Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Wednesday, October 13, 2010

Home » , » Bayi baru dilahirkan dibuang dalam semak dekat taska

Bayi baru dilahirkan dibuang dalam semak dekat taska

Satu lagi kes terbaru...

Kalau diikutkan laporan, kemungkinan baby tu dilahirkan disekeling taska tempat dia ditemui,
so aku rasa teori yang pernah aku buat entry dulu ada logik nya.

Semoga baby tu sihat walafiat dan ibu-bapanya dpat dikesan secepat mungkin



Bayi baru dilahirkan dibuang dalam semak dekat taska

12/10/2010 7:13pm

BALING 12 Okt. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan dibungkus dengan tuala, ditemui ditinggalkan dalam semak di tepi pagar berdekatan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Kampung Titi Teduri, Mukim Pulai di sini hari ini.

Bayi yang terdapat kesan luka di badan akibat terkena duri, ditemui pekerja dan pemilik taska berkenaan pukul 10 pagi ini dan kemudian membuat laporan polis.
Bayi seberat tiga kilogram itu dengan tali pusatnya sudah dipotong ditemui dalam keadaan lemah dan terdapat semut di badannya.

Bayi lelaki berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui dan turut ditemui bersama bayi itu adalah urinya yang diletakkan berdekatan bayi itu.
Kesan darah turut ditemui dalam kawasan pagar taska itu serta di kawasan bayi ditinggalkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Supt. Mohd. Daut Md Hasan mengesahkan polis menerima laporan penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan pasangannya serta individu terlibat.

Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani petang ini untuk rawatan lanjut berikutan jangkitan kuman. – Bernama
(Utusan Online)

14 Comments this post:

Nur Hawa Mohd Zin said...

ingatkan dah tak da lagi kes ni..rupanya masih ada..

Bee said...

A'ah , agaknye senang kot dowg ngandung n beranak sbb tu senang jer nk buang. .yg halal ni jenuh la nk dapat sowg ank pun. .

Ummi Hanie said...

isk iskk..kesiannyee...sadis btol mak pak nye! hukum bunuh je lah

Kak Amy said...

salam kuman...

subahanaallah,apa la nak jadi dengan manusia sekarang nie, kita yang nak nie x dapat tapi dowang yang dah dapat rezeki pergi buang2 pulak adoi la....

sarah-najwan said...

ada sokmo kes gini..xinsap2..nati org yg bersalah ini akan dihantui dan dihambat oleh dosanya sendiri sepanjang hayat...

Just a random girl... said...

Kenapa bah dorang ni kejam betul ni, ish ish ish! Pandai buat tapi tak mahu bertanggungjawab!

shahrilhakime said...

kughang hajoooo punye sipelaku niii..... awok terbako je dengo kes2 macam ni....naseb baek ade oghang jumpe...... kalo bagi kat awok pun awok ndakkk.......tapi tulong le janganle buang meghate tempat yang oghang tak bulih jumpe....

one2paii said...

ishh..buat gheti,jaga xmo..buang selalu..bodo betul la..gua geram nie..gua geram nie..kalo xmo,bak la cni,gua ngan chemutt gua jaga

Achilles Monoloules said...

perghhh, teruknye..=(

Unknown said...

@Hawa: memang akan sentiasa ada.. menyedihkan

@Bee: tiada rasa appreciation sbb tu la senang jer nak buang

Unknown said...

@ummie: kalau ada peruntukan macam tu mmg dah dijalankan kot

@amy: ha'ah.. itu maslaah tuh.. takpe ada rezeki nnt tu amy

Unknown said...

@sarah: dah insaf bila dah jadi & lepas dah commit kesalah.. itu yang routine terjadi skrang

@azura: nak kena bertanggung jawab tu yang susah .. sbb tu diorang amik jalan mudah..

Unknown said...

@D08: nasib baik letak kat taska tu... kalau buang terus kesian aby tu

UNICHI YJ said...

ek..de kes buang bayi lagi ke?
depa ni semua tak insaf2 laaa..adeh```

Related Posts with Thumbnails