Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Tuesday, September 21, 2010

Home » » Selamat menempuh UPSR 2010 pada semua murid & guru.

Selamat menempuh UPSR 2010 pada semua murid & guru.



Bermula hari ini, semua murid-murid tahun 6 akan menempuh peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) tahun 2010 yang (insyallah) akan menentukan langkah selanjutnya dalam meneruskan pembelajaran.

Pada yg dapat elok nanti, boleh la cuba mintak untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah yg lagi ok seperti Sekolah Berasrama Penuh, MRSM or even sekolah Harian yang memang menjadi rebutan ramai (antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah).

Aku rasa bukan ajer murid-murid ajer yg gementar dengan exam ni, guru-guru pun turut sama merasakan tempiasnya, terutamanya guru-guru Tahun 6 nih. Sebab secara tak langsung ini juga akan mencerminkan keberkesanan pengajaran dan tips-tips yg diajarkan kepada murid murid.



Zaman aku dulu takde UPSR, tapi ada Peperiksaan Penilaian ajer. Sapa yg dapat 5A masa tu kira hebat la, tapi zaman sekarang 5A nih berlambak.. (aku pun cuma dapat 4A1B ajer dapat la ke sekolah Asrama Harian kat Aloq Staq).

So kepada adik-adik/murid-murid, selamat menjawab. Baca Bismillah & jangan kalut-kalut menjawab soalan..

Pada cikgu-cikgu yg ada kat dunia blog nih, ucapkan lah selamat berjaya kat murid-murid yee tak kira la macamana degilnya murid-murid tu (hehehe). Kejayaan diorang kejayaan kita jugak.

Pada parents yg ada anak Tahun 6 tu, ucap selamat jugak kat diorang.
Pada parents yg anak2 cuti selama 3 hari nih, selamat bercuti (ada yg bagi cuti kat murid-murid tahun 1).

Lepas 23 September 2010 nih, merdeka la murid-murid nih :0)

3 Comments this post:

Amy Syaquena said...

Selamat pagi..

Bile baca entry nie tiba2 pulak teringat masa nak menduduki upsr dulu..berdobar2 pegang pensil pun terketar2 tp alhamdulillah berjaya juga...

nur said...

good luck.. mesti seram sejuk n menggigil perut nak exam..

Kuman Chaos said...

@Amy: Selamat pagi kembali, hehe UPSR/Penilaian Darjah 5 (dulu) kan big exam yg pertama, semua takut ehhehe

@nur: itu la kan, ada anak kawan tak boleh nak tido semalaman, sebab takut hehehekesian..

Related Posts with Thumbnails