Tulisan di langit: aku experience dulu..



Pada tahun 1992 (exact date aku tak ingat),

aku sendiri experience nampak tulisan di langit nih.

Seingat aku masa tu blackout kat asrama sekolah aku tu, so kebanyakan pelajar akan lepak kat tengah-tengah block atas court badminton tu sambil sembang-sembang (sbb tak leh nak study).
Tengah lepask-lepak tu, ada sorang pelajar cakap...

"Weh!! awan ada tulisan Allah!! tengok tu!!" sambil tuding kat langit.
Bila aku tengok memang itu la yang aku nampak. Macam tayangan slide bertukar-tukar dilangit.

Saturday, October 30, 2010

Kejahilan tahap gaban!! terlampau!!


Aku dapat dari email lagi nih (it Came From Email)
utuk santai-santai minda dipagi sabtu cuti nih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak.
Sorang tu nama dia Ali,  sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. 
Aktiviti seharian depa ni  menybbkan tok imam x senang duduk. 
Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat  nak tarbiyah depa ni. 

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.

Tok  imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. 

Si Ali  pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
  buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke
surau.

Thursday, October 28, 2010

Pantun istilah menutup aurat...

Aku jumpa pantun ni kat blog http://jajazack.blogspot.com
Memang menarik pantun nih 
dan aku pun mintak la kebenaran kak jajaz untuk publish kat blog aku..

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

What should we say ????
Adakah ini yang dikatakan memahami istilah 
'Menutup Aurat'?

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

99 Langkah Menuju Ke Jalan Syurga (Bahagian 5 – Akhir)

Bahagian akhir dari series “99 Langkah Menuju Ke Jalan Syurga”


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamualaikum wbkth.
Kita tidak mampu menilaikan keimanan kita dan orang lain, apa yang perlu kita buat ialah menjadikan keimanan kita menjadi lebih sempurna....
Insyaalah kenyataan ini boleh menjadikan kita lebih berimaaaann...
Jika ada terkurang, maafkan saja, kerna manusia seperti saya memang sentiasa melakukan kesilapan dan tidak pernah perfect. 

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
(Langkah 91 ~ 99)

91.  Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92.  Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93.  Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94.  Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95.  Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96.  Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97.  Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98.  Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semoga kita mendapat petunjuk & peringatan daripada series ini..

Wednesday, October 27, 2010

99 Langkah Menuju Ke Jalan Syurga (Bahagian 4)

Sambungan dari yang sebelumnya
 * gambar hiasan*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbkth. 

Kita tidak mampu menilaikan keimanan kita dan orang lain, apa yang perlu kita buat ialah menjadikan keimanan kita menjadi lebih sempurna....
Insyaalah kenyataan ini boleh menjadikan kita lebih berimaaaann...
Jika ada terkurang, maafkan saja, kerna manusia seperti saya memang sentiasa melakukan kesilapan dan tidak pernah perfect. 

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
(Langkah 61 ~ 80)

61.  Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62.  Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63.  Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64.  Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65.  Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66.  Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67.  Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68.  Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69.  Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70.  Jangan melukai hati orang lain;
71.  Jangan membiasakan berkata dusta;
72.  Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73.  Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74.  Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75.  Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76.  Jangan membuka aib orang lain;
77.  Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78.  Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79.  Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80.  Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahagian Akhir akan menyusul.

Kisah sedih dari blog Seram Sunyi... sedih aku membacanya....


Aku memang jarang (bukan tak pernah ek) tersentuh hati bila baca blog,

tapi lepas baca entry terakhir blog Seram Sunyi memang aku tak leh tahan lagi.


Kepada yang tak tahu, Seram Sunyi nih blog cerita seram or gambar seram yg pada aku amat best dah berlainan. Memang aku selalu lawat dan baca.

Cuma lately nih aku tak kesana sebab terlalu sibuk. tup tup hari ni aku tergerak untuk baca entry kat sana and aku di sambut oleh tajuk entry nih...


Link ke entry tu Klik Sini

Satu entry yang panjang, dan penuh meruntun perasaan aku bila aku baca...
still rasa kesedihan yang dialami oleh pemilik blog nih.

A tribute untuk kawan sejati, ..

baca entry tersebut dan hayatilah erti persahabatan...

Al-fatihah ....


Tuesday, October 26, 2010

99 Langkah Menuju Ke Jalan Syurga (Bahagian 3)

(Officially, ni adalah post aku yang ke 100 untuk bulan nih, tak sangka banyak jugak aku berblog bulan nih. In average 3 entry sehari)

Ni Bahagian 3 daripada 5.

~~~~~~~~~~~~~~~
 *gambar hiasan*

Assalamualaikum wbkth.

Kita tidak mampu menilaikan keimanan kita dan orang lain, apa yang perlu kita buat ialah menjadikan keimanan kita menjadi lebih sempurna....

Insyaalah kenyataan ini boleh menjadikan kita lebih berimaaaann...
Jika ada terkurang, maafkan saja, kerna manusia seperti saya memang sentiasa melakukan kesilapan dan tidak pernah perfect.

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
(Langkah 41 ~ 60)

41.  Berlakulah adil dalam segala urusan;
42.  Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43.  Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44.  Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45.  Perbanyak silaturrahim;
46.  Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47.  Bicaralah secukupnya;
48.  Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49.  Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50.  Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51.  Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52.  Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53.  Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54.  Hormatilah kepada guru dan ulama;
55.  Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56.  Cintai keluarga Nabi saw;
57.  Jangan terlalu banyak hutang;
58.  Jangan terlampau mudah berjanji;
59.  Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60.  Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;

~~~~~~~~~~~~~~
Langkah seterusnya akan menyusul..

