Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Thursday, October 28, 2010

Home » , , » Pantun istilah menutup aurat...

Pantun istilah menutup aurat...

Aku jumpa pantun ni kat blog http://jajazack.blogspot.com
Memang menarik pantun nih 
dan aku pun mintak la kebenaran kak jajaz untuk publish kat blog aku..

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

What should we say ????
Adakah ini yang dikatakan memahami istilah 
'Menutup Aurat'?

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat


Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis


Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lawat la yg orignal kat Blog dia jugak.. Clik sini untuk entry tersebut...

3 Comments this post:

Tomato Gurl's Life said...

mendalam+best pantun tue..org sekarang ingt pakai kain tutup kepala+badan tue dah tutup aurat..padahal ketat+nmpk rambut..tue kira xtutup aurat pun..

Kalamhati said...

padat..tepat..mampat..mantop!hehe

hidayatul said...

mohon share yep..

Related Posts with Thumbnails