Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Monday, September 24, 2012

Home » , » Part 3: Ekspedisi ke Gunung Berapi Kerinci, Indonesia (Ogos 28 ~ 1 Sept 2012)

Part 3: Ekspedisi ke Gunung Berapi Kerinci, Indonesia (Ogos 28 ~ 1 Sept 2012)

Semua entry mengenai pendakian gunung dalam blog aku ni adalah hasil catatan adik aku yang memang hobby dia mendaki gunung. Aku cuma menge"share"kannya di blog aku agar org ramai dapat sama-sama mengikuti pengalaman beliau dan rakan-rakannya. So selamat membaca dan selamat mendaki.
-kuman
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gunung Berapi Kerinci, Kerisik Tuo Indonesia


31 August 2012
                Kami memulakan pendakian dari shelter 2 pukul 3.30 pagi seramai 6 peserta dan 2 guide sahaja..seorang lagi peserta tidak mendaki kerana sudah kepenatan. Trek ke puncak lebih curam dan mula nampak pokok2 bonzai. Kami sampai di shelter 3 lebih kurang pukul 6 pagi. Kesejukan masa treking mmg terasa sehinggakan aku memakai 3 lapis baju (t-shirt,sweater dan baju hujan givi) begitu juga dengan seluar terpaksa pakai 2 lapis dan penutup kepala serta sarung tangan. Tetapi masih terasa kesejukannya sehingga tangan aku ni x terasa apa dah sebab sejuk sangat. Di shelter 3 kawasan campsite dia agak luas dan aku x boleh bayangkan klu bermalam di sini J sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Shelter 3 campsite: note ada khemah disitu..

                Sesudah berehat sebentar kami meneruskan perjalanan ke puncak.. Rehat solat subuh sekejap dan mendaki balik..selepas shelter 3 ..trek dah boleh nampak puncak dan pokok pun dah xde walaupun pokok kecil2..yang ada hanyala batu batu dan gaung. Kesejukan makin terasa dan oksigen semakin berkurangan. Aku terpaksa mendaki perlahan-lahan..Hidung pulak asyik berhingus mgkin sbb kabus atau selsema yang aku alami sehari sebelum datang ke sini. Kami berselisih dengan 2 warga germany yang juga menaiki puncak dan melalui satu kawasan kubur pendaki sebanyak tujuh kubur. Perjalanan dari shelter 3 ke puncak memakan masa 3 jam padahal dah nampak puncak macam dekat je..walhal jauh lagi. Kami sampai di puncak pukul 8 pagi.hajat mula2 nak tengok sunrise tetapi tgk sunrise masa dlm perjalanan je la J.
Aku di puncak!!!


punca bau sulfur..dari kawah di puncak

                Sesampai di puncak selain sejuk sangat..angin pula bertiup dengan kuat sekali..bergoyang-goyang kami dibuatnya. Tetapi view di puncak kerinchi MasyaAllah cukup indah dan lain dari yang lain..Kami nampak 360 view sekeliling saujana mata memandang. Selain kami melihat kawah puncak kerinchi..Aku x boleh tngk lama2 kawah puncak kerinchi sebab gayat sangat.. Akhirnya cita2 kami untuk menyambut merdeka di puncak kerinchi tercapai juga.. kami bergambar dan siap menyannyi lagu Negaraku


dan makan2 ckit then bergerak untuk turun. Aku x tahan sejuk di sini walaupun dah prepare dari segi pakaiannya..atas puncak kerinchi jugak ada bau2 sulfur yang sedikit sebanyak membuatkan pernafasan kurang selesa selain mata menjadi merah. Dari puncak kerinchi juga nampak kawasan perkhemahan shelter 3 dan shelter 2 selain nampak gunung danau 7 dan tasiknya yang akan kami pergi pada keesokan harinya.Kami bergerak turun dalam 40 minit kemudian..  


Danau 7 dari puncak... next agenda!!

 Trek menurun dari puncak kerinchi terasa best sebab x memerlukan bnyk tenaga untuk bergerak selain angin yang bertiup kurang.  Kami sampai di shelter 3 lebih kurang pukul 10 pagi. Bergambar seketika dan meneruskan perjalanan ke shelter 2. Sesampai di Shelter 2 dalam pukul 11 pagi. Berehat-rehat sambil tunggu makan tengahari dan packing barang. Pukul 1.30 petang kami berangkat turun ke bawah. Perjalanan turun terasa tidak letih kerana menurun je treknye. Sampai di shelter 1 lebih kurang pukul 2.30 petang, berehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan.. 

Aku terserempak dengan seorang kawan yang pernah mendaki bersama-sama di Yong Yap dahulu, dia dalam perjalanan mendaki ke puncak..x sangka akan berselisih dengan orang malaysia juga di gunung kerinchi J. Kami sampai di tapak gunung kerinchi pukul 5.30 petang. Hujan turun semasa tengah melepak tunggu van dan terpaksa pindah ke pondok yang berdekatan. Suma peserta muka keletihan dan berpuas hati. Sampai di Homestay Family, Mandi dan makan malam sambil borak2 sampai tengah malam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
(lagi gambar pemandangan dalam post yg terakhir)
end part 3/5

0 Comments this post:

Related Posts with Thumbnails