(gambar dari internet)
Di pagi yang indah ini aku memandu dengan penuh tatasusila dan penuh rasa semangat nak pergi kerja,Memandu pada kelajuan ideal seperti yang telah disarankan oleh pihak berkuasa (60-70km per jam) di jalan separa lebuhraya yang tak berlubang.
Sambil melayan penceritaan di radio mengenai Justib Bieber yang dah tua dan alunan lagu-lagu Inggeris yang menusuk jiwa...
TIBA-TIBA!!!!....
SEBIJIK gen-2 hitam (no plet kenderaannya PGH XXXX) memotong kereta ku dan terus memperlahankan kenderaannya kerana lampu isyarat di depan telah bertukar ke merah. Aku dengan penuh ketaksuban, memijak pedal brek dan hampir-hampir muncung kereta dugong ku mencium punggung kereta "Generasi-2" tersebut.
Semua perkataan terhambur dari mulut ku diiringi dengan maki-hamun percuma. Tapi maki hamun ku cuma didengari oleh diriku sendiri.
Lampu ber tukar hijau, kereta itu bergerak kembali, tapi dengan amat perlahan. Bayangkan jarak antara kereta dia dengan kenderaan lain di hadapan lebih kurang muat 4 biji kereta. Di sebelah kana pulak ada 1 lori balak yang panjang.
Aku yang dibahagian belakang nih sudah mula mahu tumbuh tanduk (aku nih payah nak naik angin kat jalanraya), aku nampak ruang terbuka, aku mengambilnya.. kerana aku memang teringin amat nak tengok pemandu yang sungguh bersopan dalam kenderaan Generasi-2 tadi, rupanya seorang aweks yang memandu, padan la penuh sopan santun dan disebelahnya seorang "pakwe" dengan kepala terlentok di bahu aweks tadi.. padan la bawak kenderaan macam hampes...
Aku yang hampir menjadi road-rage dengan tanduk yang hampir 1 meter tumbuh atas kepala, cepat-cepat berhenti disebelah kereta tu di satu lagi lampu isyarat dan menurunkan cermin tingkap sambil merenung tajam bersinar sinar. Pakwe pemandu itu menurunkan tingkap bahagian penumpang dan meminta maaf denag segera. Aku nih kalau orang dah minta maaf abis lembut.. aku bagi la nasihat free sepanjang 60 saat lampu merah tu dengan wajah yang baik (kalau aku jerkah segala kang, lagi la marah betul tak?).. jangan buat camtu dah.. bahaya... (membalas dendam ni bahaya)
Takde apa-apa yang terjadi cuma aksi orang lain sebenarnya yang menyumbangkan pada road-rage nih.. dan aku hampir menjadi road-rager dengan tanduk panjang.. nasib baik aku still ingatkan Allah. So dengan segeranya tanduk tadi hilang...
maka aku pun menerukan pemanduan ke opis dengan aman sambil dilayan lagu Metallica - All Nighmare Long (aku bukak CD pulak masa aku tensen tadi)
alhamdullilah selamat sampai kat pejabat dengan selamatnya tanpa menjadi Road-rager tadi.
sekian terima kasih..
kuman: Bahasa Skema sempena menyokong Bulan Bahasa Kebangsaan
6 Comments this post:
nasebbb baekkk....kighe mike bulih sabo lagi le ...kalo awok ade peluang potong die....awok honnn sampei pecah telinge dieee
hehe bagus2!tabik spring ngan kesabaran mike..=)
Nasib baik la awak tenung je kalau amy x de makna nak tenung2..berapi2 keluar dari mulut nie hehehe...
jemput ke sinar raudah..
http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/di-tindih-makhluk-halus-semasa-tido.html
Kalo akak dh hon gila-gila dh tu. Hehe ..
hehehehe... kalau tak, ada yang kena belasah di tepi jalan tu kan.. kalau aku di tempat mu.... aku buat mcm tu tau.. ngahahaha
ohh..igtkn hampir jadi road runner tadi..itu yg sy byg2kan masa bc entry..silap taip ke..rupanye sy yg silap teka ;p
sabow separuh iman yer..
Post a Comment