Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Friday, October 01, 2010

Home » , , » Dato S Samy Vellu Umum letak jawatan

Dato S Samy Vellu Umum letak jawatan

Samy Vellu umum letak jawatan, Mugilan bubar GAS

01/10/2010 8:12pm

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Pengasas Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS), V. Mugilan hari ini membubarkan secara rasmi gerakan tersebut setelah yakin Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan mengotakan janjinya untuk meletak jawatan pada Januari tahun depan.

Mugilan berkata, beliau menghormati keputusan yang diambil oleh Samy Vellu dan percaya janji itu akan dikotakan.
"Saya (Mugilan) secara rasmi membubarkan GAS pada hari ini kerana berjaya dalam misi mendesak beliau (Samy Vellu) berundur. Saya menghormati keputusan beliau dan percaya beliau akan berundur pada Januari 2011,” katanya.
Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC itu yang dipecat setelah mendesak Samy Vellu meletak jawatan pada Mei lepas, berkata, GAS tidak akan mengadakan sebarang jamuan untuk meraikan keputusan Samy Vellu itu.
Mugilan juga berkata, beliau percaya kepimpinan baru MIC di bawah Timbalan Presiden sekarang yang juga Timbalan Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi, Datuk G. Palanivel mampu membawa pembaharuan kepada parti. – Bernama




kuman : Mesti banyak yang seronok dengan pengumuman ini

3 Comments this post:

nurdani said...

haha.pesanan tu lawak

ajim said...

aku cam x brape nk caye je dgn kate2 die wei.ko pham2 la kn.haha.

iqbalsyarie said...

fuh...moga selepas ini, Malaysia akan lebih aman sedikit

Entry Baru:
-Sibuknya dunia!
-Is it really a matter if a women can't pregnant?

Related Posts with Thumbnails