Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Tuesday, October 26, 2010

Home » , , , , » Murid Terlalu cerdik, atau guru yang 18SX?

Murid Terlalu cerdik, atau guru yang 18SX?

Lagi satu entry untuk It Came From Email :o)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).

Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"  

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".  

Cikgu Murni dah tak tertahan.
Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.
Sementara Abu menunggu di ruang tamu,

Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua.
Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik.


Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua:  Apa 3 x 3?
Abu:  9
Pengetua:  Apa 6 x 6?
Abu:  36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan.

Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata,  
"Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6",
Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua,  
"Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?".

Pengetua dan Abu bersetuju.  

Cikgu Murni:  Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu:  (berfikir) Kaki  
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?  
Abu:  Saku  
Cikgu Murni:  Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?  
Abu:  Kelapa
Cikgu Murni:  Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?  
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.   
Abu:  Gula-gula getah (Bubblegum)  
Cikgu Murni:  Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.   

Abu:  Bersalaman  
Cikgu Murni:  Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu:  Baik Cikgu  
Cikgu Murni:  Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. 
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni. 
Abu:  Khemah 
Cikgu Murni:  Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu. 
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1. 
Abu:  Cincin perkahwinan 
Cikgu Murni:  Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.  


Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya. 

Abu:  Hidung 
Cikgu Murni:  Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu:  Anak panah 
Cikgu Murni:  Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?  
Abu:  Okay 
Cikgu Murni:  What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?  
Abu:  Firetruck 
Cikgu Murni:  What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu:  Fork 
Cikgu Murni:  What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu:  Surname 
Cikgu Murni:  What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu:  Heart 

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".  

 
P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

Jangan marah!!

22 Comments this post:

m i a said...

nak pinjammmmmmmmmmmmmm....bole eh..boleh ehhh..

Izzaty Ishak said...

Perghh! Bapak salute lah si Abu nih! ;)

Nice entry! Suka suka~ HAHA

Kalamhati said...

kihkihkih..bijok sungguh si Abu itu..moral of de story, pk positive side dulu even benda yg dikemukan tu in negative way..huhu

Unknown said...

@mia: amik ler.. kongsikan besama.. ahahaha

@izzaty: guru besaq tu yg SX haha

@kalam: ha'ah.. jgn jump to conclusion

eliyaezlinalias said...

wah!!!menarik! i link to a post in mine yah! thx...(*_*)

Just Me said...

hahaha sngat dasyat :P

Kak Amy said...

salam...

hahahahaha bijak betul si abu nie.. nice entry kuman

-Incek Fik- said...

Hahahaa... nasib baik aku tak tergolong dalam spesis pengetua tu hakhakhakk...

Serius lawak dorh!!!

Nice one! Lima bintang aku bagi kat entry ni!

Jom Terjah!

Unknown said...

ngahaha...serius...tak terjawab den :p

one2paii said...

bukan gua..bukan gua..gua pk betul jerk sama cam abu tuh..haha

tgsaqura said...

best giler..nak kongsi leh x..??

tgsaqura said...

empunya blog..mitak share yer...

http://theun4givenii.blogspot.com/2010/10/otak-kuningbiru-dan-hijau.html

Hairil Rizal said...

Wah, mmg 18SX lah. Naseb umur dah lebih 18...kakaka!

K I E R A said...

Pandai Pandai :D

Just a random girl... said...

Hahahahaa, lucu betul la, pandai budak tu, cikgu dia yg gila, hahahaha!

aibaks said...

kah3... bijak2 budak tuh..

Unknown said...

@eliya: link le takpe.. :D

@asumira: mmg dasat eheeh

Unknown said...

@amy: sharing-sharing jer :D sesama kita gelak

@FICKRY: aku pun gelak bila baca... menakjubkan

Unknown said...

@fareed: terkedu

@one2paii: bleh masuk taun 6 la nampaknya ehheh

Unknown said...

@myzone: bleh bleh amik amik.. :D

@Hairil: nasibbaik kan eheheh kalau tak kena sensor

Unknown said...

@azura: :)

@aibaks: budak budak mmg bijak

sukemakan said...

haha
lawak betul!
gile kuning otak si pengetua
siap peluh2
sian betul
hehe~

Related Posts with Thumbnails