-kuman
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gunung Berapi Kerinci, Kerisik Tuo
1 September 2012
Kami bangun pagi dalam keadaan ceria dan kelenguhan. Setelah siap makan pagi dan guide telah tiba, kami bergerak ke gunung danau 7 lebih kurang pukul 9 pagi. Hari ini trekking adalah free body di mana Cuma perlu bawa air dan jajan je. Sewaktu di tapak permulaan pendakian, guide register dahulu dan memohon permit sementara kami bergambar dengan budak sekolah rendah yang berada di situ.
Kami mula mendaki lebih kurang pukul 10 pagi dan melalui kebun-kebun sayur penduduk tempatan. Guide menceritakan kepada kami perbezaan kentang elok dan kentang yang dah x elok. Sepanjang perjalanan mendaki kami berehat dan berborak-borak sambil menyanyi untuk mengisi masa lapang. Kami sampai di Danau 7 lebih kurang pukul 1.30 petang. Berehat-rehat sambil ambil gambar kawasan tasik danau 7 ini. Danau 7 ini merupakan tasik hasil daripada letupan kawah gunung berapi yang terjadi suatu masa yang lalu dan sudah tidak aktif dan merupakan tasik yang tertinggi di Asia tenggara. Tasik ini juga amat luas dan tenang je..aku terfikir apa la yang ada dalam tasik ini..agak2 ada x raksasa J..
Kami makan tengahari di sini dan bergerak pulang pukul 3 petang.Sampai di tapak permulaan, kami menaiki van dan bergerak ke Homestay Family kembali.sesampai di Homestay kami mandi dan kemas barang kerana akan berangkat ke Padang pada malam ini juga. Selepas maghrib, kami berangkat ke padang dan semasa dalam perjalanan kami singgah beli sedikit cenderahati dan makan nasi padang.aku xtau kenapa aku mmg makan bnyak nasi di sini kerana lapar..
On the way ke padang aku memang sekejap sedar sekejap lena..aku kesian dekat guide kerana dah la dia trekking bersama kami di siang harinye, malam terpaksa drive van pulak ke padang yang jaraknya jauh.
end part 4/5
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
(lagi gambar pemandangan dalam post yg terakhir)
0 Comments this post:
Post a Comment