Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...
Showing posts with label Kopi Sedunia. Show all posts
Showing posts with label Kopi Sedunia. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Sayangi Jantung Anda: untuk penggemar 3 in 1 coffee.

Aku just copy entry kali nih daripada blog Hafizm (setelah dapat kebenaran dari beliau)

reason aku buat entry nih sebab nak simpan 1 copy of the great article supaya boleh aku buat rujukan kalau nak tau pasai prevention method tu. Keluarga aku memang dah lama minum Nescafe, tapi Nescafe 0 jer or maybe Nescafe Susu..

So tq untuk Hafizm sebab benarkan aku copy word-by word.

 

Jantung Dan Buah Pinggang

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti.
  1. Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
  2. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
  3. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
  4. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
  5. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
  6. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
  7. Tapak tangannya.semakin basah.

Friday, October 08, 2010

Mari minum kopi hitam

Salam..

Pagi hari Jumaat tiba lagi, hari nih kita cuba kopi yang baru pulak

sebelum nih aku dah review Kopi "Incredible Hulk"

Hari nih kita review kopi-0 pulak.

AKu jarang beli kopi 2-in-1 nih selalunya 3-in-1 kan.
Tapi office mate aku bagi sebungkus suruh aku try, aku pun dengan lantangnay try la..

ni gambaq package dia.

Kat dalama da satu packet sachet yang dan include semua gula & kopi so untuk senang just masukkan dalam mug dan masukkan air panas mendidih.

Rasanya memang "kau "dan baunya pulak menusuk kalbu, bau lebih kurang bau kopi kampung tapi of course kurang la umphhh dia bandingkan dengan yang real.


So kepada yang nak try boleh try & sachet berfilter tu memang bagus sebab tak yah dok pikir nak tapis habuk kopi tu camno,

sebab lepas dah rendam dalam mug tu untuk 2-3 minit, boleh la buang sachet tu... tapi mengikut kata kawan aku tu, 1 packet boleh buat 2 mug kopi tanpa ada masalah kat rasa.. hmmmaku tak try la pulak..

tunggu dia bagi lagi satu pack ok la kot ehhhe

Sunday, September 19, 2010

tido lambat tengok tv?

(gambar dari internet, aku edit jer)

aku jarang tido lambat.. tapi memandangkan esok cuti (cuma nak kena bangun awal sbb nak anto anak ke sekolah) aku pun membenarkan diri aku tidor lambat mlm nih... jam dah tunjuk jam 3:15 pagi and mata pun dah sedikit kuyu.

Anak2 abis dah lena & yg bongsu nih lena atas lap... manja la tu :o)

Tapi camno nak tido nih.. kat National Geographic ada cite best lak.. INSIDE: MARINE ONE.. documentary yg best....

nampaknya jam 4 jugak la baru aku bleh tido nih...
dah ler esok pagi nak kena cabut rumput lepas jadi Bas Sekolah.. pastu nak kena basuh kereta lagi sekali...

takpe.. takpe..

ataupun nih penangan Kopi Kampung dari rumah adik aku maghrib tadi nih... yg menyebabkan aku tak ngantuk....

TO DO Esok:
- Blog update untuk bahagian last "12 Jam di Perlis" (Bahagian 1), (Bahagian 2)
- Nak buat scale model sikit.. diorama untuk AAVP7A1 aku tuh.. (Semua Bahagian)
itu je la kot ..:)

Selamat Malam....

Saturday, September 18, 2010

Program susu sekolah disambung, bagus!!


Hari ni aku berjaya beli suratkhabar, setelah dikecewakan semalam(tengok sini).

Sambil baca paper & menikmati teh tarik kurang manis yg org rumah aku buat (sedap!! kalah nasi kandaq punya teh), aku ternampak berita pasai Program Susu Sekolah akan disambung.

Tapi sekarang nama dah lain.. dah jadi nama Program Susu Sekolah 1Malaysia, akan dilancarkan bulan depan.

"NGO sambut baik Program Susu Sekolah 1Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Program Susu Sekolah 1Malaysia yang akan dilancarkan bulan depan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan negara memiliki golongan muda yang sihat dan pintar.

Kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik program itu dan berharap ia tidak dihentikan lagi seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berharap kerajaan memastikan susu yang bakal dibekalkan nanti berkualiti dan juga selamat diminum oleh murid-murid.

"Pastikan kejadian susu rosak sebelum ini sehingga menyebabkan berlaku keracunan makanan di sekolah tidak akan berulang,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pelancaran program Susu Sekolah 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dalam usaha melahirkan generasi muda yang sihat dan cerdas.

Mohamad Ali juga mencadangkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa pemantauan di sekolah yang terlibat dalam program ini.

"Jawatankuasa ini perlu dianggotai oleh wakil dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga PIBG,'' katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa ini bukan sahaja berperanan memantau susu yang dibekalkan seperti soal kualiti dan tempat simpanan malah melaporkan segera jika timbul sebarang masalah.

Selain itu, katanya, program tersebut perlu diperluaskan ke peringkat prasekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan juga menyambut baik pelaksanaan program itu dan berharap tidak lagi timbul masalah keracunan makanan seperti sebelum ini disebabkan murid-murid minum susu yang rosak.

