KOPI LUWAK HARAM!!!
Dalam berita 2-3 hari lepas aku terdengar mengenai pengharaman Kopi Luwak oleh
Pada yg tak tau apa Kopi Luwak nih tengok kat wiki
Majlis Agama Islam Indonesia kata halal berdasarkan alasan2 berikut: Klik Sini laporan Utusan Malaysia
Kalau tak salah aku Majlis Agama Islam Malaysia ada mengatakan yg Kopi Luwak nih haram di malaysia, so ada konflik kat situ.
Pada aku la kan (aku yg tak berapa pandai nih), memang wajar pun diharamkan kat Malaysia nih.. dah ler mahai and macam la takde dah kopi lain nak minum :ketawa:...
hiii tak sanggup aku minum kopi najis musang nih... dalam Berita pun ada tunjuk process pembuatannya.. memang memualkan tulang sum-sum aku..
tak tau la kalau ada orang yg sanggup minum kopi nih...
aku akan still maintain ngan kopi kampung yg aku beli kat pakcik kat pasar malam nih.. siap boleh goreng and mesin kat situ lagi.. fresh... nasib biak kat pasar malam tu takde pokok kopi jer.. kalau ada sure dia "menuai" biji kopi kat situ gak :ketawa besar:
tak pun try Kopi Incredible Hulk yg aku dah try..
so buat lah pertimbangan yg waras.... asal nama tahi yang keluar dari bahagian belakang apa pun mmg aku akan hindari ...:D
waras!!!
1 Comments this post:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
Post a Comment