Monday, October 25, 2010

99 Langkah Menuju Ke Jalan Syurga (Bahagian 2)

Ini bahagian 2 dari 5 bahagian

Since semua ada 99 langkah so aku pecahkan ke 5 entry berbeza agar 
tak panjang sangat nak baca in 1 session… 

So datang lagi nanti untuk baca…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*gambar hiasan*

Assalamualaikum wbkth.
Kita tidak mampu menilaikan keimanan kita dan orang lain, apa yang perlu kita buat ialah menjadikan keimanan kita menjadi lebih sempurna....
Insyaalah kenyataan ini boleh menjadikan kita lebih berimaaaann...
Jika ada terkurang, maafkan saja, kerna manusia seperti saya memang sentiasa melakukan kesilapan dan tidak pernah perfect.

 
99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
(langkah 21 ~ 40)

21.  Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22.  Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23.  Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24.  Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25.  Biasakan shalat malam;
26.  Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27.  Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28.  Sayangi dan santuni fakir miskin;
29.  Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30.  Jangan marah berlebih-lebihan;
31.  Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32.  Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33.  Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34.  Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35.  Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36.  Jangan percaya ramalan manusia;
37.  Jangan terlampau takut miskin;
38.  Hormatilah setiap orang;
39.  Jangan terlampau takut kepada manusia;
40.  Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahagian seterusnya akan menyusul…

99 Langkah Menuju Ke Jalan Syurga (Bahagian 1)

Entry kali ni aku dapat dari Email.
Semua ada 99 langkah tapi aku akan pecah kan kepada 5 bahagian bagi memudahkan pembacaan.
 
Semoga beroleh ilmu dari entry nih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 * gambar hiasan*

Assalamualaikum wbkth. 

Kita tidak mampu menilaikan keimanan kita dan orang lain, apa yang perlu kita buat ialah menjadikan keimanan kita menjadi lebih sempurna....
Insyaalah kenyataan ini boleh menjadikan kita lebih berimaaaann...
Jika ada terkurang, maafkan saja, kerna manusia seperti saya memang sentiasa melakukan kesilapan dan tidak pernah perfect. 


99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
(Langkah 1~10)

01.   Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02.  Sabar apabila mendapat kesulitan;
03.  Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04.  Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05.  Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06.  Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07.  Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08.  Jangan usil dengan kekayaan orang;
09.  Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10.  Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11.  Jangan tamak kepada harta;
12.  Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13.  Jangan hancur karena kezaliman;
14.  Jangan goyah karena fitnah;
15.  Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16.  Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17.  Jangan sakiti ayah dan ibu;
18.  Jangan usir orang yang meminta-minta;
19.  Jangan sakiti anak yatim;
20.  Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

Yang seterusnya akan menyusul…

Friday, October 22, 2010

Helah Menculik Kanak-kanak: Aku dapat dari email...

 
Aku dapat ni dari email tadi, aku rasa dah lama dah benda nih tapi tak salah kita mengingatkan sebagai peringatan bersama.
________________________________________
 SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...
Tajuk     : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB
Subject : Child Kidnap Trick in Carrefour, JB



Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada
sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan
dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada
kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you
can think of. You never know who you might save by sending this e-mail!
Please, take the time and forward this to any friend who has children &
grandchildren! Thanks!

Friday, October 15, 2010

Ucapan Sederhana Untuk Isteri Tercinta (Bahagian 1)

Untuk dikongsi lagi.. kali ni untuk si suami pulak...
Panjang sikit so aku buat 2 bahagian.. at least boleh la kita digest setengah dulu pastu follow lagi setengah,,,... tak gitu..

Hayatilah.




UNGKAPAN SEDERHANA UNTUK ISTERI TERCINTA

Bila malam sudah beranjak mendapati Subuh, bangunlah sejenak. Lihatlah isteri Anda yang sedang terbaring letih menemani bayi Anda. Tataplah wajahnya yang masih dipenuhi oleh gurat-gurat kepenatan kerana seharian ini tubuhnya tak menemukan kesempatan untuk beristirehat barang sekejap, Jikalaulah tidak ada air wudhu? yang membasahi wajah itu setiap hari, barangkali sisa-sisa kecantikannya sudah tiada lagi.

Sesudahnya, bayangkanlah tentang esok hari. Di saat Anda sudah bisa merasakan betapa segar udara pagi, Tubuh letih isteri Anda barangkali belum benar-benar menemukan kesegarannya.

