Satu lagi entry untuk Song Of The Moment dari aku.
Dimanakan Ku Cari Ganti : Allahyarham P.Ramlee
Memang sedari ingat aku la, lagu nih memang sedih.
Bait-baitnya memang meruntun jiwa walaupun susunan musik nya agak mudah (pada telinga aku la)
Sapa yang tak terasa penderitaan Kassim Selamat dalam cerita IBU MERTUAKU ni
memang la hati batu.
Hayatilah lagu ni, Lirik ada kat bawah kalau nak karaoke sekali..
P. Ramlee
Di Mana kan Ku Cari Ganti
Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya
1 Comments this post:
mmg sedih...lagu dan lirik yg meruntun jiwa sesiapa sahaja...di mana kan kita cari ganti serupa Tan Sri P Ramlee.
Post a Comment