Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...
Showing posts with label Ilmu Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Kesihatan. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

Nostalgia Kenangan dulu-dulu: Datang dari email...

Dari Series: It Came From Email (Label Name)

Aku dapat ni dari email siang tadi, ada antaranya dah aku dah siarkan kat sini seperti mengenai Buku Ilmu Kesihatan Darjah Satu tu, click sini kalau nak tengok full entry.
Ilmu Kesihatan Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian Akhir.

So yang aku baru dapat nih tak detail tapi still membangkitkan nostalgia pada yg melaluinya dulula macam aku nih..


Buku Tawarikh

Aku dah tanya beberapa org engineer kat opis aku, "korang tau tak amendenya buku Tawarikh nih?" "ntah?" jawab diorang... "Ni la buku Sejarah"


Bercakap Dengan Jin


Ni pun aku tanya jugak, soalan sama cam kat atas. Ada ka patut diorang kata buku guide tok bomoh... hehehe Ni la buku kisah seram yang aku takut nak baca malam-malam masa kecik dulu. Dah ler unedited punya content (bukan SX content la), bila baca jer mula la imaginasi jalan jauh.
Takyah nak tengok cite Jangan Pandang Belakang ke, Momok ke aper ker.. baca ni pun dah meremang bulu roma.

Sekarang ada lagi ka buku nih?


Ilmu Kesihatan Darjah 3

Ni sama macam yang aku post dulu, cuma yang nih untuk darjah 3.


Komik Wak Dojer.

Sebelum zaman komik Ujang, APO, Gempak dan Senjata Misteri. Kita ada komik Wak Dojer.
Komik klasik,...
ada sesapa tau kat mana bleh dapat sample komik nih... bleh share kat sini...

ps: Klasika demondo betul lah...

Saturday, September 18, 2010

Program susu sekolah disambung, bagus!!


Hari ni aku berjaya beli suratkhabar, setelah dikecewakan semalam(tengok sini).

Sambil baca paper & menikmati teh tarik kurang manis yg org rumah aku buat (sedap!! kalah nasi kandaq punya teh), aku ternampak berita pasai Program Susu Sekolah akan disambung.

Tapi sekarang nama dah lain.. dah jadi nama Program Susu Sekolah 1Malaysia, akan dilancarkan bulan depan.

"NGO sambut baik Program Susu Sekolah 1Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Program Susu Sekolah 1Malaysia yang akan dilancarkan bulan depan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan negara memiliki golongan muda yang sihat dan pintar.

Kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik program itu dan berharap ia tidak dihentikan lagi seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berharap kerajaan memastikan susu yang bakal dibekalkan nanti berkualiti dan juga selamat diminum oleh murid-murid.

"Pastikan kejadian susu rosak sebelum ini sehingga menyebabkan berlaku keracunan makanan di sekolah tidak akan berulang,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pelancaran program Susu Sekolah 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dalam usaha melahirkan generasi muda yang sihat dan cerdas.

Mohamad Ali juga mencadangkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa pemantauan di sekolah yang terlibat dalam program ini.

"Jawatankuasa ini perlu dianggotai oleh wakil dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga PIBG,'' katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa ini bukan sahaja berperanan memantau susu yang dibekalkan seperti soal kualiti dan tempat simpanan malah melaporkan segera jika timbul sebarang masalah.

Selain itu, katanya, program tersebut perlu diperluaskan ke peringkat prasekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan juga menyambut baik pelaksanaan program itu dan berharap tidak lagi timbul masalah keracunan makanan seperti sebelum ini disebabkan murid-murid minum susu yang rosak.

"Tujuan kita hendak melihat mereka membesar dengan cergas dan bukan sehingga menyebabkan mereka trauma dengan minuman yang berkhasiat ini,'' katanya.

Sehubungan itu katanya, ada baiknya jika minuman susu segar ini dipelbagaikan dengan perasa lain seperti coklat dan strawberi.

