Aku just copy entry kali nih daripada blog Hafizm (setelah dapat kebenaran dari beliau)
reason aku buat entry nih sebab nak simpan 1 copy of the great article supaya boleh aku buat rujukan kalau nak tau pasai prevention method tu. Keluarga aku memang dah lama minum Nescafe, tapi Nescafe 0 jer or maybe Nescafe Susu..
So tq untuk Hafizm sebab benarkan aku copy word-by word.
Jantung Dan Buah Pinggang
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti.
- Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
- Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
- Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
- Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
- Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
- Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
- Tapak tangannya.semakin basah.
