Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Wednesday, October 06, 2010

Home » , » terbaca ni: Penggunaan bahasa Melayu belum membanggakan

terbaca ni: Penggunaan bahasa Melayu belum membanggakan

aku terbaca headline ni kat Utusan tadi. terus aku menghentak keyboard cari detail information. 


Dah dapat dah aku tak tau pulak yan bulan Oktober nih adalah Bulan Bahasa Kebangsaan 2010.
Sapa tau angkat tangan?
mana promosi pasai bulan nih? 
ka aku jer yang dibawah tempurung heheeh?
and ada 260 aktiviti dijalankan sepanjang bulan nih, ada list ka kat mana?

Untuk support bulan ni nampaknya kena guna Bahasa Melayu yang betul la dalam tulis blog lepas nih..:)

baca lagi la kat sini..
 (dari internet)

Penggunaan bahasa Melayu belum membanggakan (Utusan Online)

IPOH 5 Okt. - Kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan belum dapat dibanggakan dan masih jauh daripada pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan Melayu.



Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, pada ketika itu, bahasa Melayu bukan sahaja dijadikan sebagai lingua franca, tetapi juga digunakan dalam semua urusan termasuk penulisan karya agung, diplomatik, pentadbiran dan undang- undang

Namun katanya, perhatian serius yang diberikan kerajaan melalui dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) serta usaha yang diamanahkan kepada DBP untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dapat dijadikan asas kepada pembinaan bangsa.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 bertemakan 1Bahasa, 1Bangsa dan 1Negara yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 260 aktiviti akan dilaksanakan di seluruh negara sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuklah seminar, ekspo, pertandingan debat, pidato, forum, berbalas pantun, teater serta deklamasi puisi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sumbangan Negeri Perak dalam perkembangan bahasa Melayu dapat dilihat menerusi penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC).
''Penglibatan negeri ini dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu apabila UPSI telah berjaya melahirkan ramai tokoh pendidik seperti Pendeta Za'aba dan Buyung Adil," katanya.

Beliau berkata, maktab perguruan pertama ditubuhkan pada 1922 dan kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dahulunya diwujudkan bagi melatih guru-guru lelaki di sekolah Melayu.

''Pada masa itu, maktab menghadapi masalah kekurangan bahan bacaan dalam bahasa Melayu, maka diwujudkan sebuah pejabat berperanan menerbitkan buku dan karya terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

''Buku tatabahasa Melayu oleh Pendeta Za'aba yang diberi nama Pelita Bahasa Melayu jilid satu, dua dan tiga pula telah menjadi sumber rujukan pengajaran selama lebih 40 tahun," katanya.

 (dari internet)

7 Comments this post:

shahrilhakime said...

awok penah komen pasei bende ni dalam entri awok......walopon awok gune kan bahasa melayu loghat Perak....tapi bile berinteraksi di luo awok gune bahasa melayu yang betoi.....bulih percaye ke tak ni???
tapi awok menguleh daghi sudut kemajuan bahasa Melayu di dunia sekaghang niii
dkosonglapan

AngahSayang2314 said...

betul tue apa yg penting bahasa melambangkan kebangsaan kita kan???

ain fathihah fhm said...

langkah pertama :

individu blogger melayu sendiri patut menggunakan bahasa melayu yang betul semasa berblog.

nyahkan bahasa SMS dalam blog

Kalamhati said...

kita kena praktikkan guna bahasa melayu standard la pasni ek..=)

:: Mrs.SyahNia :: said...

yupppp..memrtabatkan bahasa melayu
itu perlu...

siapa yg akan mperjuangkan bahasa kebangsaan kita..kalau tak bangsa melayu sendiri..;)

kempen bahasa melayu kita!!!..goo ;P

kelisa_samudera said...

ape nak buat. bahasa melayu kita dah hidup segan mati tak mau. DBP sembang pong pang pun tak guna jugak kalo kerajaan tak serius. tak gitu?

Misz-ella said...

bahasa jiwa bangsa?? Jom nyanyi. Hehe

Related Posts with Thumbnails