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan kanak-kanak tidak begitu menggemari susu segar disebabkan baunya yang agak kurang menarik."

Nak baca online version click sini

Pandangan PM tentang program Susu..

Aku memang menyambut baik usaha nak meneruskan Program Susu Sekolah nih tak kira la apa nama yg digunakan sekali pun. Memang bagus tapi itu la dalam laporan tu ada disebu tpasai keracunan susu tu.





Aku sekolah rendah pada tahun 80'an, so kalau tak salah aku masa tu pun dah ada program susu nih. Kena bayar sorang dalam se-kupang (seposen) untuk dapatkan suus sekolah nih, sebagai top-up pada subsidi susu tu.

Memang ada yg tak minum susu nih, so yg untuk org yg minum suus macam aku la. Banyak la aku dapat "sumbangan" dari kengkawan aku.

Tapi yg tak best nya, aku la jugak selalu yg terkena susu yg dah masam, walaupun tarikh luput lambat lagi. ada satu kes tu aku dapat susu yg dah jadi warna kuning and pekat macam yougurt.. memang rasa yg amat memualkan!!! bayangkan la satu sedutan membawa penuh susu tu kedalam mulut.. aduh tak terbayang rasanya..


So harapan aku kali nih kualiti susu tu akan dipantau sebaiknya, sebab kali nih maybe anak aku pun akan dapat jugak Program Susu ni sebab dia pun dah bersekolah.

So kita tunggu bulan depan nak tengok perlaksanaannya.

Jangan start buat susu warna Merah, Biru, dah ler kan.

Maklumla kan... Susu 1Malaysia..

Friday, July 16, 2010

Nostalgia: Buku Darjah Satu Dulu-dulu Bahagian 3 (akhir)

Minyak dah naik, so aku takmo la cakap pasai benda tu... blog lain sumer dah cakap dah... so aku just nak sambung balik la buku Darjah 1 dulu-dulu nih macam aku dah janji 2 hari lepas... sorry la ek kalau terganggu menunggu Bahagian 3 nih dah le lambat nak kena layan lagu pulak semalam kan... ok la... tanpa melengahkan pembacaan..

Nostalgia: Buku Darjah Satu Dulu-dulu (Episod Akhir)


Pada yg termissed episod yg lepas lepas ni haa.. Bahagian 1 & Bahagian 2.
Dan ni adalah sebahagian dari Series "It Came From Email" aku...

Kita sambung ek..

Yg ni mmg familiar, dulu kalau sapa tak isi bahagian nih memang cikgu Ilmu Kesihatan akan naik hangin satu badan... sebab selalu kata buku org amik la,,, org pinjam la.. dah tu bila jumpa tak tau sapa punya. Lagi satu yg bestnya bila buku ni dah lama dalam circulation kat sekolah tuh... sure nama abang yg sulung kat ruang no 1 tu,... pastu bila abang tu dah darjah 6.. nama adik dia pulak 2-3 orang ada kat bawah dia pada bahagian yg sama... betul tak? haaa



Scenario sekarang mungkin abang tu dah tak le pakai Honda C70 tu.. hmm tak pun maybe dia akan pakai C70 yg dah di bikin dengan rim chrome, color hijau florescent and leather seat yg ada ropol-ropol tu. Adik tu [unya "stance" berdiri pun mmg nampak mcm tegas tak mau ikut naik moto.. bagus bagus.... patut di adapt la ke zaman sekarang punya version, tapi jangan la guna C70 macam yg aku kata tu..




Yang terakhir, mintak tolong. Tapi sekarang nih kalau kat sekolah sure ramai kengkawan yg akan menolong.. sebabnya.. boleh tuang kelas... tu la kalau nak tau betapa baik hati dan suka tolong menolongnya murid-murid sekolah sekarang.... yg sakit sorang jer.. yg menolong 1 kelas... dah ini mmg betul.. tak caya? try tanya murid-murid sekolah berdekatan...


itu aje ler... so next time kalau ada buku-buku lama yg nak tunjuk kat sini... bebawak la email ek. bleh la kita siarkan sebagai nostalgia bersama...

ohh lupa...

selamat bernostalgia..

