Untuk dikongsi lagi.. kali ni untuk si suami pulak...
Panjang sikit so aku buat 2 bahagian.. at least boleh la kita digest setengah dulu pastu follow lagi setengah,,,... tak gitu..
Hayatilah.
UNGKAPAN SEDERHANA UNTUK ISTERI TERCINTA
Bila malam sudah beranjak mendapati Subuh, bangunlah sejenak. Lihatlah isteri Anda yang sedang terbaring letih menemani bayi Anda. Tataplah wajahnya yang masih dipenuhi oleh gurat-gurat kepenatan kerana seharian ini tubuhnya tak menemukan kesempatan untuk beristirehat barang sekejap, Jikalaulah tidak ada air wudhu? yang membasahi wajah itu setiap hari, barangkali sisa-sisa kecantikannya sudah tiada lagi.
Sesudahnya, bayangkanlah tentang esok hari. Di saat Anda sudah bisa merasakan betapa segar udara pagi, Tubuh letih isteri Anda barangkali belum benar-benar menemukan kesegarannya.
Sementara anak-anak sebentar lagi akan meminta perhatian bondanya, membisingkan telinganya dengan tangis serta membasahi pakaiannya dengan najis tak habis-habis.
Baru berganti pakaian, sudah dibasahi najis si kecil lagi. Padahal tangan isteri Anda pula yang harus mencucinya.
Di saat seperti itu, apakah yang Anda fikirkan tentang dia? Masihkah Anda mengimpikan tentang seorang yang akan senantiasa berbicara lembut kepada anak-anaknya seperti kisah dari negeri dongeng, sementara di saat yang sama
Anda menuntut dia untuk menjadi isteri yang penuh perhatian, santun dalam bicara, lulus dalam memilih kata serta tulus dalam menjalani tugasnya sebagai isteri, termasuk dalam menjalani apa yang sesungguhnya bukan kewajipan isteri tetapi dianggap sebagai kewajipannya.
Sekali lagi, masihkah Anda sampai hati mendambakan tentang seorang perempuan yang sempurna, yang selalu berlaku halus dan lembut?
Di kesempatan ini, seharusnya Anda melihat bahawa tatkala tubuhnya amat letih, sementara kita tak pernah menyapa jiwanya, maka amat wajar kalau ia tidak sabar.
Begitu pula manakala matanya yang mengantuk tak kunjung memperoleh kesempatan untuk tidur nyenyak sejenak, maka ketegangan emosinya akan menanjak.
Disaat itulah jarinya yang lentik akan tiba-tiba membuat anak kita menjerit kerana cubitannya yang menyakitkan.
Apa ertinya?
Benar, seorang isteri solehah memang tidak boleh bermanja-manja secara kekanak-kanakan, apalagi sampai bersikap chengeng.
Tetapi isteri solehah tetap manusia yang memerlukan penerimaan. Ia juga perlu diakui, meskipun tidak pernah meminta kepada Anda. Sementara gejolak-gejolak jiwa yang memenuhi dada, perlukan telinga yang mahu mendengar.
Kalau kegelisahan jiwanya tidak pernah menemukan muaranya berupa kesediaan untuk mendengar, atau ia tidak pernah Anda akui kewujudannya, maka jangan pernah menyalahkan siapa-siapa kecuali dirimu sendiri jika ia tiba-tiba meledak.
Jangankan isteri kita yang suaminya tidak terlalu istimewa, isteri Nabi pun pernah mengalami situasi-situasi yang penuh ledakan, meskipun yang membuatnya meledak-ledak bukan kerana Nabi saw. tidak mahu mendengar, melainkan semata-mata kerana dibakar api kecemburuan. Ketika itu, Nabi saw. hanya diam menghadapi 'Aisyah yang sedang cemburu seraya memintanya untuk mengganti mangkuk yang dipecahkan.
Oleh itu, ada yang harus kita selami dalam jiwa kita. Ketika kita menginginkan ibu anak-anak kita selalu lembut dalam mengasuh, maka bukan hanya nasihat yang perlu kita berikan.
Bersambung di Bahagian ke 2....
4 Comments this post:
penuh makna dan sarat dgn pengajaran yang buat kita berfikir..harap suami2 kt luar sana baca ni..=)
aduhai...aku belum lagi punya kondisi serupa ini.But,mgkn untuk akan datang..hehe
sgt bagusss punya entry...
xsabor nk baca part 2
laki awok kengkadang ade juge dia peratikan awok tido..hehe..kesiann katenye...
huhuhu.. duk syok2 baca.. bersambung lak :(.. terkonjugate ..
Post a Comment