Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Tuesday, September 21, 2010

Home » , , , , , » 12 Jam Di Perlis - Bahagian Akhir

12 Jam Di Perlis - Bahagian Akhir

sambungan ekk dari episode terdahulu:

Bahagian 1: Padang Besar
Bahagian 2: Kasawari Santuari

Bahagian Akhir: Kuala Perlis..

Aku teruskan perjalanan ke Kuala Perlis, since aku takde GPS so aku ikut jer la "GPS tradisional", signboard and belasah...

sebelum masuk pekan Kangar, aku singgah kat Beseri. melawat MRSM Perlis (tempat aku "bertendang" selama 2 tahun). Nostalgia meruntun kalbu, ingat zaman "kanak-kanak baru nak besaq" masa kat sini. Anak-anak pun sibuk dok tanya tempat apa nih. So sepanjang jalan ke Kuala Perlis, semua kisah dalam kereta berkisar tentang "Apa abah buat kat situ..etc"



"abah belajaq apa kat situ?" "syok tak?" "kakak pun nak mai belajaq sini la" "Bukit Gondol kat belakang tu ada hantu tak?" "Abah dulu mesti pandai, sebab tu belajar sini" "MRSM Beseri tu apa pulak? Beseri tu "berseri-seri ka?" "ayek nok aje r-sem ne agu.." - adik nak belajar MRSM ni jugak "Abah dok lari kat padang tu tak?" "Pak Guard kenai abah tak?"

dan ada la lagi 2-3 puluh soalan yg diulang ulang.. (anak-anak heheheh).

Sampai Kuala Perlis, ikut jer signboard yg menunjukkan ke arah "Jeti Feri Langkawi", sampai la jumpa Hotel Putra Brasmana, and parking je kat tepi tepi tu and pilih kedai mana nak makan.

AKu sampai sana lebih kurang jam 6:45pm, just nice to see the show!!!

Carik meja yg open air and bebetul kat tepi gig air tu, and menikmati pemandangan Senjakala yg PALING BEST pernah aku tengok, dengan berlatarbelakangkan Pulau Langkawi... memang la aku mengagumi ciptaan Yang Esa... teramat indah...





Aku amik gambar sampai abis battery...

Sambil tu order makanan dinner, antaranya yg paling best Siakap 3-Rasa. 1 ekor ikan yg besar reganya RM49 untuk 7 org makan (4 adults, 3 bebudak).. memang manis betul isinya... and total RM79...(yg aku rasa berbaloi-baloi)



lebih kurang jam 8:30pm aku bertolak balik, terus ja naik Highway Changlun- Kuala Perlis and keluar balik kat Bandar Changlun and naik PLUS.

On the way back tu singgah kat R&R Gurun untuk recharge "kecergasan" dengan solat & 1 mug besar NESCAFE kaw!! sambung drive balik..

Sampai ke teratak aku jam 11:45pm maka lengkaplah perjalanan 12 Jam aku ke Perlis...

memang berbaloi and anak-anak aku ajak p lagi... diroang nak ke Wang Klian, Bukit Jernih (Gua Kelam) and Tasik Melati pulak in next trip.... aku ok jer... nnt bila cuti sekolah kita p lagi ek.. :D

p/s: Hilang rasa penat tengok anak-anak suka and appreciate the trip....

10 Comments this post:

Gadis Kampung said...

balik beraya kat perlis ker?perlis kecik tapi menawan....seronok baca entry pasai negeri sendiri...

Kuman Chaos said...

@Gadis kampung:
tak.. saja p jalan-jalan sebab dah lama tak jalan perlis sejak dari zaman sekolah dulu. Betul tempat kecik tapi menarik gak.. Taman Ular ajer yg dengan kata dah semakin uzur..

S..U..D..@..I..S said...

Taman Herba best jugak ...macam-macam pokok herba ada...ada teh misai kucing utk drh tingi..

Kuman Chaos said...

@Sudais: Taman herba ek.. ok check untuk next visit.. :D

LORD ZARA 札拉 said...

pernah lalu time ke Perlis dulu~

hehehe~

^__^

dan ya, ku lapar tengok makanan. puasa hari ni. =___=

Kuman Chaos said...

@Lord: Lalu p mana? p siam? :o)
Lapar ubatnya makan, so karang p la order Siakap 3-rasa.. :)

cikgu isza said...

pernah sekali ke perlis dan terus jatuh cinta.. :)

Kuman Chaos said...

@cikgu: ha'ah.. dah jatuh cinta nih boleh la pegi selalu kan.. :)kami dah plan next trip ke sana...

diriku said...

cantik gambar..

Kuman Chaos said...

@diriku - memang lawa senja kat sana. composisi awan pun lawa waktu tu..

Related Posts with Thumbnails