Wednesday, July 14, 2010

Nostalgia: Buku Darjah Satu Dulu-dulu Part 2

Kepada sesiapa yg "ter-miss Part 1 , Click Sini!!
mari kita sambung..

Nostalgia: Buku Darjah Satu Dulu-dulu Part 2

ni sambungan nya..


Beg pun penuh buku, walaupun tak le sekalerful sekarang,
kalau sekarang punya version sure tarik beg ada roda tuh.. sebab berat..



hmmm.. murid murid sekarang guna pisau ke? mungkin depa guna "geremit" (= pengasah pensel aka. Sharpener) kot.. sebab rasanya sekolah mmg dah "Banned" penggunaan pisau di sekolah..



Try la suruh murid-murid sekarang bersihkan tandas, tandas di rumah pun dah ok sebagai permulaan. Kalau hukuman kat sekolah kena basuh tandas tu dah jadi lain cerita . Tapi kan zaman aku dulu hukuman basuh tandas nih antara hukuman yg popular and cikgu matematik aku (bukan cikgu kesihatan) adalah cikgu yg selalu surh basuh tandas....
hmmm i wonder why ek...



Bahagian TIGA menyusul esok....

sekali lagi "IA DATANG DARI EMAIL!!"..

Nostalgia: Buku Darjah Satu Dulu-dulu Part 1

Buku Darjah Satu Dulu-Dulu (PART 1)

Sepatutnya filed under : It Came from the Email section tapi takpe la guna tajuk generic cam kat atas and buat Tag jer untuk series tu

Anyway.. pada yg lahir pada tahun late 60an, 70an and early 80an mungkin pernah dapat buku ni masa darjah satu.

Memang klasik and semuanya straight to the point, takde nak selindung selindung dengan contoh yg di paparkan dan message yg nak di sampaikan pada pelajar sekolah rendah.

Memang a trip down memory lane betul la bila dapat benda nih dalam email beberapa hari lepas...

enjoy the photo and boleh la bandingkan dengan buku sekolah rendah sekarang. rasanya diorang dah tak produce buku macam ni dah sekarang nih... klasik klasik...


Cover yg sungguh mengasyikkan, buku teks sekarang mana da yg guna gambar real-life macam ni dah (atleast untuk darjah 1 le) sebab gambar kartun lebih menarik untuk murid2 darjah 1.. :D logik?


Cepat!!!.. sapa boleh bagi tau, bila the last time nampak murid-murid sekolah beratur naik bas? at least tak le beratur sebaris macam gambar ni betul betul... kalau la semua buat macam nih.. sure takde la jasi masalah berebut etc bila naik bas... bukan takat naik bas... naik moto pun berebut.. macammana tu...
(berebut la ngan adik2 sapa nak duduk depan, sapa nak duduk belakang, sapa nak duduk atas handle)


Ucapan hormat nih patut still di praktikkan, bukan setakat Darjah 1.. sampai univ pun patut.
Tapi sekarang mmg sampai universiti pun, sampai kan abang2 senior pun perlu di beri ucap hormat... kalau tak!! abis la malam karang kena la "selubung selimut"
tak pasal-pasal jer..

Yg ni memang klasik, patut di praktikan. Ini tidak.. kawan jatuh jer cepat cepat lari jauh jauh... takut kawan suruh angkat.. apa fesyen la...:D
Good friends are very hard to comeby these days, so kalau dah jumpa jaga la sebaik mungkin...

Budak ni sekarang sure dah sebaya aku dah nih ntah ntah kerja seopis ngan aku.. ntah ntah nih manager aku kot... hmmmm


Ada lagi nih.. esok aku upload lagi... :D Part 1..
Related Posts with Thumbnails