Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...
Showing posts with label Iklan Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Iklan Aidilfitri. Show all posts

Friday, October 08, 2010

Sempena Hari Syawal yang terakhir untuk tahun ini...

Sempena hari terakhir bulan Syawal 1431H ini...


aku terasa nak makan lemang cicah gulai daging yang mak aku buat.

Guna daging tempatan.. perghhh!!! amat best.


memang lazat

So akan berangkat ke kampung lepas maghrib karang...
dekat je kampung aku dalam 40 minit ajer..
lagi pun tok & wan nak main ngan cucu-cucu hehehe

Nanti aku buat entry lemang..

Semoga bertemu lagi bulan Syawal ini ditahun hadapan jika dipanjangkan umur.. Amin

Insyallah..

Thursday, September 09, 2010

Raya confirm Jumaat 10/09/10


Alhamdullilah... Raya Hari Jumaat 10/09/10 (lawa pulak combination nombor tu)

Persoalan 1
& Persoalan 2 dah terjawab..

Semalam Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (awat la aku asik ter type "raya" jer tiap kali aku type "raja") dah mengumumkan raya hari Jumaat. Memang ramai yg menarik nafas lega, even kat opis aku pun ramai yg kata "phew".. termasuk la boss-boss besaq yg semua dah suspense and dah keluarkan contingency schedule kalau khamis raya..

nampaknya 1/2 hari lagi aku kat opis (sebab aku cuti sekerat hari). Opis aku nampak dah macam di langgar garuda... sunyi sepi.. sampai bunyi angin air-cond pun boleh dengaq sampai sebatu.. itu la tahan kesunyiannya... sampai bunyi typing aku nih pun kuat lagi...

Nampaknya, setakat ini dulu dan segala persoalan pasai bila raya dah selesai, so dah cepat p tolong omak kat dapur or abah kat depan tu prepare lemang... :D

dan... Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H dari saya

Wednesday, September 08, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua bloggers..

- Pada yg nak drive balik kampung, hati-hati memandu dan jangan jadi antara statistik dalam Ops Sikap kali nih

- Pada yg suka "surfing the web", surfing lah.. tapi jangan sampai jadi macam iklan Petronas tahun 2008 dah yg tajuknya "MAK OK", (tengok sini entrynya)

- Pada yg tengah suspense takut kalau-kalau esok raya (entry ni), better buat contingency plan... mana nak tau kot kot malam nnt "ter"bersalin pulak bulan tu haaa mmg kes naya.

- Pada yg lain lain.. Selamat Bercuti dan Selamat Berhari Raya!!!

(p la ziarah menziarahi jangan asik dok tengok TV ajer :o) )

Tuesday, September 07, 2010

Raya hari Khamis? satu possibilities




Satu spekulasi yg nak aku share kat sini..

kat office aku nih rata-rata dah mengiyakan rumours ni..

sebab musababnya seperti berikut:

1. sebab dah ramai yg mintak cuti hari khamis, so kalau raya jatuh hari khamis safe la satu hari cuti boleh la guna cuti untuk hari lain pulak :o)
.. logic logic..

2. Boleh la cuti lebih 1 hari lagi, kalau Raya hari jumaat, total cuti baru 3 hari, kalau hari Khamis total dah 4 hari... tu tak kira lagi yg tambah sampai hari Khamis depan (Hari Malaysia)

Masalahnya pulak kalau Raya hari Khamis:

1. Mereka-mereka yg kerja bahagian Production, still kena kerja... sebab schedule cuti start hari Jumaat. Sapa nak jaga line kalau raya hari Khamis... mau melotop production line kalau di paksa kerja hari raya...

2. Yg mana dah plan nak balik jauh (> 5 jam perjalanan), macamana nak pederaih kereta malam raya tu.. kang tak pasai pasai ja jadi statistik Ops Sikap.

3. Tu tak kira lagi tokwan-tokwan yg kat kampung yg belum buat lemang lagi, sure meleleh waktu solat raya, sebab malam berjaga buat lemang.