Harapan seorang ayah..

AKu dapat dalam email lagi: so aku kongsi la di sini.
Semoga kita akan cuba fahami Ayah kita.. insyallah..


ENGLISH MODE: ON


 Father's Wish !

To my dear child:

On the day when you see me old, weak and weary, Have patience and try to understand me.

Thursday, October 14, 2010

Akibat suka berleter...pedoman suami-isteri...

Aku dapat melalui Email...

kepada bakal2 suami dan suami
tidak lupa jugak kepada isteri2 dan bakal2 isteri..
Bacalah dengan hati yang terbuka dan minda yang tenang jangan emosi la
 


Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter.
Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa.
Balik kerja lambat setengah jam, berleter.
Bangun tidur lewat, berleter.
Rumah berselerak sikit, berleter.

Kena paksa diri sendiri..

Setelah lama aku dok bertangguh, hari ini Oktober 14, 2010 aku dengan ini akan "MEMAKSA" diri aku untuk belajar language baru (programming language).

Aku rasa dah lama dah aku dok idle dan elakkan diri dari belajar language nih sebab "C" adalah antara subject yang aku paling tak suka masa aku belajar dulu..

Aku nak belajar Microsoft Visual C# 2010, dengan gunakan Visual Studio 2010 Express Edition dan di bantu oleh buku nih...


Semoga ditetapkan hati aku untuk menuntut ilmu baru nih hingga ke akhirnya.. amin


kuman: Asyik dok suruh anak jer mentelaah, kali nih abahnya pulak akan mentelaah.

Wednesday, October 13, 2010

Peringatan kepada semua pengguna Maybank ATM Kad

Semua orang boleh dikatakan ada account Maybank + card ATM Maybank kan?
So information nih aku dapat dari email pagi tadi, just to share pada semua..

Kalau kepada semua yang dah tau, anggap lah sebagai peringatan.
Yang baru tau, berhati-hati lah..
Tak salah kita berhati-hati kan..

~~~~~~~


All Maybank Account Holders / Semua Pemegang Akaun Maybank


Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machine,
Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.

Cara-cara untuk memperbaiki hidup kita...(How to improve your life)

Mari kira memperbaikkan diri dengan tips berikut.
Aku dapat nih dari email pagi tadi, so sekali la  berkongsi bersama kengkawan blogger...

Kalau kita dapat praktikkan apa yang list kat bawah nih insyallah hidup kita akan lebih teratur dan lebih dihargai.

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Personality:
1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment .

Tuesday, October 12, 2010

Tulang Rusuk Yang Hilang



Aku dapat ni dari email semalam and rasanya wajar dikongsi bersama.
Maaf sebab email tu dalam CAPS Letter, tak sempat utnuk di type semulua semoga dapat la kita memahaminya.
Agak panjang, so take time baca pelan pelan..
Feeling pulak baca cerita camnih..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

UNTUK RENUNGAN BERSAMA.....
KISAH YANG PENUH IKTIBAR, SEMOGA KITA DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN DARIPADANYA.

WANITA: MENURUT KAMU, SAYA INI SIAPA?
LELAKI: (BERFIKIR SEJENAK, LALU MENATAP WANITA DENGAN PASTI) KAMU, TULANG RUSUKKU!
KERANA ALLAH MELIHAT BAHAWA ADAM KESEPIAN. SAAT ADAM SEDANG LENA TIDUR,
ALLAH MENGAMBIL RUSUK ADAM DAN MENCIPTAKAN HAWA.

SEMUA LELAKI MENCARI? 


Makan kaki lipas dapat RM55,000!!!

Aku terpana sekejap bila nampak title news kat paper tadi.

Kat Shah Alam, akibat termakan dan muntah kaki lipas kat Pizza Hut, seorang lecturer dapat RM55,000 sebagai gantirugi untuk kejadian itu.

Kejadian nih berlaku pada tahun 2007, dan ambik masa 3 tahun untuk diselesaikan... memang lama dan aku rasa memang berbaloi.


Lipas nih kalau jumpa dalam bawang goreng pun kita tak perasan kan, so camne kita nak tau yang kita makan tu bukan lipas yang dah digoreng? haaa masalah tu.

Saturday, October 09, 2010

Special utk yg dh berumah tangga and will getting married.

Special utk yg dh berumah tangga and will getting married especially this weekend.
Kan hari ni ramai yang akan kenduri, so semoga berkekalan


Cerita hal raya... (walaupun syawal dah abis).......
Cerita panjang sikit tapi memang menyentuh emosi sikit..
Aku dapat nih dalam email aku 2-3 hari lepas.



==========
Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.


Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami (3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang“

Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah.
Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan

Ibu: Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagipada Ateh (anak no. 3) dan Acik. (anak no.5) & (Saya anak bongsu yg ke-6) Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.
Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama.
Betul tak?
Related Posts with Thumbnails