~~~~~~~~~~~~~
BESUT, 28 Okt (Bernama) -- Kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang mencetuskan misteri dan menarik perhatian ramai sejak lebih dua bulan, terjawab apabila beliau ditemui di rumah rakannya di Jelebu, Negeri Sembilan Rabu.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamarudin Mohd Zakaria berkata polis yang mula menyiasat kes kehilangan gadis itu, mendapati khidmat pesanan ringkas (SMS) Siti Balqis kepada ibunya dihantar dari Negeri Sembilan, dan bukan dari Gunung Jerai, Kedah.
"Dengan kerjasama polis Negeri Sembilan, kita dapat mengesan Siti Balqis berada di sebuah rumah rakannya yang dikenali menerusi (aktiviti) surat-menyurat sejak lima tahun lalu, iaitu Norwaniza Ramli, 19, di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu.
"Anggota telah dihantar ke rumah itu dan dia bersama rakannya itu telah dibawa pulang ke sini," katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata berdasarkan tiket bas yang ditemui pada Siti Balqis, gadis itu didapati menaiki bas dari Jerteh ke Shah Alam, sebelum ke Negeri Sembilan, dan beliau sebenarnya merancang untuk pulang ke Besut pada 31 Okt ini.
Sementara itu, Norwaniza ketika ditemui berkata beliau mengenali Siti Balqis menerusi majalah Remaja, dan sejak itu, mereka sering berutus surat tetapi tidak pernah bertemu.
Beliau juga berkata Siti Balqis hanya memberitahu menerusi telefon akan berkunjung ke rumahnya, dan gadis itu tiba pada pagi Isnin lepas dengan menaiki sebuah teksi.
Norwaniza mendakwa beliau dan keluarganya tidak mengetahui kisah kehilangan Siti Balqis (biar betul!!) yang dikatakan ghaib dan menimbulkan misteri, sehinggalah anggota polis datang ke rumahnya.
Berita asal dari Bernama:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hmmm nih yang membuatkan orang mula terfikir akan apa yang berlaku sebelum nih...
adakah sandiwara yang besar?
or something else?
aku memula rasa lain macam gak sebab jarak tu jauh.. tapi dengan berita terbaru nih hmmmm
nak tunggu komen yg berkenaan pulak la camno...
4 Comments this post:
samar plak dgn balqis ni...xkn family dia pun kaki temberang???
speachless..
mbuat aku jg bfikir..
byknye sndiwara dnia skrg..
macam merepek jer kan?
saya kakak kpd norwaniza..bukan kami tak tau kisah kehilangan balqis,malah mengikuti jg perkembangan kisah2 dia tapi kami tak pernah berjumpa dengan dia sebelum ni, jd kami tak tau orang yang sama yang di maksudkan..lg pun dia tak pernah cerita tentang dia di sorok jin tetapi kisah yang lain..
Post a Comment