Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Saturday, October 16, 2010

Home » , , » Ungkapan Sederhana Untuk Isteri tercinta (Bahagain Akhir)

Ungkapan Sederhana Untuk Isteri tercinta (Bahagain Akhir)

Ini adalah bahagian akhir untuk Ungkapan Sederhana Untuk Isteri Tercinta
dan sambungan untuk bahagian pertama semalam. (Bahagian Pertama)

Ikuti sambungan nya..

....
Ada yang lain. Ada kehangatan yang perlu kita berikan agar hatinya tidak dingin, apalagi beku, dalam menghadapi anak-anak setiap hari,
Ada penerimaan yang perlu kita tunjukkan agar anak-anak itu tetap menemukan bondanya sebagai tempat untuk memperoleh kedamaian, cinta dan kasih-sayang.
Ada ketulusan yang harus kita usapkan kepada perasaan dan fikirannya, agar ia masih tetap memiliki tenaga untuk tersenyum kepada anak-anak kita.
Sepenat mana pun ia.



Ada lagi yang lain: pengakuan.
Meski ia tidak pernah menuntut, tetapi mestikah kita menunggu sampai mukanya berkerut-kerut.
Karenanya, marilah kita kembali ke bahagian awal tulisan ini (Bahagian 1). 
Ketika perjalanan waktu telah melewati tengah malam, pandanglah isteri Anda yang terbaring letih itu.
Lalu fikirkankah sejenak, tidak adakah yang dapat kita lakukan sekadar untuk mengucap terima kasih atau menyatakan sayang?

Boleh dengan kata yang berbunga-bunga, boleh juga tanpa kata.
Dan sungguh, lihatlah betapa banyak cara untuk menyatakannya.
Tubuh yang letih itu, alangkah bersemangatnya jika di saat bangun nanti ada secangkir minuman hangat yang diseduh dengan dua sudu teh gula dan satu cangkir cinta.
Sampaikan kepadanya ketika matanya telah terbuka, "Ada secangkir minuman hangat untuk isteriku. Perlukah aku hantarkan untuk itu?"

Sulit melakukan ini? Ada cara lain yang boleh Anda lakukan. Mungkin sekadar membantunya menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak,
Mungkin juga dengan tindakan-tindakan lain, asal tidak salah niat kita.
Kalau kita terlibat dengan pekerjaan di dapur, memandikan anak, atau menyuapi si kecil sebelum menghantarkannya ke nursery/tadika, itu bukan kerana gender-friendly; tetapi semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.

Sebab selain niat ikhlas kerana Allah, tidak ada ertinya apa yang kita lakukan.
Kita tidak akan mendapati amal-amal kita saat berjumpa dengan Allah di yaumil-kiyamah.

Allaakullihal, apa yang ingin Anda lakukan, terserah kepada Anda.
Yang jelas, ada pengakuan untuknya, baik melalui ucapan terima kasih atau tindakan yang menunjukkan bahawa dialah yang paling Anda kasihi dan cintai.


Semoga dengan kerelaan kita untuk menyatakan terima-kasih, tidak ada airmata duka yang menitis dari kedua kelopaknya.
Semoga dengan kesediaan kita untuk membuka telinga baginya, tidak ada lagi isteri yang berlari menelungkupkan wajah di atas bantal kerana merasa tidak didengar.
Dan semoga pula dengan perhatian yang kita berikan kepadanya, kelak isteri kita akan berkata tentang kita sebagaimana Bonda 'Aisyah radhiyallahu anha berucap tentang suaminya, Rasulullah saw., "Ah, semua perilakunya menakjubkan bagiku."

Sesudah Anda puas memandangi isterimu yang terbaring letih, sesudah Anda perhatikan gurat-gurat penat di wajahnya, maka biarkanlah ia sejenak untuk meneruskan istirehatnya.

Hembusan udara dingin yang mungkin dapat mengusik tidurnya, tahanlah dengan sehelai selimut untuknya. Hamparkanlah ke tubuh isterimu dengan kasih-sayang dan cinta yang tak lekang oleh perubahan,
Semoga Anda termasuk dalam golongan lelaki yang mulia,
sebab tidak memuliakan wanita kecuali lelaki yang mulia.

Sesudahnya, kembalilah ke munajat dan tafakkurmu. Marilah kita ingat kembali ketika Rasulullah Saw. berpesan tentang isteri kita.

"Wahai manusia, sesungguhnya isteri kalian mempunyai hak atas kalian sebagaimana kalian mempunyai hak atas mereka. Ketahuilah," kata Rasulullah Saw. melanjutkan, 'kalian mengambil wanita itu sebagai amanah dari Allah, dan kalian halalkan kehormatan mereka dengan kitab Allah. Takutlah kepada Allah dalam mengurus isteri kalian. Aku wasiatkan atas kalian untuk selalu berbuat baik.?

Kita telah mengambil isteri kita sebagai amanah dari Allah. Kelak kita harus melaporkan kepada Allah Ta'ala bagaimana kita menunaikan amanah dari-Nya, ataukah kita mengabaikannya sehingga gurat-guratan dengan cepat mengeruti wajahnya, jauh awal dari usia yang sebenarnya?
Ataukah, kita sempat tercatat selalu berbuat baik untuk isteri?
Semoga Anda bisa menerima ungkapan yang lebih agung untuk isteri Anda.
____________ _____
-Cinta tidak selalu datang bersama jodoh, tetapi jodoh selalu datang bersama cinta-

6 Comments this post:

sarah-najwan said...

alhamdulillah..sayangilah isteri anda semua yer...hehe..

LadyBird said...

Alangkah bagusnya andai semua lelaki memahami isterinya..
bukan hanya mencari salah sang isteri sahaja jika tidak mampu menjaga/ malayani dia sebaik2nya..

Kalamhati said...

alhamdulillah mesti sejuk2 hati isteri2 baca ni..dan lagi sejuk kalau wujud suasana dan toleransi sebegini..dua2 perlu berperanan sebenarnya kan?komunikasi tu penting..

Gayahspears said...

adess kuman.. terpegun aku membacanye...

amira zakiah said...

=)

:: Mrs.SyahNia :: said...

macam cerita sedeyy je..

Related Posts with Thumbnails