BMW panggil balik kereta keluarannya akibat masalah brek
02/10/2010 3:09am (Utusan Malaysia Online)
PARIS 2 Okt. - BMW berkemungkinan akan memanggil balik sejumlah 350,000 kereta keluarannya di pasaran akibat mengalami masalah brek, namun pengeluar kenderaan premium itu berkata, ia bukan penyebab utama berlakunya kemalangan.
Ketua Pegawai Kewangannya, Friedrich Eichiner memberitahu Reuters yang beliau tidak boleh menjangkakan jumlah kos pembaikan tersebut kerana masih belum pasti berapakah jumlah kereta yang akan diterima semula oleh pihaknya.
Sebanyak 350,000 keluaran BMW termasuk siri 5, 6 dan 7 yang dikilangkan pada 2002 di seluruh dunia berkemungkinan akan dipanggil balik, dengan 200,000 buah kereta tersebut milik rakyat Amerika Syarikat. - REUTERS
kuman: dah lama dikeluarkan baru detect masalah tu, so owner of that particular car, "dont you feel lucky?" hehehe
2 Comments this post:
akhirnya, semua kereta ada masalah jugak. dulu toyota sekarang bmw.. mcam2
err.. proton/perodua tak pernah recall pun :) hehehe
Post a Comment