Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Sunday, September 26, 2010

Home » , , , , , , , » Jiwa kacau, memang aku surrender!!

Jiwa kacau, memang aku surrender!!


Jiwa kacau sungguh aku tiap kali Hari sabtu malam Ahad, jam 10:00 malam.

Memang kacau betul jiwa hehehe..
aku pun heran pesal la aku tak leh tengok cerita Cerekarama kat TV3 :o)

meh sini aku nak story, aku nak story bukan saja pasai cerita malam ni tapi untuk semua cerita yang berkaitan tapi aku fokus kan cerita malam ni la senang sikit nak story mory.



Cerita yang disiarkan memang memberi pengajaran yang sangat.

<-Begin Sinopsis>
Mengenai menantu yang terpaksa ikut kehendak ibu mertua yang sangat mementingkan diri sendiri, tiada tolak ansur especially mengenai hari raya. Dia nak setiap hari raya, menantu dia nih MESTI beraya di rumah dia dulu dan dia pulak selalu memaki-hamun menantu dia nih, ada ajer yang tak kena kat rumah sehingga menyebabkan biras dia (mak menantu nih) terbiar kesunyian di kampung seorang diri.

Bila akhirnya raya tahun nih dpat beraya dikampung bersama ibu dia, ibunya dah meninggal dunia dimalam raya. Yang sedihnya, ibu mertua dia tau pasai kematian tu, tapi tak inform menantu dia nih.

The ending sedih bila si anak nih merayu-rayu dihadapan jenazah ibunya menceritakan kepulangan dia untuk beraya bersama ibunya segala. Syahdu!! (aku tak tahan dah masa nih, sedih, emosional.)

Mak mertua dia pun turun datag kemudiannya sebab rasa bersalah dan merayu-rayu untuk mintak maaf kat menantu dia tadi dan akhirnya dia meniggal kat tangga tanpa dapat kemaafan dari menantunya.



Para pelakon pun mantop cuma ntah, aku rasa dah banyak sangat la cerita yang tak tertangguh oleh jiwa aku yang kecik nih.

Macam cerita yang baru abis tadi, (tajuk dia KEMAAFAN YANG TERTANGGUH) pelakon dia Eira Syazira & Zamarul Hisham. Lakonan best cuma jalan cerita la yang membuatkan aku jiwa kacau nih heheheh


Aku ni jenis yang tak boleh tengok cerita-cerita yang mana ibu-ibu di tinggalkan, tak diambil peduli & cerita-cerita ibu-bapa garang kat anak-anak. (satu lagi cerita-cerita yang Rashid Sibir buat.. syahdu)

Huuiihhh kacau betul, aku mesti nak marah tak sabar rasa tengok org perlakukan ibu camtu (dalam konteks cerita nih, ibu mertua yang kejam).

Aku tengok cuma the first 30 minit jer aku dah naik meluat (baik aku BW lagi bagus), pastu bila dah nak abis baru la wife panggil nak tengok kesudahannya. Mmg wife dah paham dah peel aku tiap hari sabtu malam ahad nih.

Kalau cerita lawak aku layan sampai esok pun takpe.

ok lah dah abis kekacauan jiwa nih.. sorry ekk sebab terpaksa baca bebelan aku di tengha malam buta nih..

kuman: orang kata, kalau penonton rasa meluat dekat sesatu cerita, bermaksud cerita tu bagus dan pelakon nya lakon berkesan.. betoi ka?

9 Comments this post:

akuvision said...

betul kuman, kalau kita meluat dengan karakter yang buruk tu maknanya pembawaan watak itu berjaya. Sedih jugak tengok drama tu tadi, terkenang dekat arwah ibu.

Kuman Chaos said...

al-fatihah untuk arwah ibu, memang menyedihkan...tapi jiwa kacau juge heheh

nurdani said...

jiwa kacau jugaaaakkk ni

gnesop.com said...

mmg menginsafkan tgk citer cam nih..

Kuman Chaos said...

@nurdani: aha dah ada geng yg sesama jiwa kacau heheh ingatkan aku sorang jer

@gnesop: yup.. memang pun nasib baik la kita senang diinsafkan heheh

Gayahspears said...

aku x tgk pon.. aku g open house td :(
cetanya camne kuman..huk3 ceta la dr a sampai z... hahahah

Rina (◕‿◕)✿ said...

haha. apela, try jela tgok smpi abes. sure rs nak hempuk tv :p

nurdani said...

bagus2 ada geng.hehe
masih berjiwa kacau kah?

nur said...

lakonan yg berkesan kan.. tadah baldi dpn tv la...

ALL IN ONE

Related Posts with Thumbnails