It came from the Email Series: (Ia Datang Dari Email)
Aku dapat nasihat "JANGAN" ni dari email,
so marilah kita sesama berkongsi dan mengamalkannya..
Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (susah)
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan
taulan.Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.
==============================
Jangan tak baca
kuman: Jangan takut dengan perkataan jangan.
9 Comments this post:
jangan...jangan... hehehehe semua jangan yeeeeee kalau nak gak macam mana????
nak gak buat ajer ler hihihi
tq kuman..jangan amalkan yg jangan itew...hehe
bagus ni utk peringatan buat yg slalu dok lupaaa jer mcm kite ni..
jangan lupa buat..hehe peringatan yg bagus sekali..tq!
@sarah: ha'ah.. insyallah sesama tryelakkan heheh
@ummie: ingat mengingati amalan bersama
@kalam: buat buat heheeh
itulah.. orang selalu kata ketawa elok untuk awet muda.. apa guna awet muda kalau mati jiwa...
nice info.. :)
Post a Comment