Scale Modeler: Miniaturizing the world. Hobby(Scale Model, HRC Shotglass, Movies) & Random stuff ...
Followers
NOTICE:
Saturday, September 25, 2010
270 juta kotak susu 1Malaysia setahun, RM60juta dalam 2 bulan..
ni follow-up untuk Entry aku yg dulu..(Program Susu Seolah Disambung)
"Perbincangan agih bekalan pada tahap akhir
KOTA MARUDU: Seiring aspirasi membentuk generasi masa depan yang sihat dan cerdas, sejumlah 270 juta kotak Susu 1Malaysia akan diedarkan setahun kepada kira-kira tiga juta murid di 7,685 sekolah rendah seluruh negara membabitkan peruntukan awal RM60 juta yang perlu dihabiskan hingga hujung tahun ini.
Mengumumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata butiran berhubung kaedah penghasilan dan pengagihan bekalan berada pada tahap akhir perincian menjelang pelancarannya bulan depan.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, perbincangan di antara kementerian dengan Sabah International Dairy (SID) selaku pembekal utama Susu 1Malaysia dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.
“Seperti diarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita mahu menyegerakan projek ini. Kita ada peruntukan RM60 juta yang mesti diselesaikan hujung tahun ini, manakala untuk tahun depan kita akan membuat permohonan lain.
Sunday, September 19, 2010
supir bas sekolah sambilan tiap hari persekolahan
Sebagai supir bas sekolah sambilan untuk anak aku, aku kena bangun awal hari ahad nih.
Macam hari hari lain takpe.. aku just drop kan dia on the way aku p keje, hari ahad special sikit..
So aku off nak menjalankan tugas pertama untuk hari ahad nih...
lepas tu p beli paper kejap.. jangan abis dah ler paper hari nih...
kena beli 2 paper hari ahad nih... :)
kembali kejap lagi.. :D
Saturday, September 18, 2010
Program susu sekolah disambung, bagus!!

Hari ni aku berjaya beli suratkhabar, setelah dikecewakan semalam(tengok sini).
Sambil baca paper & menikmati teh tarik kurang manis yg org rumah aku buat (sedap!! kalah nasi kandaq punya teh), aku ternampak berita pasai Program Susu Sekolah akan disambung.
Tapi sekarang nama dah lain.. dah jadi nama Program Susu Sekolah 1Malaysia, akan dilancarkan bulan depan.
"NGO sambut baik Program Susu Sekolah 1Malaysia
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Program Susu Sekolah 1Malaysia yang akan dilancarkan bulan depan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan negara memiliki golongan muda yang sihat dan pintar.
Kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik program itu dan berharap ia tidak dihentikan lagi seperti sebelum ini.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berharap kerajaan memastikan susu yang bakal dibekalkan nanti berkualiti dan juga selamat diminum oleh murid-murid.
"Pastikan kejadian susu rosak sebelum ini sehingga menyebabkan berlaku keracunan makanan di sekolah tidak akan berulang,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pelancaran program Susu Sekolah 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dalam usaha melahirkan generasi muda yang sihat dan cerdas.
Mohamad Ali juga mencadangkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa pemantauan di sekolah yang terlibat dalam program ini.
"Jawatankuasa ini perlu dianggotai oleh wakil dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga PIBG,'' katanya.
Beliau berkata, jawatankuasa ini bukan sahaja berperanan memantau susu yang dibekalkan seperti soal kualiti dan tempat simpanan malah melaporkan segera jika timbul sebarang masalah.
Selain itu, katanya, program tersebut perlu diperluaskan ke peringkat prasekolah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan juga menyambut baik pelaksanaan program itu dan berharap tidak lagi timbul masalah keracunan makanan seperti sebelum ini disebabkan murid-murid minum susu yang rosak.
"Tujuan kita hendak melihat mereka membesar dengan cergas dan bukan sehingga menyebabkan mereka trauma dengan minuman yang berkhasiat ini,'' katanya.
Sehubungan itu katanya, ada baiknya jika minuman susu segar ini dipelbagaikan dengan perasa lain seperti coklat dan strawberi.
Beliau berkata, ini kerana kebanyakan kanak-kanak tidak begitu menggemari susu segar disebabkan baunya yang agak kurang menarik."
Nak baca online version click sini
Pandangan PM tentang program Susu..
Aku memang menyambut baik usaha nak meneruskan Program Susu Sekolah nih tak kira la apa nama yg digunakan sekali pun. Memang bagus tapi itu la dalam laporan tu ada disebu tpasai keracunan susu tu.

Aku sekolah rendah pada tahun 80'an, so kalau tak salah aku masa tu pun dah ada program susu nih. Kena bayar sorang dalam se-kupang (seposen) untuk dapatkan suus sekolah nih, sebagai top-up pada subsidi susu tu.
Memang ada yg tak minum susu nih, so yg untuk org yg minum suus macam aku la. Banyak la aku dapat "sumbangan" dari kengkawan aku.
Tapi yg tak best nya, aku la jugak selalu yg terkena susu yg dah masam, walaupun tarikh luput lambat lagi. ada satu kes tu aku dapat susu yg dah jadi warna kuning and pekat macam yougurt.. memang rasa yg amat memualkan!!! bayangkan la satu sedutan membawa penuh susu tu kedalam mulut.. aduh tak terbayang rasanya..
So harapan aku kali nih kualiti susu tu akan dipantau sebaiknya, sebab kali nih maybe anak aku pun akan dapat jugak Program Susu ni sebab dia pun dah bersekolah.So kita tunggu bulan depan nak tengok perlaksanaannya.
Jangan start buat susu warna Merah, Biru, dah ler kan.
Maklumla kan... Susu 1Malaysia..

