Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Saturday, September 25, 2010

Home » , , » 270 juta kotak susu 1Malaysia setahun, RM60juta dalam 2 bulan..

270 juta kotak susu 1Malaysia setahun, RM60juta dalam 2 bulan..

Program susu sekolah dah mula mendapat perhatian.
ni follow-up untuk Entry aku yg dulu..(Program Susu Seolah Disambung)






"Perbincangan agih bekalan pada tahap akhir 

KOTA MARUDU: Seiring aspirasi membentuk generasi masa depan yang sihat dan cerdas, sejumlah 270 juta kotak Susu 1Malaysia akan diedarkan setahun kepada kira-kira tiga juta murid di 7,685 sekolah rendah seluruh negara membabitkan peruntukan awal RM60 juta yang perlu dihabiskan hingga hujung tahun ini.

Mengumumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata butiran berhubung kaedah penghasilan dan pengagihan bekalan berada pada tahap akhir perincian menjelang pelancarannya bulan depan.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, perbincangan di antara kementerian dengan Sabah International Dairy (SID) selaku pembekal utama Susu 1Malaysia dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat. 

“Seperti diarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita mahu menyegerakan projek ini. Kita ada peruntukan RM60 juta yang mesti diselesaikan hujung tahun ini, manakala untuk tahun depan kita akan membuat permohonan lain. 




“Fokus utama ialah mencari penyelesaian bagaimana menguruskan agihan bekalan kerana kita tidak mahu kejadian lalu (bekalan susu tercemar) berulang. Kita akan ambil kira faktor logistik dan penyampaian, terutama bagaimana bekalan disimpan serta kaedah apa untuk guru di sekolah menguruskan bekalan. 

“Kementerian juga mahu melihat adakah susu diminum separuh dan disimpan bakinya kerana cara itu boleh membuatkan bekalan tercemar. Kita nak pastikan semuanya dilaksanakan dengan betul,” katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau, di sini semalam. 
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. Terdahulu, Muhyiddin melancarkan program ‘Cybersafe In School’ di SMK Tandek. 

Projek Susu 1Malaysia diumumkan Perdana Menteri ketika menghadiri program Juara Rakyat peringkat Sabah di Sandakan, minggu lalu. Projek bekalan susu ke sekolah dihentikan kira-kira tiga tahun lalu berikutan masalah murid yang menerima bekalan susu tercemar yang mengakibatkan keracunan makanan. 

Muhyiddin mengakui permintaan terhadap bekalan Susu 1Malaysia adalah lebih tinggi, iaitu 270 juta kotak setahun berbanding yang berupaya dihasilkan negeri ini dan kementerian akan berbincang dengan beberapa pihak lain yang boleh menampung permintaan itu. "

Berita asal di Berita Harian

kuman: Nampaknya kerajaan memang serius dengan Susu 1Malaysia, dan bayangkan RM60 juta perlu dibelanjakan dalam masa 2 bulan untuk program ini,... memang banyak betul peruntukan, Harap-harap takde la susu yang basi lagi nanti takut jadi macam yang aku cerita dulu laa (Program Susu Seolah Disambung)

1 Comments this post:

Unknown said...

part ni yg den tak paham...knp nak pakai susu kotak kalo nak buat program macam tu...terasa membazir la plak...

Related Posts with Thumbnails