Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Tuesday, October 12, 2010

Home » , , » Sayangi Jantung Anda: untuk penggemar 3 in 1 coffee.

Sayangi Jantung Anda: untuk penggemar 3 in 1 coffee.

Aku just copy entry kali nih daripada blog Hafizm (setelah dapat kebenaran dari beliau)

reason aku buat entry nih sebab nak simpan 1 copy of the great article supaya boleh aku buat rujukan kalau nak tau pasai prevention method tu. Keluarga aku memang dah lama minum Nescafe, tapi Nescafe 0 jer or maybe Nescafe Susu..

So tq untuk Hafizm sebab benarkan aku copy word-by word.

 

Jantung Dan Buah Pinggang

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti.
  1. Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
  2. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
  3. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
  4. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
  5. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
  6. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
  7. Tapak tangannya.semakin basah.



Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat pemakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer).

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

  1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
  2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
  3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
  4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
  5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi majerin
  6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
  7. Elakkan mandi selepas makan
  8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
  9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
  10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
  11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
 

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.


  Sekian Wassalam Wallahua'lam


Artikel dari Laman Web Rasmi Persatuan Pengguna Islam malaysia (PPIM)

8 Comments this post:

Bee said...

Hohoi. .tk leh idup tkde kopi. .hehehe. .tukarlah ke kopi radix yea. .kopi herba. .

sarah-najwan said...

good info nih...nasib baik akak minum teh aje..

Unknown said...

@Bee: sama la kita.. now dah tak berapa gemar kopi yang 3in1.. nak yang real ehhe kopi kampung..

Unknown said...

@sarah: kak minum kopi biase or Green Tea? ada gak dengar cerita pasai kopi biasa nih.. takut gak ehehe

lady-D said...

huhu..skang tgh sedut nescafe ni tp yg O pnye jer..tp kdg2 minum gak yg 3 in 1, bkn ari2 la..siyes takut gak bc sbb simptom2 tu pnh kene kat sy..hoho..
p/s: naseb gak sy ni kuat bersukan

velasrizal said...

good info..keep it up..

Promosi Blog Di Facebook Orang Lain ?

My Little Diary said...

salam perkenalan,
saya pun dah lama tak minum nescafe ni.. sekrng minum teh 0 jer.. huhu
feel free visit my blog & do follow... eh! template kita sama la

lovely stitch said...

stitch minum nescafe o kaw punye....x boleh jugak eh...?

Related Posts with Thumbnails