Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Friday, September 21, 2012

Home » , » Part 2: Ekspedisi ke Gunung Berapi Kerinci, Indonesia (Ogos 28 ~ 1 Sept 2012)

Part 2: Ekspedisi ke Gunung Berapi Kerinci, Indonesia (Ogos 28 ~ 1 Sept 2012)

Semua entry mengenai pendakian gunung dalam blog aku ni adalah hasil catatan adik aku yang memang hobby dia mendaki gunung. Aku cuma menge"share"kannya di blog aku agar org ramai dapat sama-sama mengikuti pengalaman beliau dan rakan-rakannya. So selamat membaca dan selamat mendaki.
-kuman
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Part 2: Gunung Berapi Kerinci, Kerisik Tuo Indonesia


30 august 2012
                Sementara menunggu guide siap packing barang yang hendak dibawa..kami bergambar depan homestay kerana kelihatan puncak gunung kerinchi dari kejauhan. 


Puncak Gunung Kerinchi dari Homestay.. our target!!

 Kami bertolak dari homestay untuk mendaki pada pukul 9 pagi dengan menaiki van.dalam perjalanan kami melalui ladang teh yang luas saujana mata memandang dan melihat penduduk sini bercucuk tanam banyak jenis sayur-sayuran yang segar bugar. 


Kami memulakan pendakian pada pukul 10 pagi. Semasa pendakian kami berhenti berehat di pos1,pos 2 dan pos 3 sebelum sampai ke Shelter 1 pada pukul 12.30 tengahari dan berhenti untuk makan tenghari..wow satu pengalaman baru bagi aku sepanjang menaiki gunung kerana di sini guide telahpun memasak dan bungkus makanan tengahari di dalam tupperware yang cantik.
 Siap amik gambar lagi tuperware tu J.
tupperware lawa!!!

 Setelah kenyang kami meneruskan pendakian ke next target iaitu shelter 2. Ketika hampir dengan shelter 2 hujan turun yang mana memaksa kami memakai baju hujan..aku pulak boleh lupa tinggalkan baju hujan di beg yang dibawa oleh geng porter..aiseh..nasib baik la ada jaket givi yg aku pakai sbb sejuk. Kami sampai di shelter 2 pukul 5.30 petang dalam keaadaan hujan dan di ketinggian 3000 meter. Bayangkan terpaksa lepak dalam hujan kerana khemah belum sampai lagi sambil menahan kesejukan..mengigil aku dibuatnya. 


On the way

Walaupun di ketinggian 3000 meter tetapi pokok2 di sini masih lagi besar2 dan berlainan sekali dengan gunung2 di Malaysia. Hampir 6.30 petang khemah pun sampai dan terus pasang khemah..kami telah mengambil keputusan untuk bermalam di shelter 2 kerana perjalanan ke shelter 3 agak jauh dan lagipun masih ada ahli kumpulan yang belum sampai ke shelter 2 ini. 



Walaupun khemah telah siap dipasang aku masih tidak boleh menyalin pakaian kerana beg aku dibawa oleh pani ( aku bawak beg budak lain) jadi aku terpaksa duduk dalam keadaan basah dan menggigil. Lebih kurang pukul 8.30 malam pani sampai dan akhirnya aku dapat jugak menyalin baju ke baju kering..cuaca xyah  cakap la sejuk giler walaupun duduk dalam khemah. Aku respek guide sini sebab semasa kami duduk lepak dalam khemah. Diorang telah masak air dan buat air dan menghantar hingga ke dalam khemah kami.

                Kira kami x perlu keluar khemah pun. Pastu makanan pun sama setelah diorang siap masak, diorang letak dalam tupperware dan hantar ke dalam khemah yang kami duduk siap dengan sudu, sedap pulak tu, dan bila sudah siap makan diorang datang ke khemah kami untuk mengambil bekas tupperware itu kembali dan bagi air.. memag layanan cukup best J. Apabila perut sudahpun kenyang kami pun melelapkan mata kerana pukul 3 pagi terpaksa bangun untuk trekking ke puncak gunung kerinchi.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
(lagi gambar pemandangan dalam post yg terakhir)
end part 2/5



0 Comments this post:

Related Posts with Thumbnails