"Tujuan kita hendak melihat mereka membesar dengan cergas dan bukan sehingga menyebabkan mereka trauma dengan minuman yang berkhasiat ini,'' katanya.

Sehubungan itu katanya, ada baiknya jika minuman susu segar ini dipelbagaikan dengan perasa lain seperti coklat dan strawberi.

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan kanak-kanak tidak begitu menggemari susu segar disebabkan baunya yang agak kurang menarik."

Nak baca online version click sini

Pandangan PM tentang program Susu..

Aku memang menyambut baik usaha nak meneruskan Program Susu Sekolah nih tak kira la apa nama yg digunakan sekali pun. Memang bagus tapi itu la dalam laporan tu ada disebu tpasai keracunan susu tu.





Aku sekolah rendah pada tahun 80'an, so kalau tak salah aku masa tu pun dah ada program susu nih. Kena bayar sorang dalam se-kupang (seposen) untuk dapatkan suus sekolah nih, sebagai top-up pada subsidi susu tu.

Memang ada yg tak minum susu nih, so yg untuk org yg minum suus macam aku la. Banyak la aku dapat "sumbangan" dari kengkawan aku.

Tapi yg tak best nya, aku la jugak selalu yg terkena susu yg dah masam, walaupun tarikh luput lambat lagi. ada satu kes tu aku dapat susu yg dah jadi warna kuning and pekat macam yougurt.. memang rasa yg amat memualkan!!! bayangkan la satu sedutan membawa penuh susu tu kedalam mulut.. aduh tak terbayang rasanya..


So harapan aku kali nih kualiti susu tu akan dipantau sebaiknya, sebab kali nih maybe anak aku pun akan dapat jugak Program Susu ni sebab dia pun dah bersekolah.

So kita tunggu bulan depan nak tengok perlaksanaannya.

Jangan start buat susu warna Merah, Biru, dah ler kan.

Maklumla kan... Susu 1Malaysia..

Wednesday, September 15, 2010

Kopi Luwak HARAM!!!

KOPI LUWAK HARAM!!!

Dalam berita 2-3 hari lepas aku terdengar mengenai pengharaman Kopi Luwak oleh

Pada yg tak tau apa Kopi Luwak nih tengok kat wiki

Majlis Agama Islam Indonesia kata halal berdasarkan alasan2 berikut: Klik Sini laporan Utusan Malaysia

Kalau tak salah aku Majlis Agama Islam Malaysia ada mengatakan yg Kopi Luwak nih haram di malaysia, so ada konflik kat situ.

Pada aku la kan (aku yg tak berapa pandai nih), memang wajar pun diharamkan kat Malaysia nih.. dah ler mahai and macam la takde dah kopi lain nak minum :ketawa:...

hiii tak sanggup aku minum kopi najis musang nih... dalam Berita pun ada tunjuk process pembuatannya.. memang memualkan tulang sum-sum aku..

tak tau la kalau ada orang yg sanggup minum kopi nih...

aku akan still maintain ngan kopi kampung yg aku beli kat pakcik kat pasar malam nih.. siap boleh goreng and mesin kat situ lagi.. fresh... nasib biak kat pasar malam tu takde pokok kopi jer.. kalau ada sure dia "menuai" biji kopi kat situ gak :ketawa besar:

tak pun try Kopi Incredible Hulk yg aku dah try..

so buat lah pertimbangan yg waras.... asal nama tahi yang keluar dari bahagian belakang apa pun mmg aku akan hindari ...:D

waras!!!

Kopi "The Incredible Hulk"!!


KOPI INCREDIBLE HULK!!!


arghhhh!!!.. terbayang watak Lou Ferrigno dalak "Hulk" tahun 70'an tu!!

Aku nih penggemar kopi sedunia.. (dan walaupun bulan Ramadhan yg lepas, aku berjaya maintain cuma 2 mug kopi sepanjang bulan puasa.. pergh!! satu pencapaian yg memberangsangkan bagi aku yg aku rasa dah "caffeine" addict.. tapi still manageable)... still aku suka ngan kopi nih..

Sebelum bulan posa ari tu, aku di"introduce"kan oleh adik aku satu lagi kopi jenama HPA (aku bukan nak promote, saja nak share ajer ek, jgn salah paham).




Ni rupanya, ada nampak warna kehijauan kat buih dia tu? sebab tu la aku panggil dia Kopi Incredible Hulk, :hehehehe: logik la kan...

Bercakap tentang rasanya pulak, memang best walaupun ada sedikit rasa ke"spirulina"annya yg mungkin setengah org tak berapa gemaq (suka). Bagi aku ok jer, rasa la lain sikit dari kopi lain yg aku dok minum sebelum nih.


Packagingnya


Ikut kata adik aku, lagi best kalau buat pastu campuq ayaq jangan banyak sangat... bagi rasa pekat sikit... itu kata adik aku ler ...

apa2 pun still tak leh lawan rasa kopi kampung... tapi jangan bagi kat aku Kopi Luwak (next entry aku cite pasai pa) dah ler

p/s: ehh nih entry aku yg ke 100!!!! cepat jugak ek...
Related Posts with Thumbnails