4. Ibu-ibu yg kat rumah pun sure tak sempat gantung langsir baru, sebab kalut ngan persiapan lain... mana dengan kuih tak letak dalam bekas Luminac baru lagi, pinggan Vision tak basuh lagi, baju raya tak iron lagi.... mmg pening..


so aku rasalakan... memang elok la raya tu stay hari Jumaat, at least boleh la dengar 2 khutbah dalam satu hari, boleh la 2 kali berjemaah kat masjid (selain dari solat 5 waktu ler).. baguih apa camtu...

ok la.. tunggu je la pengumuman malam esok.. kalau hari Khamis Raya.. aku pun kalut gak :o)

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Iklan Raya Maxis 2010

UPDATE: Iklan berjaya ditemui.. trima kasih kayjay san..

Pencarian iklan raya terbaik (bagi aku la) untuk tahun 2010 diteruskan..

Selepas aku tengok iklan raya Petronas yg lepas lepas (blog yang semalam: sapa belum tengok p tengok cepat) Aku rasa macam nak kena carik lagi iklan yg best untuk tahun nih.

So far aku tengok iklan Maxis pun menarik jugak.. so far ni la iklan untuk tahun 2010 raya yg aku paling suka.. cerita dia lebih kurang macam below...

... (flashback)..Si isteri terbayang keindahan dia travel dengan suami dia naik bas balik ke kampung suami. Dia pun memang tengah dalam bas sekarang, tapi tanpa suami disisi... kemudian baru dia kata... walaupun suami dia telah tiada, dia tetap pulang ke kampung suaminya seperti biasa..."

ada twist lagi kat iklan tu yg aku rasa kena tengok baru paham....

tapi sayangnya kau carik kat youtube pun takde iklan tu, nnt kalaua da nnt aku uploadkan kat sini.. bleh la sesama share.. or sesapa yg dah jumpa meh bagi tau ek..

UPDATE:
- Iklan dah dijumpai kat youtube, trima kasih to saudara kayjay yang post the link kat komen.

ok lah tanpa berlengah lagi... The Best Iklan so far (dalam aku punya list) untuk Raya 2010..



"Selagi hayat dikandung badan, tak kan putus tali persaudaraan.

Mengunjungi keluarga di kampung pada Hari Raya adalah satu amalan dan ini menggambarkan betapa eratnya tali persaudaraan. Dalam iklan ini, kita dapat melihat kekukuhan jalinan kekeluargaan tanpa mengira perbezaan budaya dan keturunan. Ikutilah kisah perjalanan seorang wanita Cina yang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya dengan keluarganya yang berketurunan Melayu"

Memang best!!..

selamat..

Monday, September 06, 2010

Iklan Raya Petronas: Koleksi

Musin perayaan ni kalau takde iklan Petronas Raya nih memang tak sah.. tapi memang betul betul sayang.. yg tahun 2010 punya iklan tak memberi kesan langsung pada saya nih...

yg paling memberi kesan of course yg tahun 2006 (Aku Ingin Pulang) dan tahun 2008 (Mak OK)

tapi semua ada impact tersendiri, tetiba jer terasa bertakung ayaq mata nih lepas tengok semua koleksi iklan-iklan nih yg dah di compile dan siap ada review lagi kat blog Cikgu Dahlia (klik sini)

Aku terjumpa blog nih masa tengok carik iklan petronas... tengok kat site dia untuk selanjutnya and tengok la semua iklan tu dengan hati terbuka dan cuba fahami maksudnya... mesti berlinangan air mata...

Ingatlah kedua ibu-bapa di hari lebaran nih...

Mari kita lihat iklan yg paling mengesankan pada hati aku ni..

Tahun 2006: Aku Ingin Pulang



Tahun 2008: Mak OK



.."Mak tahu... apa Man dah buat?".......

itulah yg dinamakan seorang IBU....
Related Posts with Thumbnails